Tuesday 19 February 2013

Sebuah Janji Ditepati...

Pandangan menarik seorang pegawai kanan Kerajaan yang kami jumpa dalam majlis bersama YAB PM baru-baru ini.

"Kerajaan SIdik Hasan dulu tubuhkan Task Force di mana Mail Adam Pengerusinya untuk tambahbaik SBPA tapi akhirnya SBPA dibatalkan dan diberi SSM yang kononnya lebih baik dari SBPA tapi sebenarnya haprak.

Kerajaan juga tubuhkan Suruhanjaya penambahbaikan gaji penjawat awam di mana Tuan Zaki pengerusinya. Kerajaan janji hasilnya akan diumumkan hujung tahun ini. Tapi habuk pun tarak...

Kerajaan sebaliknya janji nak kaji elaun pula. Entah bagaimana pula hasilnya nanti. Belum mula kajian sudah diumumkan pula. Mungkin gaya kepimpinan restoran mamak yang diterapkan.

Yang pasti. penjawat awam telah ditipu. Gaji tak naik, tapi Barang Naik.

Selain itu, Kerajaan amat mengutuk keras pembangkang yang dicanangkan akan membuang penjawat awam sekiranya menguasai Putrajaya tapi akhirnya Kerajaan juga yang membuang penjawat awam sewenang-wenangnya seperti mana yang dibuat kepada Tan Sri Abu Bakar.

Kerajaan janji macam-macam untuk pujuk penjawat awam. Semuanya dijanjikan kepada penjawat awam demi survival politik selepas keputusan salah Kerajaan tamatkan Tan Sri Abu Bakar. Bila diperlukan, ditatang bagai minyak penuh, bila tidak perlu, dibuang bagai 'anjing kurap' sampai lupa semua jasa sewaktu lama bertugas bersama di Kementerian Pertahanan. Penjawat awam masih mempersoalkan tindakan ini sehingga kini dan akan ingat dosa besar ini sampai bila-bila.

Kerajaan kata penjawat awam ibarat 'anak' sendiri, (pernah sekali kata macam tiang seri) tapi peruntukan perbelanjaan untuk 'anak' sendiri tidak dipedulikan sebaliknya amat berkira serta kedekut. Nak naik gaji, kata takda duit tapi belanja untuk bukan 'anak' sendiri banyak pula duitnya.

Yang teruk buat kerja ialah 'anak' sendiri tapi yang menuai hasilnya rupanya 'anak orang lain'

Terima kasih atas sebuah janji ditepati.

Hasil transformasi PEMANDU yang tiada destinasi."





Kisah Pelaksana Tugas KPPA 5

Wah...

Semakin berkuasa si pelaksana tugas KPPA ini.

Khabarnya dia baru pulang bercuti membawa keluarga ke luar negara tapi menggunakan peruntukan jabatan atas alasan ingin melawat pejabat luar negara JPA. Perlukah guna peruntukan jabatan? Kenapa pergi waktu peruntukan jabatan berkurangan? Kenapa pergi sewaktu laksana tugas sebagai KPPA?

Penting sangatkah lawat pejabat berkenaan sedangkan KPPA sebelum ini pun tidak melawat pejabat berkenaan? Belum jadi KPPA dah pandai guna duit kerajaan sesuka hati. Layakkah jadi KPPA dengan sikap sebegini?

Katanya ditaja company consultant Mail Adam tu? Bukankah ini salah guna kuasa?

Kita dimaklumkan akibat ingin beri peluang si pelaksana tugas KPPA ke luar negara, maka peruntukan kewangan JPA banyak telah dipotong. Elaun overtime kumpulan bawahan juga telah ditahan...

Dalam akhbar bukan main ingatkan penjawat awam tentang disiplin dan salah laku. Pekeliling macam-macam dikeluarkan. Tapi diri sendiri yang langgar semuanya. Cakap tak serupa bikin.

Orang bawahan hidup susah dan dikenakan bermacam-macam peraturan karut zaman purba tapi orang atasan seperti si pelaksana tugas KPPA ini boleh salah guna kuasa sewenang-wenangnya?

Kita harap KSN pandang serius salah guna kuasa si pelaksana tugas KPPA yang semakin menggila.


BERSAMBUNG....

