Saturday 7 April 2012

Kenapa KSN nak sangat sambung kontrak sebagai KSN?

Kita tahu bahawa KSN akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Sekarang ini KSN tengah cuba sehabis baik untuk sambung kontrak sebagai KSN. Bagaimana caranya?

Caranya ialah dengan menonjolkan diri sebagai HERO yang menyelamatkan penjawat awam dari SBPA. (Lepas ni boleh lah pakai seluar dalam di luar macam Superman)

Bagaimana nak tonjolkan diri jadi hero? Mudah sahaja. Mengaku sahaja tidak tahu menahu dan tidak terlibat dalam SBPA dan salahkan JPA. Nak lagi best, minta KPPA bertanggungjawab dalam SBPA ini walaupun KSN tahu KSN pengerusikan mesyuarat SBPA!

Kini selepas SBPA bagaimana caranya nak sambung kontrak? Mudah sahaja. Bila SSM Plus ini timbulkan masalah, beri tekanan sekali lagi pada JPA. Yang lebih utama, KSN perlu berpakat dengan pegawai pengurusan tertinggi atau menteri kabinet untuk yakinkan PM bahawa KSN tidak bersalah. Biar orang nampak KSN sebagai suci murni tanpa kesalahan dalam SBPA dan SSM Plus maka senanglah nak sambung kontrak.

Kenapa KSN nak sangat sambung kontrak?
  1. Adakah kerana BANGLO KSN di Putrajaya berharga lebih kurang hampir RM3 juta belum siap?
  2. Adakah kerana menantu KSN masih belum mendapat projek kerajaan yang secukupnya untuk menjadi jutawan?
  3. Adakah kerana anak KSN yang mendapat biasiswa JPA belum dapat pergi ke London lagi? Kalau berhenti, nanti JPA hantar ke Papua New Guinea plak ye...
  4. Atau adakah kerana isteri KSN masih belum puas berkuasa sepenuhnya sebagai Pengerusi Puspanita Kebangsaan yang menerima elaun tertentu?
Walau apa pun alasannya, tidak sedar kah KSN bahawa penjawat awam di peringkat akar umbi makin meluat dan menyampah dengan KSN. Tidak sedarkah KSN bahawa penjawat awam Putrajaya sekarang akan memilih pembangkang dalam PRU akan datang jika KSN masih berkuasa? Tidak malukah KSN bahawa KSN telah jadi liabiliti kepada kerajaan untuk menang PRU akan datang?

Tapi apa KSN perlu kisah semua itu. Asalkan KSN puas dapat menikmati segala kemudahan dan keselesaan sebagai KSN. Jika kerajaan bertukar ke pembangkang pun apa beliau risaukan sebab KSN kan pandai membodek dengan menyatakan khabar-khabar yang indah kepada PM sambil menampakkan imej suci murni yang menutupi hati busuknya?

Lagipun KSN kan akan habis kontrak. Jika sambung, beliau akan terus bodek PM. Jika tak sambung, beliau akan terus dengan agenda rosakkan perkhidmatan awam Malaysia sebelum kontraknya tamat.

Biar dengan sesiapa pun KSN berpakat, pakatan berkenaan tidak akan mampu membendung kebencian penjawat awam akar umbi terhadap KSN selagi KSN masih berkuasa. Tidak pernah ada KSN yang dibenci oleh penjawat awam seperti mana ditunjukkan kepada KSN sekarang.

Yang peliknya, penjawat awam di peringkat akar umbi tahu bahawa KSN kini menjadi liabiliti dan parasit kepada kerajaan.

Kenapakah PM tidak nampak atau tidak terima mesej penolakan KSN dari penjawat awam akar umbi ini? Dimanakah Kerajaan yang mendengar DENYUT NADI RAKYAT dan mendahulukan rakyat dalam apa yang dibuat?

Kini, bukan denyutan rakyat sahaja yang sudah terdengar, tetapi TEMPIKAN rakyat yang menolak KSN!





No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.