Friday 23 March 2012

KSN Tidak Tahu Menahu Tentang SBPA?





Lihat lah proses kerja membuat SBPA hasil risikan kami. Jika tiada kelulusan di proses no. 4, akan diulang semula proses no.1 hingga 3. Selagi tidak lulus, proses ini akan berulang berkali-kali. Bagi tahun 2011, sebanyak 13 rundingan telah diadakan bersama CUEPACS (sepertimana jawapan YAB PM dalam sesi Perbahasan Titah DiRaja di Parlimen) dan beberapa kali mesyuarat telah diadakan dengan KSN.

Rupa-rupanya KSN yang pengerusikan mesyuarat merangka SBPA ini. Beliau yang telah buat keputusan tentang SBPA. Tapi kenapa beliau mengaku tidak tahu menahu dalam SBPA seolah-olah nak lepas tangan?Beliau cuba nak jadi hero untuk sambung kontrak sebagai KSN? Tapi tahukah beliau, selepas batal SBPA lagi banyak implikasi termasuk dari sudut UNDANG-UNDANG!

KSN tidak tahu pasal SBPA? Tidak mengaku terlibat dengan SBPA? Nah, lihatlah tarikh mesyuarat SBPA seperti di bawah yang dipengerusikan KSN:

1.    10 Mac 2010 (KPPA: Tan Sri Ismail Adam)
2.    27 Julai 2010
3.    7 Februari 2011
4.    8 Mac 2011
5.    15 April 2011
6.    5 Mei 2011
7.    4 Ogos 2011
8.    8 Ogos 2011
Apalah nasib penjawat awam.. Kena tipu lagi!!!

 
 
 
 
SBPA: Sidek (bukan nama sebenar) Berhenti, Pegawai Aman..
 
 
 

CUEPACS MEREPEK!

Berita Harian Online

Kerajaan sudah bincang dengan CUEPACS sebelum rangka SBPA
2012/03/13

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan mengadakan perbincangan dengan CUEPACS dalam merangka Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).


Perdana Menteri memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa kerajaan sudah mengadakan forum perbincangan bersama CUEPACS dan wakil persatuan itu melalui tiga Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) yang bersidang sekurang-kurangnya tiga kali setahun.

"Mesyuarat tidak berkala lain juga diadakan antara pegawai tertinggi kerajaan dengan ahli Majlis Tertinggi CUEPACS. Kerajaan juga menerima memorandum daripada CUEPACS dengan tuntutan tertentu yang dikaji dan diambil kira dalam penggubalan SBPA.

"Sepanjang 2011, sebanyak 13 mesyuarat utama bersama CUEPACS diadakan merangkumi mesyuarat dengan MBK, taklimat pada Ahli Majlis Tertinggi CUEPACS dan siri perjumpaan bersama CUEPACS yang membawa kepada termeterainya memorandum persefahaman mengenai pelaksanaan SBPA antara Jabatan Perkhidmatan Awam dan CUEPACS yang ditandatangani pada 28 Disember 2011," katanya pada sesi soal jawab.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) yang ingin tahu mengapa kerajaan tidak memanggil CUEPCAS untuk berbincang mengenai pelaksanaan SBPA dan pendirian kerajaan terhadap tuntutan-tuntutan CUEPACS. – BERNAMA
_________________________________________________________________________________ 


Nampaknya CUEPACS pun suka tipu penjawat awam! Kata tak ada rundingan tapi rupanya sudah 13 kali berunding dengan JPA! Nak cakap JPA tidak dedahkan fakta secara lengkap? Habis kenapa sampai 13 kali? Kepada pemimpin CUEPACS, janganlah jadi orang MUNAFIK, “BILA CAKAP, DIA BOHONG. BILA JANJI DIA MUNGKIRI!

CUEPACS telah BERCAKAP BOHONG bila mengatakan tiada rundingan dan TELAH MUNGKIRI JANJI dalam MoU! Jika bukan MUNAFIK, apa?

Penjawat Awam sekelian, inikah pemimpin yang anda mahukan?