Kisah Pelaksana Tugas KPPA 4

Al kisahnya si pelaksana tugas KPPA ini semakin terdesak nak jadi KPPA.

Mesyuarat selalu dibuat sampai ke tengah malam malah ada yang sampai ke awal pagi. Konon-konon nak persiapkan diri membodek PM dan KSN dengan hebatnya. Sampai si pelaksana tugas KPPA terkeluar perkataan-perkataan kurang ajar dan biadap dalam mesyuarat bila marah anak buahnya.

Kalau dah diri tu tak kompeten, jangan salahkan anak buah. Beri arahan dengan jelas. Bukan meminda arahan berkali-kali. Draf kertas pembentangan pun dipinda berkali-kali sebab tak yakin dengan draf sendiri. Macam ni nak memimpin perkhidmatan awam?

Komen orang lama JPA, "belum pernah jumpa perangai macam si pelaksana tugas KPPA ni"

Itulah, dulu sudah ada dahan kukuh untuk berpaut, kenapa tidak jadi akar yang kukuh untuk menyokong!

Sekarang rasakan penangan si pelaksana tugas KPPA yang bodoh sombong. Seperti kata pepatah, "Bodohnya tak boleh diajar, cerdiknya tak boleh diikut"

Orang lain semua salah. Dia sorang saja betul semuanya.

Ikut kepala hotaknya saja...


BERSAMBUNG....




 

Kisah Pelaksana Tugas KPPA 3

Oleh kerana si pelaksana tugas KPPA ni asyik cari kesalahan orang bawahan, maka kita ingin tanya kepada si pelaksana tugas KPPA sekarang ini:
  • Bagaimana anak si pelaksana tugas KPPA ini boleh jadi PTD? Dengan siapa anaknya interview?
Kita dimaklumkan bahawa anak beliau masuk jadi PTD ikut jalan belakang melalui kawan rapatnya si Misai Putrajaya sewaktu si pelaksana tugas KPPA jadi Pengarah Bahagian di JPA dan si Misai Putrajaya pula merupakan 'de facto' Pengarah Servis JPA.

Kita dimaklumkan tiada temuduga pun dibuat terhadap anak si pelaksana tugas KPPA ini. Pelantikan diuruskan senyap-senyap oleh si Misai Putrajaya.

Jadi wahai si pelaksana tugas KPPA, bukankah ini salah guna kuasa? Apa guna turunkan tandatangan dalam pekeliling berkaitan disiplin kalau diri sendiri pun tak ada disiplin. Orang lain buat semua salah. Diri sendiri buat tak apa pula ya?

Jadi tak perlu lah asyik cari kesalahan orang bawahan sampai tidak sedar kain sendiri yang terlondeh.

Sebab itu lah si pelaksana tugas KPPA rasa terhutang budi kepada si Misai Putrajaya dan cuba memasukkan si Misai Putrajaya ke dalam JPA semula sebagai Pengarah.

Tapi KSN kita bijak tidak menerima perancangan si pelaksana tugas KPPA ini. Kita harap KSN akan terus berhati-hati dengan perancangan licik si pelaksana tugas KPPA ini.

BERSAMBUNG....





Jasa Sidik Hasan 7: Jahanamkan PTD

Kita dimaklumkan selalu Sidik Hasan cakap beliau bukan PTD tapi KSN untuk semua. Nampak sangat kurang cerdiknya beliau. Kalau dia tu bukan dari PTD, ada peluang ka jadi KSN? Apa salahnya cakap beliau PTD dan KSN untuk semua. So kenang budi la sikit jasa PTD tu. Tapi kita pun kenal si pendek Sidik Hasan ni mana pernah kenang budi. Entah-entah nak mengaku Melayu pun malu. Tu yang asyik jahanamkan bangsa sendiri

Kalau perjumpaan dengan pegawai-pegawai dari skim lain, Sidik Hasan akan kutuk PTD. PTD dikatakan terlalu cepat naik pangkat. Di hadapan pegawai skim lain sewaktu majlis JUSA Sidik Hasan pernah cakap bahawa kelulusan akademik PTD lebih rendah dari para doktor tapi lebih cepat naik pangkat. Si pendek Sidik Hasan ni tak sedar ke PTD baru sekarang ramai yang mempunyai kelulusan akademik yang hebat-hebat seperti kejuruteraan, undang-undang, malah sains perubatan?

