Sunday 8 April 2012

Kepentingan menunaikan janji

FIRMAN Allah bermaksud:

"Wahai mereka yang beriman! Sempurnakan janji-janjimu," (surah al-Maidah, ayat 1)

Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah itu sesudah meneguhkannya“ (An-Nahal : 91)

Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti dituntut pertanggungjawabannya“ ( Al Isra 34 ).

Rasulullah s.a.w di dalam hadis baginda telah mempercirikan golongan munafiq dengan tiga ciri utama. Dan antara ciri itu ialah memungkiri janji apabila telah berjanji. Tanda-tanda munafiq ada tiga. Apabila berbicara, dia dusta. Apabila berjanji, dia mungkiri. Apabila dipercayai, dia khianat (HR.Muslim).

Di dalam hadis riwayat Anas bin Malik, dan apabila Rasulullah s.a.w bertanya pada Jibril tentang pemilik pintu-pintu neraka, maka jawab Jibril: “pintu yang paling bawah ialah untuk golongan munafiq”

Dan lebih teruk lagi, mereka yang sengaja dan suka memungkiri janji ini juga disifatkan di dalam al-Quran seperti golongan kafir. Di mana mereka ini menjadikan kata-kata janji itu sebagai barang mainan dan gurauan tanpa sedikit pun rasa bersalah apabila memungkiri janji itu.

Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya makhluk yang paling buruk di sisi Allah ialah orang-orang yang kafir, kerana mereka itu tidak beriman. Iaitu orang-orang yang kamu telah mengambil perjanjian dari mereka, sesudah itu mereka mengkhianati janjinya pada setiap kalinya, dan mereka tidak takut akan akibat-akibatnya“ (Al Anfal 55 – 56).

Allah SWT telah berkali-kali mengingatkan kepada hamba-hambaNya tentang kepentingan menunaikan janji. Ayat di atas dan dikukuhkan dengan ayat-ayat al-Quran yang lain membuktikan janji itu bukan harus ditunaikan, tetapi WAJIB ditunaikan.

Ingatlah. Janji itu tidak salah, tetapi memungkirinya itu yang salah. Menjadikan janji sebagai mainan kata-kata sudah cukup menggambarkan diri seorang yang tidak boleh dipercayai. Bukan sahaja hilang kepercayaan dari Allah, malah boleh mengundang ketidakpercayaan masyarakat terhadapnya. Kerana memungkiri janji itu bukan sahaja dibenci oleh islam, tetapi juga dibenci oleh masyarakat.

Sumber:


Dalam isu SBPA ini, kita lihat kerajaan seperti telah memungkiri janjinya kepada penjawat awam bila menjanjikan skim yang lebih baik dari SBPA tetapi tidak menunaikannya. Malah memberikan skim yang lebih teruk dari SBPA iaitu SSM Plus!

Tetapi kita tidak salahkan kerajaan kerana kita tahu KSN yang beri cadangan kepada kerajaan supaya batalkan SBPA dan kembali ke SSM yang lebih teruk. Maka KSN yang bersalah dan seharusnya bertanggungjawab kerana memberikan nasihat yang salah kepada Kerajaan hinggakan kerajaan dilihat telah memungkiri janji yang telah dibuat! Kesannya, ia telah mengundang rasa tidak percaya penjawat awam kepada kerajaan!

Janji yang dibuat dalam opsyen kepada penjawat awam telah dimungkiri! Janji yang dibuat dalam kenyataan akhbar KSN pada Januari 2012 juga telah dimungkiri!

Orang beginikah yang harus diberi peluang oleh kerajaan untuk sambung kontrak sebagai KSN? Malangnya, perkara ini terjadi sewaktu kerajaan melancarkan program jejak "Janji Ditepati".....


SBPA : Sidik Berhenti, Pegawai Aman
SSM: Sidik Suka Menipu



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.