MTSU Teraniaya?

Berita Harian Online

MTSU mahu CUEPACS teruskan usaha SBPA
2012/03/09

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung (MTSU) mahu CUEPACS meneruskan usaha Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dibatalkan.

MTSU adalah anggota gabungan CUEPACS.

Setiausaha Agungnya, Samuel Devadasan, berkata pendirian CUEPACS selama ini untuk menamatkan SSM bagi mewujudkan sistem gaji lebih baik kepada anggota sektor awam.

"MTSU kecewa apabila SBPA dibatalkan manakala SSM dikekalkan dengan sedikit penambahbaikan," katanya ketika ditemui di bangunan CUEPACS sebentar tadi.

Samuel berkata, mesyuarat CUEPACS yang bermula kira-kira jam 3 petang tadi juga berlangsung dalam keadaan "panas" apabila kebanyakan pemimpin yang menghadirinya meluahkan rasa tidak puas hati dengan pembatalan SBPA.

Katanya, SBPA memberi semangat serta nafas baru kepada anggota sektor awam sebaliknya kini ia dibatalkan.

"MTSU berharap supaya SBPA dapat dilaksanakan manakala SSM dibatalkan," katanya.
 _________________________________________________________________________________


Selepas kenyataan berkenaan, Setiausaha Agungnya dipanggil oleh KSN dan ditegur supaya tidak membesar-besarkan perkara ini di media. Kita boleh lihat tiada kenyataan lagi daripada MTSU selepas itu.

Persoalannya, kenapa sewaktu CUEPACS mula menggunakan media berkenaan isu SBPA, CUEPACS tidak dipanggil dan ditegur supaya jangan gunakan media? KSN sendiri beri lampu hijau kepada CUEPACS. Kenapa? Supaya KSN juga boleh jadi hero penjawat awam agar peluang untuk sambung kontrak KSN yang bakal tamat Jun nanti semakin cerah. Lihatlah kesannya kini. YAB PM dimalukan di Parlimen akibat SBPA ini.

Tetapi, penjawat awam kini sudah bijak menilai siapa petualang yang memalukan YAB PM...

Wednesday 21 March 2012

SBPA

Nampaknya topik SBPA ini masih belum selesai. Kita sangkakan dengan pengumuman YAB PM tentang pembatalan SBPA, isu ini tidak diperbesarkan lagi. Tetapi terdapat seorang pemimpin paling tinggi (walaupun beliau tidaklah tinggi) Perkhidmatan Awam yang (Suka Menipu) cuba melepaskan diri dengan menjadikan orang lain sebagai kambing hitam dalam isu ini. Ke mana sahaja beliau pergi, beliau akan salahkan orang lain dengan mengatakan:

1. "SBPA dibuat JPA sendiri tanpa beliau ketahui butirannya"
2. "Beliau tidak diberikan maklumat/penerangan lengkap berkenaan SBPA"
2. "SBPA tidak menggunakan formula 7-13% seperti yang diumumkan YAB PM dalam Bajet 2012"
3."SBPA dibuat tanpa perundingan terutamanya dengan CUEPACS malah PENGARAH di JPA (statement kurang bijak beliau)"

Kepada pemimpin berkenaan iaitu KSN, cukup-cukuplah salahkan orang lain. Kita dah hampir dengan PRU13. Sepatutnya KSN rapatkan saf dan kuatkan perpaduan penjawat awam tapi sebaliknya pula berlaku bila masih cuba lepaskan diri dari SBPA dan salahkan orang lain.

Adakah KSN buat begitu kerana survival kontrak KSN yang hampir tamat?
Wahai KSN yang budiman, Penjawat Awam sedang memerhatikan anda dan semakin muak dengan anda!

Selagi mana KSN tidak berhenti dari menyalahkan orang lain atas keputusan yang dibuat beliau berkenaan SBPA, selagi itu kami akan bersuara...

Kebenaran pasti akan menjelma. Kebenarannya akan bermula di sini.