Thursday, 3 May 2012

Lagi desakan KSN berhenti awal

Dari blog:
http://umnolawanpas.wordpress.com/2012/03/11/ksn-dan-kppa-patut-bertanggungjawab-dan-mohon-maaf-kes-sbpa-najibrazak/

KSN dan KPPA Patut Bertanggungjawab dan Mohon Maaf Kes SBPA ! @najibrazak
11,March 2012

KSN dijangka tamat kontrak tidak lama lagi. Sewajarnya kontrak beliau tidak disambung. Beri peluang orang lain pulak jadi KSN.Kesilapan menangani SBPA menaikkan kemarahan penjawat awam sangat sukar dimaafkan. Mujur Perdana menteri cepat buat keputusan.Kalau tidak buburlah jadinya.

Penjawat awam lagi gembira jika dapat dengar berita ksn tidak disambung kontrak sebelum mengundi barisan nasional pru depan.jika mahu selamat wajar ksn umum terlebih dahulu mahu mengundur diri.

Kppa rasanya tidak perlu dipersalahkan sepenuhnya.beliau hanya cuba diperlihat menjadi kambing hitam menutup kesilapan KSN.

Politik penjawat awam juga perlu diperhati oleh kerajaan kerana ada orang bercerita mereka juga ada parti politik dalam pejabat.mungkin tidak benar akan tetapi jika benar apa kita perlu buat menyelesaikannya ?

Tulisan Awang selmaat dalam Utusan hari ini desak KSN untuk berhenti, bukti bahawa ramai berpandangan seperti yang disiarkan di atas.

KSN menghadap Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong hari ini untuk minta sambung kontrak?

Kita baru menerima berita seperti di atas. KSN cuba untuk minta sambung kontrak melalui talian hayat terakhir iaitu ISTANA. Atau mungkinkah KSN mahu kambing hitamkan orang lain dengan menggunakan pengaruh ISTANA supaya KSN senang sambung kontrak? Moga-moga ISTANA bersih dari permainan politik kotor KSN!

Seperti mana dimaklumkan dalam entry terdahulu, menghadap Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong merupakan teknik istimewa KSN untuk sambung kontrak. Teknik inilah yang digunakan pada tahun lepas apabila YAB PM tidak mahu sambung kontrak lagi. Kini KSN cuba guna taktik sama lagi...

Kita dimaklumkan YAB PM tidak mahu menyambung kontrak KSN lagi. Tapi memandangkan loan banglo KSN banyak lagi belum dibayar, menantu orang putih KSN belum jadi jutawan dari projek kerajaan yang sedang diminta dari kementerian/Unit Penswastaan terkenal dan anak KSN yang belum dapat pergi ke UK untuk lanjut pelajaran, maka KSN amat berharap agar kontraknya dapat disambung. Jadi KSN gunakan talian hayat terakhir.

Kita telah menghantar isyarat jelas kepada KSN jika KSN sambung kontrak lagi, Putrajaya akan jatuh ke tangan pembangkang. Tinjauan pendapat di penghuni kuarters Putrajaya terkini menunjukkan 65% penghuni telah memihak ke pembangkang! Ceramah atau kuliah di surau-surau Putrajaya banyak diisi dengan ceramah dari PAS! KSN sedarkah ini semua?

Jika benar KSN mementingkan negara melebihi kepentingan peribadi, maka KSN sepatutnya SEGAN untuk minta sambung seperti mana KSN SEGAN minta bonus pada tahun 2007.

Apakah tindakan KSN yang menghadap Tuanku Agong pada tahun lepas (dan pada tahun ini jika betul) untuk meminta sambung kontrak boleh dikira sebagai menikam belakang YAB PM? Tapi biasalah KSN si lidah biawak. Dia buat takpa, orang lain buat akan dikenakan tindakan.

Oh, kita terlupa yang KSN memang suka tikam belakang. Apa sangatlah menikam YAB dari belakang kan? Malang sungguh penjawat awam memiliki KSN yang suka menipu dan penting diri sendiri..

