Kita dimaklumkan Tan Sri Abu Bakar ada mengadakan kenduri kahwin anak beliau.
Yang menariknya, kita dimaklumkan Tun Mahathir yang kita kasihi hadir.
Tun Ahmad Sarji juga hadir.
Ramai pegawai kanan yang telah bersara juga hadir.
Ramai juga tokoh korporat turut hadir.
Dewan penuh dengan tetamu.
Terdetik di fikiran kita, adakah tokoh-tokoh tersebut sudi hadir ke majlis berkenaan sekiranya mereka merasakan Tan Sri Abu Bakar merupakan ancaman kepada keselamatan negara sehingga perlu ditamatkan perkhidmatannya?
Jadi yang anggap Tan Sri Abu Bakar ancaman keselamatan negara hanyalah Sidik Hasan!
Sudah pasti Tun Mahathir dan Tun Ahmad Sarji kenal 'manikam' yang sebenarnya.
Kuasa Sebenar Rakyat
~ Bukan Kami Tidak Sayangkan Perdana Menteri, Tapi Kami Tiada Pilihan Lain Untuk Protes Pemimpin Yang Penipu Selain Daripada Peti Undi ~
Thursday, 4 April 2013
Kisah 9 Penambahbaikan Sistem Saraan Transformatif
Kita mengalu-alukan pengumuman YAB PM sewaktu MAPPA tempoh hari. Usaha untuk menambahbaik perkhidmatan awam amatlah kita puji dan sanjung tinggi
Namun setelah kita teliti, kesemua pengumuman yang dibuat merupakan perkara-perkara yang terkandung dalam SBPA yang dibatalkan Sidik Hasan tu.
Malah yang lebih teruk, dalam SBPA dulu, penjawat awam selain polis dan tentera juga dapat kenaikan gred dan penambahbaikan skim seperti mana Juruteknik J17 dan sebagainya.
Kenaikan Elaun Perumahan tidak pula diberikan seperti mana dicanangkan Presiden CUEPACS seolah-olah kerajaan dah setuju naikkan elaun perumahan.
KGT diawalkan memang ada dalam SBPA.
Pemberian Pingat Cemerlang memang ada dalam SBPA
Penambahan tangga gaji bagi yang maksimum memang ada dalam SBPA. Malah dalam SBPA ianya ditambah sekurangnya 5 tangga, bukan 3 tangga seperti dalam SST.
Mungkin kenaikan 3% bagi gaji maksimum merupakan elemen baru. Tapi dalam SBPA, yang maksimum akan diberi kenaikan pangkat secara KUP!
Inikah hasilnya Task Force Mail Adam, Suruhanjaya Tun Zaki? Habiskan duit kerajaan sahaja tetapi masih gunakan SBPA!
Kita dah kata, jangan batalkan SBPA kerana banyak perkara dalam SBPA yang amat baik. Mungkin gaji dalam SBPA perlu dibuat semula.
Tapi sebab Sidik Hasan, semuanya gigit jari.
Tahniah kepada Mail Adam dan Suruhanjaya Tun Zaki kerana jelmakan semula SBPA dalam SST. Tak sangka sanggup gunakan semula idea dari seorang yang ditamatkan perkhidmatan atas alasan mengancam keselamatan negara!

Tahniah KPPA baru..
Kami para blogger Kuasa Sebenar Rakyat mengucapkan tahniah kepada KPPA yang baru dilantik. Kami akan memberikan sokongan selagi tidak menganiaya penjawat awam.
Pesan kami, rombaklah pegawai kanan JPA. Ini termasoklah pegawai yang terlalu lama di JPA yang rasakan mereka terlalu berkuasa.
Ada antara pegawai kanan JPA yang merupakan tali barut Sidik Hasan.
Ada pegawai kanan JPA yang tidak sabar nak kemas bilik KPPA dulu sewaktu KPPA dulu masih berkhidmat sebagai KPPA.
