Thursday 21 June 2012

Sidek Hassan pergi, KPPA kena pergi juga?

Seperti yang kita pernah maklumkan, jika KSN Sidek Hassan tidak sambung kontrak, maka Sidik Hasan ingin jahanamkan Tan Sri Abu Bakar, KPPA sekarang.

Kini Sidek Hassan tidak disambung kontrak dan kami mendapat khabar bahawa Sidek Hassan yang busuk hatinya telah menghasut YAB PM supaya turut meng'kambing hitam' kan KPPA dengan meminta KPPA meninggalkan perkhidmatan awam kononnya atas isu SBPA. Sedangkan semua penjawat awam mengetahui bahawa yang mempengerusikan mesyuarat SBPA ini ialah Sidek Hassan sejak dari 2007. Jadi mengapa hendak ditamatkan perkhidmatan KPPA?

Jika benar KPPA TERAMAT WAJIB sangat ditamatkan perkhidmatannya, mengapa tidak tunggu selepas PRU bagi mengelakkan isu ini menjadi 'bola tanggung' kepada pembangkang dalam PRU kelak?

Buat YAB PM, dengarlah suara kami penjawat awam akar umbi yang TIDAK BERKEPENTINGAN DAN BERJAWATAN, tetapi hanya ingin memastikan kerajaan menang dalam PRU kelak. Bukannya mendengar nasihat pegawai atasan di sekeliling YAB PM semata-mata yang masing-masing mempunyai AGENDA TERSEMBUNYI yang akhirnya akan menyebabkan kerajaan tewas dalam PRU kelak.

Lihatlah kesan pemberian penyapu kepada penjawat awam oleh kerajaan negeri Selangor yang telah memberikan 'bola tanggung' kepada pembangkang yang mengakibatkan kerajaan negeri Selangor di'sapu' oleh penjawat awam dan rakyat Selangor sendiri dalam PRU lepas. Pemberian penyapu kepada penjawat awam dianggap satu penghinaan terbesar kepada penjawat awam dan mengundang kemarahan penjawat awam. Kesannya dapat dilihat bila mana penjawat awam tidak melaksanakan tugas di saat hampir dengan PRU lepas. Peruntukan kerajaan yang seharusnya disalurkan bagi 'memutihkan kawasan kelabu' tidak disampaikan penjawat awam kepada kumpulan sasaran akibat sabotaj daripada penjawat awam sendiri. Akhirnya penjawat awam menunjukkan kemarahan sebenar melalui peti undi! Semuanya bermula dari faktor PENYAPU. Justru buat kerajaan yang mendengar denyut nadi rakyat, hati-hati membuat keputusan sewaktu hampir dengan PRU ini bagi mengelakkan di'sapu' sekali lagi dalam PRU kelak.



Kita masih merisik-risik kebenaran berita ini. Jika benar YAB PM termakan dengan hasutan Sidek Hassan supaya memaksa KPPA meninggalkan perkhidmatan awam, alamatnya Kerajaan terpaksa menghadapi TSUNAMI kedua dalam PRU kelak akibat kemarahan penjawat awam !


Maklumat kini mudah tersebar. Elak lakukan perkara yang boleh mengundang kemarahan penjawat awam di saat hampir PRU ini wahai kerajaan ku...

Terima Kasih YAB Perdana Menteri

Kami para bloggers Putrajaya mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana tidak menyambung kontrak Tan Sri Sidek Hasan sebagai KSN. Sesungguhnya keputusan ini sudah pasti akan mengembalikan keyakinan penjawat awam untuk menyokong kerajaan dalam PRU akan datang.



Buat Sidik Hasan, tiada ucapan terima kasih ingin kami ucapkan kerana sepanjang perkhidmatan, tiada satu sumbangan Sidik Hasan yang benar-benar membawa kesan positif kepada perkhidmatan awam. Malah yang lebih teruk, semua sumbangan Sidik Hasan sebenarnya telah menjahanamkan perkhidmatan awam kini.

Patutlah susah benar nak mencari pisang pada hari ini. Semuanya telah ditempah khas untuk Sidik Hasan sebagai tanda kesyukuran pemergian beliau. hihihihhiii

Para pisang yang telah di susun untuk majlis Sidik Hasan esok?