"Tolonglah sambung kontrak patik Tuanku. Banyak lagi projek kerajaan menantu patik tu nak mintak"

SBPA idea KSN.

Dari blog:
http://kulaanniring.blogspot.com/2012/03/ksn-yang-buat-idea-giler-pm-plak-yang.html

Friday, 9 March 2012

KSN Yang Buat Idea Giler, PM Plak Yang Kena Kasi Settle???... @NajibRazak


Semalam kecoh satu Putrajaya cerita PM mansuhkan SPBA. Bukan setakat kakitangan awam jer, kakitangan swasta, bekerja sendiri, meniaga sendiri, yang tak bekerja, surirumah dan yang tak boleh tahan 'neng cleaner' kat ofis pun dok sembang topik hangat ni. Entah si 'neng cleaner' ni tau hujung pangkal cerita aku pun tak pasti.

Dua tiga hari lepas pun dah bertiup kencang berita dan khabar angin dikalangan kakitangan awam terutama yang tinggal di Putrajaya bahawa PM bakal mengumumkan sesuatu yang mengembirakan kakitangan awam terutama kumpulan sokongan.

Bukan kerana pelarasan gaji 13% yang dinikmati oleh kumpulan sokongan tetapi suara hati mereka didengari oleh pihak atasan terutama PM. Sistem SPBA yang sebelum ini dilihat banyak menguntungkan kumpulan atasan terutama pegawai profesional, JUSA, Turus tak terkecuali KSN sendiri yang kononnya kenaikan gaji 130%.

KSN... KSN... Berapa kali dah Kulaan bagi tau sebelum ni tindakan dan dasar KSN banyak tidak menguntungkan dan menyebelahi kerajaan sekarang terutama dalam menjaga kebajikan kakitangan awan peringkat bawahan.


Yang untung sekarang hanyalah "tembolok" KSN jer. Dia mana peduli orang lain. Dia mana peduli nasib kakitangan bawahan. Yang dia peduli berapa besar dia punya gaji dan pencen bila dia dah tak jadi KSN.

Itu pun ada hati nak jadi Presiden Perbadanan Putrajaya ganti Presiden sekarang. Dah ler dapat pencen penuh dengan gaji yang besar jika SBPA terlaksana campur dengan gaji Presiden PPJ lagi. Peeerrrgghh!!!! Masyuk.

Buat PM kesayangan rakyat Malaysia, jenguk-jenguk la masalah KSN yang dah 3 kali sambung kontrak ni. Bagi ler orang yang lebih baik dan berkaliber daripada dia yang dok pentingkan diri sendiri.dah 3 tahun sambung kontrak masih tidak ada perubahan dalam menjaga kebajikan penjawat awam yang akhirnya mendatangkan kebencian kakitangan awan membawa kepada undi protes seperti PRU12.

Tuesday, 1 May 2012

Lagi desak KSN letak jawatan

Lagi kupasan menarik dari blog :
http://kulaanniring.blogspot.com/2011/07/kerana-ksn-parlimen-putrajaya-boleh.html


Friday, 22 July 2011


Kerana KSN Parlimen Putrajaya Boleh Jatuh Ke Tangan Pembangkang Pada PRU13?


