Monday 21 January 2013

Mr Presiden Skim 'Elit'

Bila berbicara dengan pesara kanan tentang isu penggunaan kalimah Allah dan Bible dalam Bahasa Melayu, kita terfikir "alangkah bagusnya kalau Kerajaan mempunyai penasihat yang berani dan bijak seperti beliau"

Dalam Perkhidmatan Awam, kita sudah tiada pemimpin yang mampu menasihat Kerajaan dengan baik. Mungkin ada, tapi tiada yang berani sebab nak jaga periuk nasi sendiri.

Teringat sewaktu ada rakan dari Skim 'elit' menyatakan rasa kecewa dengan Presiden Persatuan yang baru dilantik. Rakan ini maklumkan bahawa sewaktu diadakan AGM untuk memilih Presiden Persatuan Skim Elit yang baru sebelum ini, tidak pernah dewan akan penuh dengan ahli persatuan Skim Elit ini. Namun, pada pemilihan yang lalu, dewan telah penuh sesak dengan ahli-ahli persatuan terutamanya pegawai muda. Semuanya hadir kerana ingin lihatkan pembaharuan dibuat dalam persatuan berkenaan yang dilihat lesu dan tidak berbuat apa-apa terutamanya apabila skim berkenaan dihentam teruk oleh skim lain.

Ahli persatuan dicanangkan bahawa nama calon Presiden yang dilobi kepada mereka merupakan calon terbaik kerana berani bersuara walaupun mereka sendiri tidak kenal siapa calon berkenaan. Bila tamat pemilihan, dapat dilihat bahawa semua pemimpin persatuan berkenaan terdiri daripada muka-muka baru (termasuk calon Presiden yang telah dilobi turut menang dengan undi majoriti) kerana ahli persatuan telah hilang kepercayaan kepada barisan pemimpin yang lama.

Tetapi rupa-rupanya, bila memegang kuasa sebagai Presiden, situasinya tetap sama macam dulu. Rupanya bila selesa berkuasa, terus berubah jadi penakut, tambahan pula Presiden berkenaan telah mencanangkan dirinya sebagai calon jawatan No 2 dalam Perkhidmatan Awam Malaysia. Maka perkataan "PROFESIOANL" telah dijadikan alasan untuk diam tanpa tindakan.

Benarlah kata orang, bila susah, tiada siapa yang berani membantu. Lebih teruk bila ia terjadi kepada Ketua Perkhidmatan sendiri. Sewaktu isu KPPA, yang berani bersuara ialah pesara-pesara kanan Kerajaan bila mana mereka berani memberikan pandangan melalui surat yang dihantar kepada YAB PM tapi mana persatuan yang ahlinya 'elit'?

Pegawai-pegawai muda skim 'elit' berkenaan juga berani bersuara bila menyatakan bantahan melalui laman sosial dan sebagainya. Tapi mana Pegawai kanan Skim Elit berkenaan? Mana Presiden yang baru dilantik? Tidak ada sebarang kenyataan langsung dikeluarkan sedangkan ahli-ahli melantik beliau untuk menjaga kebajikan ahli persatuan dan skim perkhidmatan.

Tambahan pula KPPA lah yang telah menyelamatkan Presiden berkenaan sewaktu kemelut Presiden berkenaan di sebuah negeri yang ditadbir pembangkang dahulu sehinggakan jadi 'CEO' di sebuah Kementerian. Sedangkan kalau lihat prestasi, ada pemimpian negeri lain yang lebih maju yang lebih lawak dibawa ke Persekutuan. Jika tiada KPPA, agak-agaknya apa tindakan Sidik Hasan terhadap Mr President ya? Lupakah wahai Mr President?

Tapi rupa-rupanya Presiden ini pun tidak mahu berbuat apa-apa, kerana menjaga reputasi selaku calon jawatan No. 2 Perkhidmatan Awam dengan menggunakan alasan "PROFESIONAL". Bila tidak kena batang hidung sendiri boleh lah cakap "PROFESIONAL". Sekali kena batang hidung sendiri, hilang profesional.

Jika tidak berani, sekurang-kurangnya kenanglah jasa orang yang pernah membantu anda wahai Mr President!



Sunday 20 January 2013

Isu Kalimah Allah dan Bible Bahasa Melayu

Pandangan menarik dari pesara kanan Kerajaan..


"Dewasa ini kita sering terdengar isu penggunaan kalimah Allah. Ada pula artis yang mengeluarkan kenyataan biadap tentang agama Islam tapi tiada tindakan diambil pihak yang berkuasa terhadap beliau.