Sunday 17 June 2012

Perlunya Pelan Penggantian

Dalam sesebuah organisasi, perlu ada Pelan Penggantian bagi menyediakan pelapis untuk menggantikan pemimpin.

Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia, amalan ini telah diamalkan sejak dahulu lagi yang menyebabkan Perkhidmatan Awam Malaysia menjadi semakin hebat dalam mengatasi cabaran yang mendatang. Jika dahulu, semua KSU di Kementerian perlu mempunyai pengalaman sebagai TKSU terlebih dahulu bagi memberi pendedahan kepada pegawai sebelum menjawat jawatan KSU. Bakal KSU juga perlu mempunyai pengalaman dalam bidang perolehan dan pembangunan bagi mengelakkan pengurusan hasil yang tidak teratur.

Menjadi TKSU di sesebuah Kementerian dahulu merupakan peluang untuk menjadi KSU di Kementerian yang sama. Sebab itu TKSU dahulu berusaha bersungguh-sungguh menunjukkan kebolehan diri masing-masing untuk dilantik sebagai KSU dan kesannya dapat dilihat pada kementerian itu sendiri. menteri pun gembira memiliki KSU dan TKSU yang hebat-hebat yang memudahkan tugas beliau.

Namun semua ini tidak lagi dipraktikkan sejak Tan Sri Sidik Hasan menjadi KSN. Yang lebih jahanam, bila perkhidmatan awam dibuka kepada orang luar untuk masuk di peringkat lebih tinggi. Lihatlah kesannya.

Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan bahawa pengurusan kewangan beberapa buah kementerian berada di tahap yang membimbangkan. Kesalahan sama dilaporkan sering berulang-ulang. Bukankah ini akibat kelemahan KSU itu sendiri?

Kita ingin tanya kepada Tan Sri Sidik Hasan, jika sesiapa sahaja boleh menjawat jawatan tertinggi kerajaan seperti di peringkat KSU,

  1. Kenapakah tiada orang luar boleh masuk dalam skim Polis dan ATM dan terus jadi Ketua Polis Negara atau Panglima Angkatan Tentera?
  2. Kenapakah calon untuk jadi Ketua Polis Negara adalah daripada Timbalan Ketua Polis Negara dan bukan Pengarah Polis lain di Bukit Aman?
  3. Kenapa Panglima Angkatan Tentera mesti diambil salah seorang daripada tiga Panglimanya? Kenapa tidak Timbalan Panglima Tentera Darat jadi Panglima Angkatan Tentera?
Jawapannya  kerana Polis dan ATM memang menghormati sistem dan pelan penggantian yang mereka amalkan selama ini. Pelanggaran sistem yang telah lama diamalkan akan membuatkan keadaan menjadi huru-hara. Lihatlah kesannya. Tiada rungutan terhadap kepimpinan mereka yang dilantik melalui Pelan Penggantian yang baik.

Tapi dalam perkhidmatan awam selain polis dan ATM, keadaan jadi kucar kacir. Ada yang SUB terus dilantik sebagai KSU seolah-olah tiada calon sesuai dari kalangan TKSU di semua kementerian untuk dilantik KSU.

Terkini apabila bakal KSN yang akan dilantik dari calon yang merupakan Ketua Pengarah di sebuah agensi yang kecil tetapi mempunyai kuasa besar dalam kerjasama dengan sektor swasta. Tiada langsung pengalaman dalam dasar dan hal ehwal perkhidmatan awam. Tiada langsung pengalaman dalam keselamatan negara. Tiada langsung pengalaman dalam pentadbiran tanah dan daerah.

Jadi dimanakah pelan penggantian KSN? Tiada juga kepentingan senioriti kerana KSN Sidik Hasan sewaktu jadi KSN dulu pun telah memintas ramai lagi senior yang lebih berkelayakan. Adakah Sidik Hasan lebih layak daripada Tan Sri Aseh Che Mat pada ketika itu? Sudah pasti tidak!

Tapi akibat permainan politik pada ketika itu, maka kita terlepas permata yang menyinar seperti Tan Sri Aseh yang dikambinghitamkan dan dilantik KSN seperti Sidik Hasan ini yang teramat haprak.