Bagi kakitangan kerajaan mustahil tidak mengenali siapa KSN sekarang. KSN atau penuhnya Ketua Setiausaha Negara ketika ini adalah Tan Sri Mohd Sidek bin Hj. Hassan yang telah dilantik ke jawatan tersebut sejak 3 September 2006 sehingga sekarang. Beliau sepatutnya pencen pada tahun 2009 telah dilantik semula secara kontrak setahun lagi sehingga 23 Jun 2010. Setelah setahun berlalu beliau masih lagi disambung kontraknya selama setahun lagi berakhir Jun 2011. Kini jawatan tertinggi kakitangan kerajaan masih lagi ditangan Tan Sri Sidek dan akan disambung setahun lagi sehingga Jun 2012. Berdasarkan fakta ini bermakna Tan Sri Sidek sudah 3 kali disambung kontraknya. Persoalan yang saya mahu bangkitkan kenapa Tan Sri Sidek masih terus menerus disambung kontraknya sedang hasil kajian sikap dan soal selidik yang saya lakukan terhadap kenalan, kawan-kawan, sedara mara malah orang yang tidak saya kenali yang berkerja sebagai kakitangan dan tinggal serta menjadi pengundi Parlimen Putrajaya hampir 90% tidak menyukai cara pentadbiran Tan Sri Sidek hingga pada PRU12 yang lalu kakitangan kerajaan yang majoritinya pengundi Putrajaya menzahirkan rasa tidak puas hati mereka melalui kertas undi.

Statistik PRU12 2008 Klik Di sini menunjukkan calon pembangkang telah berjaya memperolehi 1304 undi berbanding hanya 540 undi pada PRU11 2004 Klik Di sini. Walaupun BN menang majoriti 2734 undi dengan mendapat 4038 undi semasa PRU12 dan peratus keluar mengundi adalah 81% serta hanya 38 undi rosak. Secara kasarnya kelihatan seperti calon pembangkang telah berjaya meningkat jumlah undi sebanyak 241%. Satu peningkatan yang mendadak.

Keputusan PRU12 2004                                  Keputusan PRU12 2008










Hakikatnya ini adalah satu signal daripada pengundi kakitangan kerajaan yang sememangnya menyokong kuat kerajaan tetapi apabila suara hati mereka tidak didengari dan ditangani dengan baik maka kesan secara langsungnya adalah kerajaan yang memerintah sekarang. Saya rasa perkara ini bukan hanya berlaku di Parlimen Putrajaya ketika PRU12 yang lepas tetapi jika dikaji statistiknya secara halus mungkin ia juga berlaku di parlimen-parlimen lain bahkan tindak mustahil dun-dun juga terlibat kerana kaki tangan kerajaan berada diseluruh negara. Kenapa ini berlaku? Menurut risik-risik ia ada kaitan dengan polisi dan peraturan yang dibuat oleh Tan Sri Sidek yang memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada kakitangan kerajaan. Tahniah KSN.
Tan Sri Sidek mesti mengambil tahu hal ini. Walaupun secara asasnya beliau telah merombak delivery system di Malaysia ini tetapi dasar itu kurang/tidak popular langsung dikalangan penjawat awam. Dari cakap-cakap yang diterima, dasar-dasar KSN ini hanya membebankan beban tugas yang ditanggung oleh penjawat awam. KSN mesti "review" semula dasar-dasar beliau. Ataupun golongan ini meminta supaya KSN "undur" dari kerusi KSN yang beliau duduki sekarang ini.

Antara jawapan yang diberikan oleh kakitangan kerajaan atas isu ini :

1. Mendapatkan saguhati untuk tahun 2007

KSN, yang gajinya tinggi berkali ganda dari seorang pegawai awam biasa, boleh hidup senang tanpa saguhati. Tetapi bagaimana pula seorang PAR atau Kerani serta Kumpulan Sokongan yang mendapat gaji sekitar RM 800- ke Rm 1200 untuk membeli baju sekolah anak, baju raya anak dan sebagainya. bagaimana mereka ini hendak menguruskan kewangan mereka? untuk pengetahuan KSN, sebulan selepas gaji naik, harga barangan naik mendadak sehingga 30% untuk sesetengah barangan. Perkara ini harus difikirkan oleh KSN bukan hanya memikirkan perkara berkaitan diri sendiri.

2. PTK (Penilaian Tahap Kecekapan)

PTK adalah menyusahkan dan tidak memberi manfaat kepada ramai penjawat awam. Ini terbukti apabila hanya mereka yang tahu menghafal dan kemudiannya "memuntahkan" maklumat itu dalam peperiksaan PTK yang layak dinaikkan pangkat. Golongan yang menghafal ini terdiri daripada kakitangan yang masih muda dan/atau banyak masa menghafal kerana tidak banyak buat kerja.

