Thursday 12 April 2012

Pengerusi suruhanjaya mesti neutral?

Dari Blog CUEPACS

13 April 2012


CUEPACS MAHU PENGERUSI NEUTRAL DILANTIK KETUAI SURUHANJAYA KHAS KAJI PERKHIDMATAN AWAM

Bernama
13/4/2012

SHAH ALAM, 12 April (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu seorang pengerusi berfikiran neutral dilantik bagi mengetuai Suruhanjaya Khas bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam di negara ini.

Timbalan Presidennya Azih Muda, berkata langkah itu perlu untuk meyakinkan semua pihak terutamanya seramai 1.4 juta penjawat awam bahawa kerajaan serius meningkatkan imej perkhidmatan awam di mata rakyat menerusi pelaksanaan agenda transformasi.

"Kalau boleh, kami berharap suruhanjaya ini dapat dilaksanakan segera dan harap pengerusi (suruhanjaya) itu seorang yang bebas dari segi pemikirannya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri forum "Peranan Dan Cabaran Dalam Merealisasikan Transformasi Negara" yang dirasmikan Setiausaha Agung Cuepacs, Lok Yim Pheng di sini, Khamis.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada perjumpaan khas penjawat awam di Putrajaya pada 8 Mac lepas dan semasa acara itu Najib turut mengumumkan pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan pelaksanaan semula Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik, termasuk pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus.

Lok ketika mengulas mengenai perkara sama berharap Cuepacs turut diberikan peluang untuk menganggotai suruhanjaya itu.
________________________________________________________________________
Apa maksud NEUTRAL di sini? Tidak pernah terlibat dengan Perkhidmatan Awam Malaysia? Bunyi ayat ni macam ayat KSN tapi dicakap oleh CUEPACS. Sebab apa? Sebab KSN kan nak lantik ahli PEMUDAH, untuk memudahkan KSN jahanamkan Perkhidmatan Awam Malaysia

Kalau bebas pemikirannya tapi tak tahu menahu (macam KSN) tentang Perkhidmatan Awam Malaysia nak buat apa?

Bagaimana dengan Tan Sri Ismail Adam (TSIA)? NEUTRAL SANGATTT kah beliau yang merupakan rakan kongsi HayGroup? Bukankah ada conflict of interest dan 'kemasyukkkkan" yang jelas. Dulu masa TSIA jahanamkan SBPA, dapat berpuluh-puluh ribu juga sebagai imbuhan (kununnya). Kali ni nak masyuk berapa lagi?

Kenapa nak cepat sangat tubuh Suruhanjaya? Sebab CUEPACS dah nampak penjawat awam  ramai yang tak berpuas hati dengan SSM Plus? Bila ada Suruhanjaya, senanglah CUEPACS lepas tangan dan promosikan koperasi-koperasi seMalaysia di blog tanpa perlu layan komen dan rungutan penjawat awam lagi!

Buat CUEPACS, cukup-cukuplah jahanamkan SBPA dan SSM Plus. Biarlah kami yang bakal berkhidmat berpuluh-puluh tahun lagi untuk menentukan masa depan kami. Peringatan ini juga diberikan kepada KSN. Tanpa BIG BORTHER KSN, mana mungkin CUEPACS berani bermaharajalela sejauh ini.

Jika jadi apa-apa dalam PRU nanti, jangan salahkan kami! Semuanya salah KSN dan Presiden CUEPACS yang mengajar kami berpolitik dalam Perkhidmatan Awam Malaysia!

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.