Sedangkan dulu bila penjawat awam mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, maka tindakan telah dikenakan kepada pegawai berkenaan. Adakah pihak berkuasa lebih mementingkan perkauman dari agama? Ada yang berkata, sebab bangsa lain ada GodFathernya, maka sesiapa yang berani usik bangsa berkenaan, maka God Father mereka akan pertahankan habis-habisan tanpa mengira parti politik.

Inilah natijahnya apabila agama diperalatkan ahli politik untuk meriah sokongan. Sepatutnya pihak yang mempunyai kuasa perlu menguatkuasakan undang-undang. Siapa yang mempunyai kuasa berkenaan? Pihak pembangkang? Pihak kerajaan?

Fatwa telah dikeluarkan berkenaan kalimah Allah hanya boleh digunakan untuk umat Islam. Mengapa tiada penguatkuasaan? Mengapa isu ini dipolitikkan pihak berkuasa dengan menuduh pihak yang tidak mempunyai kuasa menguatkuasakan undang-undang (sebuah parti Islam) sebagai pihak yang meluluskan penggunaan kalimah Allah ini? Mengapa tidak dikenakan hukuman pihak yang memainkan isu ini? Untuk dapatkan sokongan?

Siapa yang membenarkan Bible diterjemahkan ke Bahasa Melayu? Jika 'google', kita boleh lihat surat kelulusan penterjemahan berkenaan. Ada yang pertikaikan bahawa surat berkenaan di 'edit' kerana no rujukan failnya ditulis 'PEMANDU'.

Tapi lupakah kita, siapa yang lantang bersuara dalam isu penterjemahan Bible ini? Bukankah seorang menteri transformasi di PEMANDU?

Ada yang mempertahankan kelulusan berkenaan dengan mengatakan kelulusan berkenaan hanya untuk terjemah ke Bahasa Melayu sahaja. Cuba kaji betul-betul permohonan pihak yang ingin terjemah tu. Bila diterjemah ke Bahasa Melayu, pihak berkenaan ingin terjemahkan perkataan God kepada Allah!

Ini lah punca sebenar masalah. Jika tidak diberikan kelulusan terjemah berkenaan, maka sudah pasti God tidak akan jadi Allah!Sedangkan dalam Perjanjian Lama (Taurat) dan Perjanjian Baru (Bible) yang asal, God tidak disebut sebagai Allah.

Yang peliknya, untuk apa diterjemah ke Bahasa Melayu? Untuk memudahkan urusan dakwah terutamanya kepada orang kampung yang tidak faham English? Lagipun, siapakah yang memerlukan Bible Bahasa Melayu? Melayu yang beragama Islam atau orang Kristian yang ingin memdalami ajaran Kristian menggunakan Bahasa Melayu sedangkan mereka lebih mahir Bahasa Inggeris? Adakah orang Kristian sendiri selesa mendalami ajaran Kristian dalam Bahasa Melayu? Bukankah beribu tahun mereka mempelajari Bible dalam English?

Umpama orang Islam yang tidak fasih Bahasa Inggeris tapi cuba mendalami ajaran Islam menggunakan kitab Al-Quran terjemahan Bahasa Inggeris. Kelakar bukan?

Maka siapa sebenarnya 'target group' Bible Bahasa Melayu ini? Di Jepun, banyak buku-buku akademik dari Barat diterjemahkan ke Bahasa Jepun untuk memudahkan ORANG JEPUN yang tidak mahir Bahasa Inggeris mendapatkan ilmu. Kita tahu, ramai orang Jepun tidak mahir English, maka diterjemahkan buku-buku akademik berkenaan.

Jadi Bible diterjemahkan ke Bahasa Melayu ini untuk siapa? Jika ambil pengajaran kisah orang Jepun di atas, maka kita yang waras boleh fikir kepada siapa bible berkenaan akan diedarkan? Kepada orang bukan Melayu yang tidak faham Bahasa Melayu yang telah lama menggunakan Bible dalam English?

Kepada parti politik semua, bijak lah sedikit dalam berhujah. Janganlah sampai menggadaikan agama demi kepentingan politik, selepas bangsa sendiri telah tergadai demi meraih kuasa dan undi. Jika tidak mahu menggunakan kuasa yang ada untuk hentikan semua ini, jangan salahkan rakyat jika beri kuasa kepada pihak lain. Rakyat semakin bijak. Jangan nanti isu ini makan diri bila memilih untuk memperkotak-katikkan agama, sesuatu yang bangsa lain tidak berani melakukannya. Hanya di sini!"