Bagaimana pula dengan makcik/pakcik yang hanya tinggal 4 5 tahun lagi untuk bersara. Mereka ini amat mahir dalam pekerjaan mereka tetapi dinafikan hak untuk naik pangkat hanya kerana gagal hafal untuk PTK?

3. Polisi-polisi dan peraturan-peraturan baru yang menyusahkan kakitangan kerajaan yang bertugas khususnya di Putrajaya

Ada suara-suara kecil melahirkan rasa tidak puas hati apabila Tan Sri Sidek membuat polisi berkenaan waktu minum pagi kakitangan kerajaan. Mungkin sejak saya kecil lagi budaya minum pagi kakitangan kerajaan ini sudah sebati dengan mereka apabila masa yang diambil untuk minum agak lama dan menyusahkan “public” atau orang awam berurusan dengan jabatan kerajaan. Ini saya bersetuju tapi kaedah yang digunakan agak baru dan asing bagi kakitangan kerajaan. Perbuatan mereka minum pagi di luar waktu yang diberi akan dirakam dengan lensa kamera oleh “spy-spy” dan akan dihantar kepada pegawai atasan. Ada pro dan kontranya apabila sesuatu peraturan baru hendak diaplimentasikan dan Tan Sri Sidek harus menanganinya seperti kata bidalan “ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak”.

Sebab ke 2 ini mungkin telah diselesaikan apabila kerajaan telah memansuhkan peperiksaan PTK dan hasil soal selidik rata-rata kakitangan lega dan menyambut baik keputusan terbaru kerajaan. Secara tidak langsung sokongan kakitangan kerajaan telah kembali. Mungkin peraturan-peraturan lain yang sedikit sebanyak mengganggu kakitangan kerajaan ini ditangani dengan bijaksana jika tidak kesan langsungnya akan terpalit kepada Ahli Parlimen Putrajaya sekarang iaitu Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor. Agak susah kepada beliau nanti apabila pilihanraya menjelang tiba untuk mengembalikan sokongan dan undi pengundi Putrajaya.

Cukuplah disenaraikan 3 sebab utama mengapa KSN gagal menjadi "bos" yang baik. Dan disebabkan itu terdapat cakap-cakap supaya Tan Sri Sidek letak jawatan. Ini lah juga punca mengapa kakitangan kerajaan mengundi parti pembangkang kerana mereka rasa kecewa dengan tindakan ketua mereka KSN Tan Sri Sidek.

Kulaan : kada baduit awak pun kada wagas bagawi angahnya...
______________________________________________________

Komen Kita:
Kan dah cakap. Tak dengar lagikah Kerajaan ku?




Warkah Buat KSN...

Rupanya dari tahun lepas lagi orang dah minta KSN berhenti!!!
Dari blog : http://kulaanniring.blogspot.com/2011/11/warkah-buat-ksn-ksn-buat-perangai-lagi.html

 

Monday, 28 November 2011


Warkah Buat KSN : KSN Buat Perangai Lagi Tak Mahu Pencen!!!!


Ke hadapan Tuan KSN yang dihormati,

KSN... KSN... tak habis-habis dengan kerenah Tuan... lepas satu, satu... semenjak menjadi pemerintah atau Perdana Menteri bagi kakitangan awam nie, banyak sangat isu-isu dan dasar-dasar yang Tuan perdendangkan kepada Perdana Menteri dan pak-pak menteri tak memberi manfaat dan kebaikan kepada dasar kerajaan dan terutama yang paling penting kepada kakitangan awam sebagai rakyat jelata Tuan...

Dah 3 kali sambung kontrak, dah 3 tahun memerintah setelah tamat pemerintahan regim Tuan secara rasmi akibat pencen wajib, masih sayangkan kerusi empuk yang sedang Tuan duduki... Kulaan tak kesah kalo Tuan nak duduk lama kat kerusi empuk tuh tapi Kulaan rasa apa yang Tuan lakukan itu kurang tepat dan yang akan terkena tempiasnya adalah kerajaan yang memerintah sekarang...