Dalam Islam, kita tahu bahawa sewaktu solat jemaah, sekiranya imam terbatal wudhuk, maka orang paling hampir sekali di belakang imam perlu mengambil tempat imam berkenaan. Bolehkah orang di barisan kedua mara ke hadapan dan menggantikan imam berkenaan? Apakah kesannya?

Walaubagaimanapun, kita pasti akan terus mengenang sumbangan, jasa dan warisan peninggalan Sidik Hasan yang serba tak tahu selagi mana kita masih berkhidmat 20 atau 30 tahun akan datang.

Kini, adakah sejarah 'kambing hitam' akan berulang kembali?

Kisah Pengganti KSN

Sekarang ini hampir setiap hari kita dihidangkan dengan artikel dalam Utusan Malaysia dan Malaysian Insider tentang pengganti KSN. Yang disebut-sebut ialah Dato Seri Ali Hamsa. Kita tidak mahu memperkatakan tentang kelemahan beliau seperti yang telah kita ketahui sebaliknya kita ingin mengajak pembaca sekalian untuk melihat kekuatan yang perlu ada sebagai KSN.

Seperti mana semua sedia maklum bahawa menjadi KSN bukan tugas yang mudah. Kita penjawat awam bertuah kerana memiliki nama-nama besar yang telah menjadi KSN sebelum ini. Jika dilihat pada latar belakang KSN sebelum ini, kesemuanya memiliki latar belakang pengalaman yang pelbagai sebelum dilantik sebagai KSN kecuali Tan Sri Sidik Hassan yang berpengalaman dalam bidang perdagangan antarabangsa sahaja. Maka lihatlah apa hasilnya? Perkhidmatan Awam Malaysia menjadi kucar kacir. Segala keputusan besar kerajaan menjadi flip flop kerana dinasihatkan oleh KSN yang serba tidak tahu.

Sebab itu kita perlu lihat bakal KSN akan datang. Adakah beliau memiliki pengalaman dalam bidang keselamatan? Bagaimana dengan dasar dan perkhidmatan awam?

Dalam artikel berkenaan juga dikatakan bahawa Dato Seri Ali hamsa paling layak jadi KSN dengan memaparkan pengalaman perkhidmatan beliau. Siapa yang cakap beliau paling layak? Kesatuan kah? Kroni yang menerima projek dari beliau kah? Atau beliau sendiri sebagai usaha melobi diri sendiri?

Dalam artikel berkenaan juga dimaklumkan bahawa salah seorang calon KSN akan meninggalkan perkhidmatan awam. Kita dimaklumkan bahawa calon berkenaan yang paling senior dan lebih layak dilantik sebagai KSN telah DIPAKSA meninggalkan perkhidmatan awam atas alasan kesilapan membuat gaji yang tidak seragam. Benarkah begitu?

Bukankah SBPA bukan merupakan isu besar lagi kepada kerajaan kini? Adakah mana-mana pihak yang masih meminta atau mendesak calon berkenaan meletakkan jawatan atau meninggalkan perkhidmatan awam sekarang ini atas sebab SBPA? TIDAK! Sedangkan penjawat awam sekarang amat merindui penambahbaikan skim yang terdapat dalam SBPA! dan kita semua tahu bahawa orang yang merosakkan SBPA dengan buat gaji untuk tampung perbelanjaan anak bini sendiri ialah KSN yang telah mempengerusikan mesyuarat SBPA sejak 2007 lagi.  Jadi sekarang penjawat awam nampak KSN sebagai liabiliti kepada kerajaan bukan calon KSN berkenaan sebab itu penjawat awam minta KSN berhenti, bukan calon berkenaan berhenti.

Sebab itu kita minta dihentikan sebarang spekulasi berkenaan pelantikan KSN baru bagi mengelak perpecahan di kalangan penjawat awam menjelang PRU yang semakin dekat. Sebarang kesilapan dan ketidak adilan terutamanya meng'kambing hitam'kan orang lain demi ingin meletakkan calon pilihan sebagai KSN amatlah jijik dan hina serta sudah pasti akan memberi kesan besar terhadap kerajaan yang terpaksa menghadapi tsunami kedua kemarahan penjawat awam dalam PRU nanti.