Yang Berbahagia Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara telah mengenepikan pandangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor dalam isu pelantikan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru. Ini jelas bertentangan dengan Perkara 144(b) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa:
" Raja atau Yang di-Pertua Negeri hendaklah menimbangkan nasihat Ketua Menteri Negerinya,..”
Walaupun negeri berkenaan ditadbir oleh Pembangkang, sebagai penjawat awam, KSN seharusnya bersikap berkecuali dengan mengemukakan nama calon kepada YAB Menteri Besar Selangor (selaku Ketua Menteri Negerinya) terlebih dahulu supaya YAB Menteri Besar dapat mengemukakan kehadapan DYMM Sultan Selangor untuk perkenan Tuanku.
Mungkin KSN pada ketika itu pun tidak tahu menahu seperti biasa.
Jika penjawat awam lain yang buat sedemikian, pasti akan dikenakan hukuman tatatertib yang berat.
Namun, siapa pula yang boleh menghukum KSN? Mungkinkah KSN berasal dari Pekan maka KSN kebal dari segala tindakan walaupun KSN telah memalukan kerajaan terutamanya YAB Perdana Menteri?
Inilah tindakan seorang KSN yang suka berpolitik! Atau kerana KSN terlalu lama berkhidmat hingga boleh langgar peraturan sesuka hati?
Kesannya, penjawat awam dihina dan diberikan dengan label tertentu oleh rakyat terutamanya pembangkang akibat pelanggaran prosedur oleh KSN.
Perlu kah lagi disambung kontrak KSN yang telah memalukan kerajaan dan perkhidmatan awam?
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.