Telah Kulaan nyatakan dalam artikel Kulaan sebelum ini siap dengan data-data perbandingan impak yang terjadi akibat kesilapan dasar Tuan terhadap sokongan rakyat terutama 1.5 juta pengundi yang terdiri daripada kakitangan awam.... kakitangan kerajaan la dengan kata lain... Kulaan hanya mempersembahkan data yang berlaku di Parlimen Putrajaya sahaja sebagai contoh kerana Putrajaya dikenali satu Malaya dan seantero dunia sebagai "Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan"... kalo ini yang berlaku di Parlimen Putrajaya, tak mustahil perkara yang sama juga berlaku di 221 parlimen lain...

Untuk artikel sepenuhnya Tuan boleh Klik Di Sini sebagai rujukan kenyataan saya... Tuan lihat la sendiri bagai mana peratusan sokongan pengundi kepada kerajaan telah menurun dan peratusan sokongan kepada calon pembangkang telah naik... Kulaan tak rasa pengundi yang majoritinya adalah kakitangan kerajaan yang menetap di Putrajaya adalah penyokong pembangkang... cuma dari apa yang Kulaan dapati berdasarkan tinjauan ke bawah (ke akar umbi la kononnya istilah yang sekarang nie famous dalam dunia politik....) mereka MEMANGKAH kepada pembangkang sebagai cara untuk melahirkan rasa tidak puas hati dan kecewa dengan kepimpinan Tuan....

Kulaan bukanlah kakitangan kerajaan, oleh sebab itu Kulaan bukanlah rakyat jelata Tuan tapi Kulaan tinggal di Putrajaya yang menjadi kampung halaman Kulaan setelah meninggalkan kampung halaman sendiri... Kulaan sayangkan Putrajaya seperti kampung sendiri sebab itu Kulaan sanggup pertahankan Putrajaya daripada jatuh ke tangan pembangkang... alangkah sedihnya dan meruntunnya hati Kulaan apabila terpaksa tinggal di kampung yang diperintah oleh pembangkang nanti apabila kerajaan sekarang jatuh dan bertukar tangan....


Tuan mungkin tidak merasa kesannya kerana Tuan sudah senang berada nun jauh dipuncak persada kemewahan dan tidak lagi tinggal di sini apabila mimpi ngeri ini menjadi kenyataan... Kulaan terpanggil menulis warkah ini setelah mendapat semangat daripada sahabat Kulaan,  Perdana Hitam yang menulis diruangan maya yang turut melahirkan kegusarannya... Kulaan petik sebahagian kecil daripada kegusaran Perdana Hitam...
Skim jawatan utama perkhidmatan awam seperti JUSA dan TURUS boleh diubah suai bagi kemasukan kepakaran daripada sektor swasta. 

JPA telah memberi satu taklimat kepada pegawai-pegawai peringkat atasan tentang perjawatan tersebut. 


Jawatan di peringkat atasan seperti JUSA dan TURUS yang memegang jawatan seperti Ketua Setiausaha Negara ,Ketua Pengarah dan Ketua Setiausaha hanyalah buat kerja berdasarkan syok sendiri. 
Dan bagi yang memegang jawatan KSN pun haruslah di letakan syarat hanya boleh memegang jawatan tidak lebih dari 3 tahun. Kita tahu kebanyakan pegawai atasan seperti KSN, KSU dan Ketua Pengarah sering kita dengar mereka ini sering di sambungkan memegang jawatan kontrak.
untuk mengetahui luahan hati beliau eloklah tuan baca selanjutnya Di Sini


Kulaan rasa sudah cukup panjang warkah luahan hati Kulaan ini... harapan Kulaan jika Tuan tidak mahu menerima apa yang Kulaan tuliskan buat Tuan sekali pun, Kulaan harap Tuan fikirkanlah hati, perasaan dan nasib rakyat jelata Tuan kelak nanti... jangan sampai mereka mengadakan kenduri kesyukuran dan memotong pulut kuning bagi meraikan pemergian Tuan nanti dari kerusi panas yang dah makin sejuk dan suam-suam kuku... (Klik Sini untuk cerita selanjutnya)

Sekian, wassalam.

