Sunday 15 April 2012

Kita tidak anti KSN

Benar kita tidak anti-KSN. Yang kita anti ialah penipuan dan penyelewengan yang dibuat oleh KSN.

Kita tidak kisah jika KSN hendak sambung kontrak sampai bila-bila atau pun sampai mati. Tapi yang menjelekkan kita ialah bila KSN menggunakan cara kotor iaitu dengan mengambing hitamkan orang lain dalam isu SBPA dan SSM plus untuk menyambung kontraknya.

Kita penjawat awam semua tahu KSN merupakan pengerusi mesyuarat SBPA dan SSM plus. Semua kekalutan yang berlaku adalah akibat KSN. Jadi kenapa KSN hendak lepas tangan dan salahkan orang lain seolah-olah KSN tidak bersalah?

Jika di zaman awal perkhidmatan KSN dulu, mungkin KSN boleh menipu kita kerana teknologi sewaktu zaman itu tidak secanggih sekarang. Namun kini, semua maklumat amat mudah diperolehi. Jadi untuk apa KSN menipu dan salahkan orang lain atas keputusan yang beliau sendiri buat bersama ahli mesyuarat? Mana sikap bertanggungjawab dan integriti yang sering dilaungkan?

Kita  boleh memaafkan KSN sekiranya beliau bersikap bertanggungjawab terhadap apa yang telah dilakukan. Namun sehingga saat artikel ini ditulis, KSN masih giat menyalahkan orang lain dalam kemelut SBPA dan SSM plus semata-mata nak sambung kontrak. Apakah KSN mahu kita muatnaikkan minit mesyuarat, verbatim atau slaid pembentangan yang telah KSN pengerusikan mesyuaratnya?

Jadi buat KSN, berhentilah menyalahkan orang lain. Selagi KSN tidak berhenti menyalahkan orang lain dan tidak mahu bertanggungjawab, selagi itulah perkhidmatan awam Malaysia makin berpecah belah. Sedangkan semua penjawat awam sedar KSN telah menjadi punca perpecahan penjawat awam hingga kan pelbagai maklumat rahsia kerajaan terdedah kepada pembangkang akibat rasa tidak puas hati penjawat awam terhadap KSN. KSN telah jadi liabiliti kepada kerajaan semasa PRU lepas dan akan terus jadi liabiliti untuk menang PRU nanti.

Tiada maaf yang perlu dipinta kepada KSN. Penulisan dalam blog ini merupakan fakta-fakta yang terbukti kebenarannya. Dan KSN tahu fakta dalam blog ini adalah benar.....

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.