Ada pegawai kanan JPA yang secara berani telah berjumpa dengan KPPA dulu untuk minta KPPA dulu bersara bila kemelut SBPA berlaku.
Pesanan buat KPPA baru, pilihlah penasihat sendiri untuk gantikan kumpulan pegawai kanan yang ada sekarang.
Untuk apa kekalkan mereka yang telah menyebabkan bahtera JPA dan institusi KPPA runtuh tanpa ada usaha dan keberanian untuk mempertahankannya.

Tuesday, 19 February 2013
Sebuah Janji Ditepati...
Pandangan menarik seorang pegawai kanan Kerajaan yang kami jumpa dalam majlis bersama YAB PM baru-baru ini.
"Kerajaan SIdik Hasan dulu tubuhkan Task Force di mana Mail Adam Pengerusinya untuk tambahbaik SBPA tapi akhirnya SBPA dibatalkan dan diberi SSM yang kononnya lebih baik dari SBPA tapi sebenarnya haprak.

Kerajaan juga tubuhkan Suruhanjaya penambahbaikan gaji penjawat awam di mana Tuan Zaki pengerusinya. Kerajaan janji hasilnya akan diumumkan hujung tahun ini. Tapi habuk pun tarak...
Kerajaan sebaliknya janji nak kaji elaun pula. Entah bagaimana pula hasilnya nanti. Belum mula kajian sudah diumumkan pula. Mungkin gaya kepimpinan restoran mamak yang diterapkan.
Yang pasti. penjawat awam telah ditipu. Gaji tak naik, tapi Barang Naik.
Selain itu, Kerajaan amat mengutuk keras pembangkang yang dicanangkan akan membuang penjawat awam sekiranya menguasai Putrajaya tapi akhirnya Kerajaan juga yang membuang penjawat awam sewenang-wenangnya seperti mana yang dibuat kepada Tan Sri Abu Bakar.
Kerajaan janji macam-macam untuk pujuk penjawat awam. Semuanya dijanjikan kepada penjawat awam demi survival politik selepas keputusan salah Kerajaan tamatkan Tan Sri Abu Bakar. Bila diperlukan, ditatang bagai minyak penuh, bila tidak perlu, dibuang bagai 'anjing kurap' sampai lupa semua jasa sewaktu lama bertugas bersama di Kementerian Pertahanan. Penjawat awam masih mempersoalkan tindakan ini sehingga kini dan akan ingat dosa besar ini sampai bila-bila.
Kerajaan kata penjawat awam ibarat 'anak' sendiri, (pernah sekali kata macam tiang seri) tapi peruntukan perbelanjaan untuk 'anak' sendiri tidak dipedulikan sebaliknya amat berkira serta kedekut. Nak naik gaji, kata takda duit tapi belanja untuk bukan 'anak' sendiri banyak pula duitnya.
Yang teruk buat kerja ialah 'anak' sendiri tapi yang menuai hasilnya rupanya 'anak orang lain'
Terima kasih atas sebuah janji ditepati.
Hasil transformasi PEMANDU yang tiada destinasi."
Kisah Pelaksana Tugas KPPA 5
Wah...
Semakin berkuasa si pelaksana tugas KPPA ini.
Khabarnya dia baru pulang bercuti membawa keluarga ke luar negara tapi menggunakan peruntukan jabatan atas alasan ingin melawat pejabat luar negara JPA. Perlukah guna peruntukan jabatan? Kenapa pergi waktu peruntukan jabatan berkurangan? Kenapa pergi sewaktu laksana tugas sebagai KPPA?
Penting sangatkah lawat pejabat berkenaan sedangkan KPPA sebelum ini pun tidak melawat pejabat berkenaan? Belum jadi KPPA dah pandai guna duit kerajaan sesuka hati. Layakkah jadi KPPA dengan sikap sebegini?
Katanya ditaja company consultant Mail Adam tu? Bukankah ini salah guna kuasa?
