Thursday 12 April 2012

Peringatan Menghadapi Mati

Melalui rukun Iman yang enam, kita sebagai orang Islam berkewajipan mempercayai adanya hari kiamat dan pembalasan. Sedarkah kita betapa pentingnya merancang kehidupan hakiki iaitu kehidupan akhirat?. Hakikatnya, kehidupan dunia bukanlah sebuah kehidupan yang hakiki dan ianya diibaratkan perhentian seorang musafir buat seketika untuk sampai ke tempat tujuannya.

Setiap saat juga, kematian membayangi dan sentiasa menghampiri kita sekaligus akan membawa kita menuju ke alam akhirat sebagai satu cara yang tiada pilihan untuk sampai ke sana. Mahu atau tidak, suka atau benci ianya tetap akan berlaku. Cuma tempoh masanya sahaja yang belum pasti. Kematian tidak mengenal usia dan tidak mengenal kedudukan. Ia boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana juga tanpa kita menyedarinya.

Oleh itu, kita perlu sentiasa bermuhasabah diri dan seterusnya mempersiapkan diri dengan bekalan sebelum menghadapi kematian untuk menuju kehidupan hakiki. Persiapan awal ini amat penting bagi setiap muslim kerana peluang kehidupan di dunia yang dikurniakan Allah Taala bagi setiap insan hanyalah sekali sahaja dan tiada lagi peluang kedua.

Sabda Rasulullah s.a.w :
Maksudnya : “Orang yang paling bijaksana dikalangan kamu ialah orang yang bermuhasabah dirinya dan menyediakan bekalan amal soleh sebelum menghadapi kematian. Manakala orang yang tidak bijaksana ialah orang yang terpedaya dengan pujukan hawa nafsunya dan sentiasa berangan-angan kosong terhadap Allah taala( mengharapkan ganjaran Allah tanpa berusaha).” Hadis Riwayat At-Termizi Dan Ibnu Majah.

Sedarilah bahawa kehidupan dunia ini hanyalah sementara dan kehidupan hakiki adalah di akhirat. Justeru, sebelum terlambat bersegeralah kita melakukan sebanyak-banyak kebaikan dan dalam masa yang sama menjauhkan daripada segala kemungkaran.

Sumber:
http://mohamadzakihalim.wordpress.com/2010/11/23/mukmin-pintar-apakah-persiapan-utama/
________________________________________________________________________________

KSN selalu sebut bahawa beliau dah dekat nak "mati" (merujuk kepada tempoh tamat kontrak). Mungkin KSN tak sedar dari sudut usia pun beliau dah hampir kepada kematian.

Jadi, jika KSN sedar beliau hampir mati, maka seharusnya KSN berbaik-baik dengan orang sekeliling, minta maaf kepada orang, bukan mengkambing hitamkan orang atas keputusan salah yang dibuat KSN dalam SBPA dan SSM Plus!.

Tapi kita boleh lihat KSN kini terus menerus menganiaya orang dan mengkambing hitamkan penjawat awam , seolah-olah KSN tidak akan mati sampai bila-bila. Mungkin tarikh tamat kontrak KSN selepas ini sepatutnya ditulis " TARIKH TAMAT KONTRAK = TARIKH KEMATIAN KSN "

Kepada KSN, insaf dan taubatlah. Kita khuatir nanti terlalu banyak pisang-pisang dihadiahkan di BANGLO KSN yang baru itu bila KSN habis kontrak. Atau kita khuatir nanti tiada orang mahu buat atau mahu hadir Jamuan Persaraan KSN. Atau kita lagi khuatir jika ada penjawat awam yang meludah kubur KSN bila KSN benar-benar mati nanti.

Moga dijauhkan semuanya.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.