Ikhlas Dari,

Kulaan Niring
Defending Putrajaya Defending Malaysia
________________________________________________________________________


Komen kita:
Kan dah cakap. Tak dengarkah lagi wahai kerajaanku?





Kemasukan orang luar ke dalam perkhidmatan awam

Di bawah regim KSN sekarang, orang luar dibenarkan memasuki perkhidmatan awam di mana-mana peringkat. Tapi yang banyak kita dengar ialah di peringat pegawai dan JUSA. Ini merupakan satu dasar KSN yang amat "ditentang dalam diam" penjawat awam terutama di gred pegawai ke atas.

Dasar ini dilihat seolah-olah sama seperti kisah "kahwin paksa" dalam Ibu Mertuaku. Anaknya si Sabariah mahu kahwin dengan ahlil musik. Ibunya si Nyonya Mansur mahukan doktor, lawyer, majistret sebagai menantu. Yang sengsara hidup ialah anaknya yang terpaksa berkongsi hidup dengan orang yang tidak diingininya.

Samalah juga dengan dasar ini. KSN buat dasar ini tanpa mendengar pendapat pegawai muda sedia ada. Ibarat Nyonya Mansur, KSN telah melaksanakan dasar ini tanpa ENGAGEMENT dengan pegawai muda. Orang lain disuruh engage. KSN sendiri apa pun tarak.

Kenapa masa depan pegawai muda ditentukan oleh KSN? Kenapa tidak diberikan hak kepada pegawai muda untuk menentukan rupa bentuk masa depan perkhidmatan awam kerana mereka inilah bakal memimpin perkhidmatan awam kelak! Biarkan pegawai muda yang membuat dasar untuk masa depan mereka sendiri.

Yang menariknya, kenapa sektor swasta tidak dibenarkan masuk di pelbagai peringkat? Kenapa tidak dibenarkan kemasukan penjawat awam sebagai eksekutif mana-mana syarikat/GLC? Kenapa hanya perkhidmatan awam?

Tidak nampakkah KSN bahawa orang luar yang berpengalaman luas di sektor swasta hendak masuk perkhidmatan awam sebab kemudahan yang diperolehi seperti perubatan dan pencen yang tidak mungkin dapat dinikmati di sektor swasta? Walaupun tidak semua begitu, tapi kemungkinannya ada! Jika benar perkhidmatan awam ini amat menarik kepada orang luar, kenapa tiada yang ingin masuk di kumpulan pelaksana? Sebaliknya jawatan di peringkat atasan yang menjadi rebutan orang luar?

Kemasukan orang luar ke dalam perkhidmatan awam juga telah bunuh peluang naik pangkat pegawai sedia ada. Ia juga menunjukkan kerajaan tidak mempercayai penjawat awam sedia ada. Kesetiaan mereka tidak dihargai. Kualiti mereka dipertikaikan.

Kita tertanya-tanya, jika jawatan KSN dibuka kepada orang luar sebelum ini, adakah KSN sekarang akan jadi KSN? Dengan pengetahuan cetek yang serba tidak tahu dan lepas tangan dalam sesuatu isu serta lemah dalam buat keputusan hinggakan nampak flip-flop yang memalukan YAB PM, adakah beliau layak?

Kita tidak salahkan YAB PM yang menerima pakai dasar ini kerana kita tahu yang cadangkan dan nasihatkan YAB PM ialah KSN.

Setelah sampai berjaya ke seberang, kenapa kau membakar jambatannya wahai KSN?




