Thursday, 26 April 2012

Si MISAI yang kini melatah..

Kita terdengar berita bahawa si MISAI sudah panas punggung dengan pendedahan yang dibuat dan mula mencari siapa yang menulis berkenaan dia.

Mungkin si MISAI tak baca artikel berkenaan betul-betul bahawa yang memberikan maklumat kepada penulis ialah MEREKA dan bukan BELIAU! Lagipun kami sendiri tidak kenal sangat siapa si MISAI tapi kami dimaklumkan ramai penjawat awam terutamanya pegawai JUSA ke atas, kenal si MISAI dan amat marah dengan si MISAI.

Mereka semua yang kenal si MISAI telah nampak bagaimana si MISAI bermaharajalela di JPA dan berharap agar JPA tidak mempunyai pegawai seperti si MISAI lagi. Sebab itu mereka beri maklumat!

Si MISAI ni tak baca PENAFIAN di blog ini kah? Blog ini bukan dimiliki oleh seorang individu. Maklumat yang diperolehi adalah daripada ramai penjawat awam yang ingin menyuarakan kebenaran.

Lagipun, jika tidak bersalah kenapa cepat melatah? Bukankah SIAPA MAKAN CILI DIA TERASA PEDASNYA?

Terlalu pedas sangatkah wahai si MISAI?

p/s: Si MISAI, bila nak bersara pilihan?

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.