Maka penyelesaian Sidik Hasan yang bijak sini aje ialah banyak jawatan peringkat tertinggi yang disandang PTD pun telah diberikan kepada skim lain. Tidak salah kalau nak bagi jawatan tertinggi kepada skim lain.

Tapi kalau dah bagi jawatan PTD kepada skim lain, kenapa dibenarkan skim lain senang-senang masuk PTD di pelbagai peringkat? Apa alasannya? Skim lain tak boleh naik pangkat setinggi PTD? Dah bagi banyak jawatan kepada bukan PTD jadi sudah ada banyak peluang untuk naik pangkat. Tak nampak lagikah?

Ini tidak, asal tukar skim saja, semuanya Sidik Hasan suruh masuk PTD. Nak kata pegawai berkenaan cemerlang? Apakah skim lain tidak memerlukan pegawai yang cemerlang? Cemerlang sebagai pegawai skim lain belum tentu cemerlang sebagai PTD.

Kalau nak sangat masuk PTD, letakkan syarat wajib ikuti kursus DPA. Biar rasa susah payah sikit jadi PTD. Ini tidak. Senang-senang goyang kaki masuk PTD.

Mungkin sebab SIdik Hasan yang kurang cerdik tu hanya tahu bahawa dalam perkhidmatan awam Malaysia ni hanya ada skim PTD saja. Itu yang semua nya nak dimasukkan dalam PTD macam Pegawai Khas beliau yang dari skim teknologi maklumat tu.

Tapi dalam asyik menjahanamkan PTD, Sidik Hasan mahu anak bongsunya jadi PTD. Kenapa ya?

Dan selepas SIdik Hasan telah menjahanamkan perkhidmatan awam dengan cemerlangnya, akan tenteramkah anaknya sebagai PTD nanti?








Kisah Pelaksana Tugas KPPA 2

Ramai yang semakin mengenali si pelaksana tugas KPPA sekarang ini. Angan-angan beliau hendak menjadi KPPA mengakibatkan beliau semakin gila kuasa. Kawan satu batch pun mula mengeluh. Ramai yang menantikan beliau dikeluarkan dari JPA kerana

Kita dimaklumkan ada satu insiden di mana para pemandu JPA yang kesemuanya rapat dengan KPPA Tan Sri Abu Bakar telah buat jamuan perpisahan untuk KPPA. Sebab si pelaksana tugas ini busuk hati, keesokkan harinya, si pelaksana tugas KPPA ini telah memanggil seorang Pengarah di JPA untuk memberi amaran kepada pemandu-pemandu berkenaan. Kenapa? Salahkah berjumpa dengan bekas bos sendiri? Nak siasat salah guna kenderaan? Jangan cari salah orang sangat sebab diri sendiri tu lagi banyak salah guna kuasa malah sewaktu tanggung tugas KPPA pun dah menonjolkan salah guna kuasanya. Buruk betul perangai pelaksana tugas KPPA sekarang ini. Belum jadi KPPA dah macam-macam perkara gila dan syok sendiri yang dibuat. Kenapa jadi sedemikian? Kerana si pelaksana tugas KPPA ini tidak layak dan berpengetahuan pun. Dia naik sebab kuat bodek Sidik Segaraga Hasan sahaja.

Sebab itu, sekarang ini Kerajaan belum dapat umumkan penambahbaikan gaji penjawat awam sebab lemahnya si pelaksana tugas KPPA ini yang menjadi urusetia kepada Suruhanjaya Tun Zaki di mana si pura-pura Ismail Adam menjadi ahlinya. Hajat di hati ingin menonjolkan diri di hadapan PM dalam penambahbaikan gaji penjawat awam tetapi sebab dah lemah dan tidak kompeten, kena soal dengan PM saja terus gelabah tak tahu nak jawab apa. Maka si anak buah yang menanggung sengsara. Tapi mana dia ni ada hati perut. Bos sendiri pun sanggup di tikam belakang, apatah lagi anak buah. Mana dia kisah pun. Janji dia puas hati dapat bodek dan tonjolkan diri depan PM dan KSN.


BERSAMBUNG....