Dipetik dari blog : http://perdanahitam.blogspot.com/2012/04/penghuni-di-putrajaya-marah-dengan.html
15 April 2012
Penghuni Di Putrajaya Marah Dengan Tindakan Ketua Setiausaha Negara (KSN) @NajibRazak @TengkuAdnanReal
Arahan ini telah di keluarkan oleh KSN yang mengarahkan penghuni yang melanggar syarat peraturan kuaters hendaklah mengosongkan premis kuaters tanpa soal selidik. Ini juga akan memberi tentangan hebat pada PRU-13 yang akan datang.
Kita semua tahu di dalam kuaters kerajaan di Putrajaya bukan semuanya kakitangan awam hidup dalam kesenangan dan kemewahan. Ada ramai kakitangan awam yang mempunyai isteri tidak berkerja dan mempunyai anak ramai untuk ditanggung dan terpaksa mencari sumber pendapatan yang lain untuk menyara hidup di Putrajaya yang serba mahal.
Tindakan ini tidak munasabah kerana arahan ini boleh di katakan tidak mesra rakyat, ramai penghuni di Putrajaya marah dengan tindakan yang di buat oleh TKSU(K) JPM serta KSN.
Kita semua tahu di dalam kuaters Putrajaya ini terdapat ramai yang mengasuh anak itupun diatas kehendak kakitangan awam yang hendak menjaga anak mereka yang masih kecil semasa mereka berkerja, ada juga yang berniaga sambilan di rumah untuk kesenangan penghuni itu sendiri, dan ada juga yang mengambil tempahan-tempahan di pejabat kerajaan itu sendiri seperti kuih muih untuk dijadikan sajian makan dan minuman dalam mesyurat pejabat mereka sendiri.
Adakah ini boleh dikatakan berat kesalahan kepada penghuni kuaters tersebut. ????????
Tindakan yang dibuat oleh KSN tidak ada keperihantinan terhadap kakitangan awam yang berpendapatan rendah. Hampir semua kakitangan awam rendah yang menduduki kuaters di Putrajaya rasa tidak berpuashati dengan tindakan yang di keluarkan oleh KSN. Prihatinlah janganlah sampai kakitangan awam membrontak ke atas kerajaan dengan mengundi pembangkang.
________________________________________________________________________
Komen kita:
No komen. Kalau ya pun salah, perlukah halau terus tanpa sebarang amaran?
Kan dah cakap KSN sekarang merupakan liabiliti kepada kerajaan untuk menang PRU nanti.
Tidak dengarkah lagi denyut nadi rakyat MALAYSIA wahai kerajaanku yang MENEPATI JANJI ?
SBPA: Sidik Berhenti Pegawai Aman
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.