Masihkah Kau Ingat: 8 Ogos 2011

Kita dimaklumkan tarikh ini merupakan mesyuarat terakhir ahli Jawatankuasa Pembentukan SBPA bersama KSN sebelum dibawa untuk kelulusan Kerajaan.

Semasa mesyuarat berkenaan kita dimaklumkan bahawa KSN ada komplen pasal gaji pegawai di PEMANDU. KSN cakap gaji pegawai di PEMANDU agak tinggi sedangkan kerja yang dibuat oleh mereka adalah sama seperti apa yang dibuat oleh penjawat awam. Yang menariknya kita ketahui KSN sangat rapat dengan Menteri PEMANDU Datuk Seri Idris Jala. Kenapa KSN boleh cakap begiut? Tapi bagi yang kenal KSN memang tidak terkejut dengan sikap KSN yang suka tikam dari belakang.

Itu la perangai KSN sebenar. Depan cakap lain, belakang cakap lain. "Bila berdepan, pijak semut pun tak mati. Tapi bila belakang, KSN akan pijak gajah sampai mati"

Sebab tu kita pun hampir terpedaya dan bersimpati dengan KSN bila mana KSN jumpa kita dan maklumkan KSN tidak tahu apa-apa dan tidak terlibat dalam membuat SBPA. Nampak seperti KSN teraniaya! Tapi rupanya kau PENIPU BESAR wahai KSN! Kau yang menganiaya orang!

Jangan ingat penjawat awam kini semua BODOH!. Teknologi sekarang makin canggih. Kalau di Cherok Paloh mungkin KSN boleh tipu orang kampung.

Antara kata-kata KSN : 

"People in public service get less from what we get now. Even at work now people in PEMANDU work as we are, have equal work as we are but they get better deal right? I honestly feel by many of us we deserve better pay then for what they are getting"






Wah. Dah hentam PEMANDU pulak ye KSN. Masa bila KSN cakap ni? Kepada siapa? Hanya KSN yang boleh jawab. Kita akan kupas mengenai PEMANDU bila dapat maklumat yang secukupnya kelak.

Jadi tak perlulah KSN cakap tidak tahu menahu dan tidak terlibat dalam SBPA!. Makin kita dengar makin kita menyampah seolah-olah penjawat awam ini mudah ditipu!


SBPA: Sidik Berhenti Pegawai Aman.
SSM: Sidik Suka Menipu

Sunday, 29 April 2012

Hari Ini Dalam Sejarah: BERSIH 3.0 - Satu pandangan



28 April 2012 merupakan hari bersejarah buat negara. Hari itu, kita dikejutkan dengan sejumlah besar rakyat Malaysia berbilang kaum yang berkumpul bermula dari tengah malam lagi.

Kita dimaklumkan bahawa jumlah rakyat yang menyertai BERSIH 3.0 lebih ramai daripada BERSIH 2.0 dan 1.0. Biar berapa pun jumlahnya sama ada kurang atau lebih dari BERSIH 2.0 dahulu, kita tetap mengutuk sekerasnya keganasan yang berlaku pada perhimpunan berkenaan apatah lagi sebagai penjawat awam kita dilarang menyertai perhimpunan sedemikian.

Persoalan menarik ditimbulkan, jika dahulu, hanya bangsa tertentu yang dikaitkan dengan BERSIH 2.0, tapi kini ketiga-tiga bangsa utama rakyat Malaysia dilihat sanggup menyertai perhimpunan berkenaan.

Di manakah silapnya?

Adakah kerana pemansuhan ISA dan akta tertentu yang melarang perhimpunan menyebabkan rakyat menjadi lebih berani berhimpun?

Adakah program kerajaan selama ini seperti 1Malaysia, GTP, ETP, RTC, KR1M, BR1M dan sebagainya masih gagal memenangi hati rakyat?

Atau, kerajaan masih belum cukup mendengar denyut nadi rakyat bahawa program berkenaan bukan apa yang diperlukan oleh rakyat selama ini?

