http://sanggahtokjanggut.blogspot.com/
KPPA jadi mangsa agenda jahat pegawainya sendiri?
Abu Bakar dimangsai! |
KALAU benar Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Abu Bakar Abdullah bakal meletak jawatan kononnya sebagai tanda kebertanggungjawab beliau terhadap isu SBPA yang menimbulkan kontraversi tidak lama dulu maka ianya merupakan satu kemenangan kepada pihak-pihak tertentu yang mendalangi usaha mencemarkan imej KPPA.
KPPA memang berbuat silap apabila tersalah memilih pegawai untuk menyelaras SBPA dan tidak silap memilih pegawai untuk menyelaraskan gaji melibatkan pasukan polis dan juga tentera kerana untuk pasukan polis dan juga tentera tidak ada masalah yang timbul.Maknanya ada ada agenda tersembunyi dan nasib baik PM Najib cepat bertindak.
Namun kerana KPPA berkeyakinan tinggi terhadap pegawai yang beliau lantik tanpa menyedari bahawa kumpulan tertentu dalam Perkhidmatan Awam berusaha untuk menyekat beliau ke jawatan yang lebih tinggi maka terjadilah kontraversi yang bukan seidikit sehingga memaksa PM Najib campurtangan dan membatalkan SBPA dan dalam masa yang sama memperkasakan semula SSM.
Dalam Perkhidmatan Awam dilihat ada pegawai yang cukup kebal dan kekebalan ini diberikan oleh orang tertentu (KSN yang berikan) sehingga mereka berani bertindak menyelaras kepentingan penjawat awam tanpa merujuk kepada arahan sebenar KPPA dan juga mekanisme seperti yang PM Najib mahukan sewaktu membentang Bajet dulu.
Andainya KPPA dihukum kerana kesilapannya sendiri memang wajar tetapi kalau hukuman itu diberikan kerana pengkhianatan pegawai-pegawai tertentu baik di Jabatan Perkhidmatan Awam ataupun di bahagian lain,adalah tidak adil sekiranya seorang sahaja individu dikorbankan sedangkan yang mempunyai niat jahat terhadap kepentingan penjawat awam dan juga dasar PM Najib terus dibiarkan berleluasa mengatur agenda mereka sendiri.
PM Najib tidak harus mengorbankan pegawai atau Ketua maupun Pengarah yang seiring dengan denyut nadi PM Najib untuk turut sama merasai denyut nadi rakyat tetapi PM Najib harus mengenal pasti dalang-dalang ataupun parasit yang berada dalam jabatan kerajaan yang sedang berusaha menggigit usaha Najib dan mengambil kesempatan untuk mengambil mana yang sempat.
KSN bakal pergi dan Abu Bakar dikhianati...! |
Mereka ini harus dinyahkan ataupun dibersara awal supaya agenda pembangunan Negara dan rakyat tidak terbantut kerana sikap ketamakan mereka mengejar jawatan tinggi dan dalam kontraversi SBPA ini sudah kedengaran bahawa KPPA menjadi mangsa kepada sikap pegawainya sendiri yang bersifat musang berbulu ayam dan tunduk kepada arahan penjaga reban yang paling tinggi jawatannya (Siapa lagi kalau bukan KSN!)
Sikap bersangka baik dan berkeyakinan kepada pegawai yang dilantik akhirnya menjadi duri yang amat tajam menikam wibawa KPPA dan sekaligus menjaid racun yang cukup berbisa untuk beliau telan kerana akhirnya pegawai yang beliau percaya untuk menyelaraskan SBPA itu menikam dari belakang dan gagal diambil tindakan kerana mereka kebal apabila dilindungi tangan-tangan ghaib yang tidak mahu melihat kerjaya KPPA melangkah lebih jauh.
Kita tidak tahu mengapa ada kalangan pegawai-pegawai sanggup bersekongkol dengan pihak tertentu untuk menggagalkan usaha menyelaras gaji SBPA ini? Dan kita tidak tahu apakah sebabnya sehingga ada pihak yang begitu bimbang seandainya KPPA ini dilihat calon yang sesuai untuk menggantikan Ketua Setiusaha Negara (KSN) yang bakal bersara April nanti? (mahukah KSN bersara? Bukankah KSN dah minta sambung kontrak dari PM?)
Atau ada dendam tersirat antara KSN dengan KPPA?
______________________________________________________________________________
Komen:
Siapakah musang berbulu ayam dalam JPA yang tunduk kepada arahan penjaga reban yang paling tinggi jawatannya ?
Kita tahu musang berbulu ayam inilah yang menjadi mata dan telinga kepada KSN untuk menyampaikan perkara negatif yang direka-reka tentang JPA.
Kita tahu musang berbulu ayam ini memang menikam KPPA dari belakang semata-mata mahukan jawatan KPPA
Kita tahu musang berbulu ayam ini yang mencanangkan kepada KSN bahawa musang ini tidak dipanggil untuk di 'consult' berkenaan SBPA sedangkan musang ini merupakan orang yang membuat SBPA sejak dari 2007 lagi dengan KPPA yang dulu.
Kita tahu bahawa KPPA tidak boleh ambil tindakan terhadap para musang ini sebab di belakang mereka ialah Bapak Segala Musang Berbulu Ayam dalam kerajaan yang menjaga pintu kenaikan pangkat penjawat awam! Malah kita dimaklumkan pertukaran dalaman pegawai di gred 54 yang merupakan bawah bidang kuasa KPPA pun telah dicampur tangan oleh Bapak Segala Musang Berbulu Ayam ini.
Walaupun sebagai Bapak Musang, tapi Bapak Musang Berbulu Ayam ini amat istimewa mampu melahirkan ramai lagi musang berbulu ayam dalam Jabatan Kerajaan. Musang-musang ini lahir akibat tidak berpuas hati terhadap kepimpinan Bapak Segala Musang Berbulu Ayam ini dengan menyalurkan maklumat rahsia kepada pihak pembangkang!
Buat para musang dalam JPA, bertaubatlah segera! Penjawat awam tahu apa yang anda lakukan. Bukankah maklumat kini di hujung jari?
Kepada PM, masih tidak sedarkah bahawa Bapak Segala Musang Berbulu Ayam berada dekat dengan anda yang memberikan nasihat yang salah?
Kepada Bapak Segala Musang Berbulu Ayam, anti sangatkah anda dengan JPA? Jika anti, pulangkan balik biasiswa JPA yang anak anda dapat. Anak anda dapat biasiswa JPA sebab Tan Sri Ismail Adam yang arahkan untuk beri, untuk bodek anda supaya Tan Sri Ismail Adam dapat sambung kontrak sebagai KPPA, walaupun anak anda tidak layak untuk dapat biasiswa sebab ranking anak anda adalah PALING COROT dari calon yang dinilai!
Kepada Bapak Segala Musang Berbulu Ayam, anti sangatkah anda dengan JPA? Jika anti, pulangkan balik biasiswa JPA yang anak anda dapat. Anak anda dapat biasiswa JPA sebab Tan Sri Ismail Adam yang arahkan untuk beri, untuk bodek anda supaya Tan Sri Ismail Adam dapat sambung kontrak sebagai KPPA, walaupun anak anda tidak layak untuk dapat biasiswa sebab ranking anak anda adalah PALING COROT dari calon yang dinilai!
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.