Tuesday, 24 April 2012

Teknik istimewa KSN nak sambung kontrak

Salah satu teknik KSN hendak sambung kontrak ialah dengan sambungkan kontrak KSU-KSU yang kontraknya tamat dekat dengan tarikh tamat kontrak KSN. Tarikh tamat kontrak KSN ialah JUN. Jika ada KSU yang tamat kontrak bulan Mei atau April atau Mac tahun berkenaan, maka cerahlah peluang KSU berkenaan disambung kontrak!

Satu lagi teknik ialah dengan menggunakan alasan "TIADA PEGAWAI LAIN LEBIH TAHU DAN BOLEH BUAT SEPERTI MANA SAYA BUAT" atau "PERKHIDMATAN PEGAWAI AMAT DIPERLUKAN KERAJAAN BLA BLA BLA..."

Alasan sama yang selalu digunakan oleh KSN untuk sambung kontrak. Benarkah begitu?

Dengan alasan seperti di atas, maka sebab itu lah KSN cadang sambungkan kontrak TKSU (Kabinet) JPM. Lihatlah sudah berapa kali pegawai ini disambung kontrak. Tahun ini pun disambung kontrak lagi atas alasan untuk buat pelantikan ahli kabinet selepas PRU kelak.

Apakah terlalu lemah pentadbiran Bahagian Kabinet JPM hinggakan tiada manual atau prosedur yang direkodkan bagi urusan pelantikan menteri kabinet hinggakan perlu menyambungkan kontrak pegawai semata-mata atas alasan itu?

Lagipun proses pelantikan dibuat lima tahun sekali. Jika tiada manual yang disediakan, adakah pegawai akan ingat prosedurnya? Tambahan pula pegawai yang berumur 58 tahun ke atas! Kita pun cukup mudah lupakan password untuk cukai pendapatan kita jika tidak dicatatkan kerana ianya dibuat setahun sekali, apatah lagi proses yang dibuat LIMA TAHUN SEKALI!

Atau ianya sengaja dibuat sedemikian supaya senang pegawai berkenaan hendak sambung kontrak lagi?

Kita sedang menanti adakah rakn baik KSN iaitu KSP akan disambung kontraknya juga? Ini kerana kontrak KSP juga sudah disambung beberapa kali. Kita tahu jika kontrak TKSU (Kabinet) disambung, kontrak KSP disambung, maka ada peluang cerah kontrak KSN disambung!

Kita tentu masih teringat YAB PM sendiri nampak seperti kurang menyerlah sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri. Namun bila diberikan peluang sebagai PM, maka kita dapat saksikan YAB PM dapat melakukan pelbagai transformasi hebat untuk rakyat.

Maka, yang penting ialah peluang harus diberikan kepada seseorang untuk dibuktikan kemampuannya. Perkhidmatan awam memerlukan orang baru untuk menggunakan cara baru bagi memimpin perkhidmatan awam. Penjawat awam sudah penat melayan pemimpin flip-flop dan lepas tangan seperti KSN yang tidak menyokong transformasi kerajaan yang boleh dilihat apabila batalkan SBPA dan balik semula ke SSM Plus yang lebih teruk! Inikah transformasi KSN?

Selagi mana Kerajaan sambungkan kontrak KSN atas alasan seperti di atas, selagi itu penjawat awam akan rasa terhina seolah-olah perkhidmatan awam tiada pegawai lain yang boleh diharapkan kerajaan kecuali KSN seorang! Ianya juga menunjukkan seolah-olah perkhidmatan awam Malaysia, milik KSN seorang!


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.