Kita tertanya-tanya, dengan jumlah yang besar sebegitu, adakah ianya mewakili "SILENT MAJORITY" yang kini mahu bangkit dan menunjukkan 'suara' mereka yang tidak didengari kerajaan selama ini?

Begitulah juga dalam perkhidmatan awam. YAB PM sepatutnya mendapat isyarat jelas serta mendengar kehendak dan kemahuan penjawat awam. Adakah penjawat awam perlukan PEMANDU, PEMUDAH, UNIK Corp, Talent Corp, SRI dan sebagainya?

Jika dahulu sewaktu krisis negara, kitalah penjawat awam yang merupakan benteng kepada negara yang telah mengatasi segala krisis negara dengan jayanya. Pada masa itu tidak ada PEMANDU, PEMUDAH dan sebagainya. Mengapa kini diperlukan terlalu banyak unit-unit sedemikian?

Ramai penjawat awam mengatakan kerajaan seolah-olah tidak lagi mempercayai penjawat awam untuk melaksanakan program besar negara bila ditubuhkan banyak unit-unit baru seperti PEMANDU, PEMUDAH dan sebagainya. Sedangkan dalam sektor swasta, tiada pula diujudkan unit sedemikian.

Justru, untuk mendapat sokongan penjawat awam dalam PRU13 nanti bukan hanya dengan memberi kenaikan gaji 7 hingga 13% semata-mata (sedangkan skim nya pula amat teruk dari SBPA!)

Sebaliknya dengarlah denyut nadi penjawat awam sendiri tentang masa depan yang kita inginkan.

Jangan dengar daripada orang luar yang bukan penjawat awam kerana mereka tidak tahu apa yang penjwat awam inginkan. Jangan cepat juga membuang air di tempayan bila mendengar guruh kuat ciptaan CUEPACS.

Yang paling penting YAB PM jangan dengar dari penasihat haprak seperti KSN yang semuanya nampak indah bak fatamorgana (seperti mana membatalkan SBPA dan kembali ke SSM Plus) sedangkan kita penjawat awam di akar umbi menderita dek wayang kulit permainan KSN seperti dalam SBPA dan SSM Plus!

Masanya belum terlambat untuk YAB PM mendengar dan mengambil tindakan terhadap denyut nadi penjawat awam yang semakin bosan dengan KSN.

Jika tidak, kita khuatir silent majority dalam perkhidmatan awam akan hilang sabar bila melihat kerajaan tidak mengendahkan penjawat awam maka mereka memilih PRU nanti untuk menunjukkan kuasa sebenar. Moga dijauhi yang buruk dan selamatkanlah Malaysia yang kita kasehi.





Lagi teknik istimewa KSN nak sambung kontrak

Banyak komen diterima dari artikel yang ditulis berkenaan teknik istimewa KSN nak sambung kontrak.

Namun, kita dimaklumkan ada satu lagi teknik istimewa yang digunakan KSN untuk sambung kontrak iaitu dengan mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong.

Teknik ini digunakan pada tahun lepas bila YAB PM yang kita sayangi tidak mahu menyambung kontrak KSN tapi KSN dengan tak malunya telah mengadap Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong untuk memohon perkenaan Tuanku untuk sambung kontrak.

Mungkin alasan KSN pada ketika itu kerana banglo KSN berharga hampir RM3 juta (bukan Rupiah ye) belum siap. Atau KSN cakap dia belum mampu taja anaknya ke UK dengan duit pencen yang diterima sedangkan duit gaji yang diterima KSN pun KSN cakap tidak mampu untuk taja anaknya ke UK. Atau pada masa itu, menantu orang putih KSN belum cukup kaya kerana belum dapat banyak projek dari kerajaan

Apa pun alasan dan teknik yang digunakan, penjawat awam tidak dapat terima.

Kalaupun YAB PM tidak mahu mendengar denyut nadi kita penjawat awam, kita harap Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong dapat mendengar suara penjawat awam yang tidak mahu kontrak KSN disambung lagi.