Kita dimaklumkan akibat ingin beri peluang si pelaksana tugas KPPA ke luar negara, maka peruntukan kewangan JPA banyak telah dipotong. Elaun overtime kumpulan bawahan juga telah ditahan...
Dalam akhbar bukan main ingatkan penjawat awam tentang disiplin dan salah laku. Pekeliling macam-macam dikeluarkan. Tapi diri sendiri yang langgar semuanya. Cakap tak serupa bikin.
Orang bawahan hidup susah dan dikenakan bermacam-macam peraturan karut zaman purba tapi orang atasan seperti si pelaksana tugas KPPA ini boleh salah guna kuasa sewenang-wenangnya?
Kita harap KSN pandang serius salah guna kuasa si pelaksana tugas KPPA yang semakin menggila.
BERSAMBUNG....
Kisah Pelaksana Tugas KPPA 4
Al kisahnya si pelaksana tugas KPPA ini semakin terdesak nak jadi KPPA.
Mesyuarat selalu dibuat sampai ke tengah malam malah ada yang sampai ke awal pagi. Konon-konon nak persiapkan diri membodek PM dan KSN dengan hebatnya. Sampai si pelaksana tugas KPPA terkeluar perkataan-perkataan kurang ajar dan biadap dalam mesyuarat bila marah anak buahnya.
Kalau dah diri tu tak kompeten, jangan salahkan anak buah. Beri arahan dengan jelas. Bukan meminda arahan berkali-kali. Draf kertas pembentangan pun dipinda berkali-kali sebab tak yakin dengan draf sendiri. Macam ni nak memimpin perkhidmatan awam?
Komen orang lama JPA, "belum pernah jumpa perangai macam si pelaksana tugas KPPA ni"
Itulah, dulu sudah ada dahan kukuh untuk berpaut, kenapa tidak jadi akar yang kukuh untuk menyokong!
Sekarang rasakan penangan si pelaksana tugas KPPA yang bodoh sombong. Seperti kata pepatah, "Bodohnya tak boleh diajar, cerdiknya tak boleh diikut"
Orang lain semua salah. Dia sorang saja betul semuanya.
Ikut kepala hotaknya saja...
BERSAMBUNG....
Kisah Pelaksana Tugas KPPA 3
Oleh kerana si pelaksana tugas KPPA ni asyik cari kesalahan orang bawahan, maka kita ingin tanya kepada si pelaksana tugas KPPA sekarang ini:
- Bagaimana anak si pelaksana tugas KPPA ini boleh jadi PTD? Dengan siapa anaknya interview?
Kita dimaklumkan bahawa anak beliau masuk jadi PTD ikut jalan belakang melalui kawan rapatnya si Misai Putrajaya sewaktu si pelaksana tugas KPPA jadi Pengarah Bahagian di JPA dan si Misai Putrajaya pula merupakan 'de facto' Pengarah Servis JPA.
Kita dimaklumkan tiada temuduga pun dibuat terhadap anak si pelaksana tugas KPPA ini. Pelantikan diuruskan senyap-senyap oleh si Misai Putrajaya.
Jadi wahai si pelaksana tugas KPPA, bukankah ini salah guna kuasa? Apa guna turunkan tandatangan dalam pekeliling berkaitan disiplin kalau diri sendiri pun tak ada disiplin. Orang lain buat semua salah. Diri sendiri buat tak apa pula ya?
Jadi tak perlu lah asyik cari kesalahan orang bawahan sampai tidak sedar kain sendiri yang terlondeh.
Sebab itu lah si pelaksana tugas KPPA rasa terhutang budi kepada si Misai Putrajaya dan cuba memasukkan si Misai Putrajaya ke dalam JPA semula sebagai Pengarah.
Tapi KSN kita bijak tidak menerima perancangan si pelaksana tugas KPPA ini. Kita harap KSN akan terus berhati-hati dengan perancangan licik si pelaksana tugas KPPA ini.
BERSAMBUNG....
Subscribe to:
Posts (Atom)