Thursday 12 April 2012

Siapa ahli Suruhanjaya menambahbaik Perkhidmatan Awam?

Kerajaan telah berjanji untuk tubuhkan Suruhanjaya Khas mengkaji Perkhidmatan Awam keseluruhannya. Kita ingin tahu siapa dalam suruhanjaya berkenaan. Apakah masih ada pesara suruhan KSN untuk merosakkan SBPA iaitu Tan Sri Ismail Adam (TSIA)?

Jika benar, maka memang benar KSN tidak mementingkan INTEGRITI kerana kita sudah sedia maklum bahawa Tan Sri Ismail Adam merupakan rakan kongsi HayGroup, perunding Sumber Manusia yang buat kajian berkenaan gaji yang digunakan untuk membentuk SBPA. Jika dilantik juga TSIA, maka nampak jelas akan wujudnya "conflict of interest" kepada TSIA dan HayGroup serta makin 'masyuk' lah TSIA dan HayGroup. 

Kita juga tahu bahawa cadangan TSIA untuk menambahbaik SBPA telah ditolak oleh kerajaan tapi TSIA masih menerima imbuhan yang lumayan oleh Kerajaan KSN Sdn Bhd. Maka kenapa perlu dilantik TSIA lagi? Apa istimewanya TSIA berbanding Tan Sri Jamaludin, Tan Sri Samsudin Osman, malah Tun Ahmad Sarji sendiri? Mengapa tidak dilantik mereka semua yang lebih berpengetahuan tentang gaji penjawat awam?

Kita dengar dalam Suruhanjaya berkenaan kelak, tiada seorang pun yang pakar dalam hal-ehwal gaji dan perkhidmatan awam Malaysia. Malah yang lebih malang, kita dengar bahawa Ahli PEMUDAH juga turut akan dilantik sebagai ahli Suruhanjaya. Apa yang PEMUDAH tahu tentang Perkhidmatan Awam Malaysia?

Lebih baik PEMUDAH tumpukan kepada penambaikan sektor swasta. Sekarang ini pun PEMUDAH asyik nampak kelemahan sektor awam sahaja sedangkan kita nak cari direktori penuh kakitangan sesebuah syarikat GLC pun amat susah!

Yang penting, KSN merupakan orang yang akan cadangkan ahli Suruhanjaya berkenaan. Kita akan lihat tahap pemikiran dan kebijaksanaan KSN bila mencadangkan ahli Suruhanjaya berkenaan kelak

"Apabila sesuatu diletakkan bukan pada haknya, maka tunggulah saat kehancurannya"

Ya Allah, selamatkanlah Perkhidmatan Awam Malaysia..........

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.