Tuesday 3 July 2012

Kan dah cakap...

Nampaknya apa yang kita cakap memang benar-benar terjadi. PM lebih dengar nasihat Sidek Hassan bila menamatkan perkhidmatan Tan Sri Abu Bakar Haji Abdullah, mantan KPPA yang kini memudaratkan Kerajaan sendiri. 

Kita pernah katakan, blog ini ditulis berdasarkan fakta bukan fitnah semata-mata. Lihatlah maklumat kita kemukakan setakat ini semuanya betul. Tentang pelantikan KSN dari KP UKAS. Tentang penamatan KPPA yang dikambing hitamkan oleh Pengerusi Petronas yang akhirnya memalukan Kerajaan dan kini isu tiada calon sesuai untuk dilantik sebagai KPPA. 

Persoalan dari rakan bloggers, "Jika tiada calon sesuai, kenapa tak sabar-sabar sangat nak tamatkan perkhidmatan KPPA?" 

Kita akan kupas lebih lanjut perkara ini dalam sehari dua ini. Kita sedang mengumpulkan fakta-fakta sebenar tragedi yang menjahanamkan Perkhidmatan Awam ini. Setakat ini, faktanya memang mengejutkan.. Tungguuuuu..