Thursday 19 April 2012

Kisah SSM Plus yang Minus!

Seorang pegawai senior di gred 54 yang berada di gaji maksimum begitu MARAH dengan SBPA kerana menyebabkan gaji beliau dan pegawai junior menjadi sama

Apabila SSM Plus diumumkan, beliau sekali lagi MARAH apabila bertemu dengan gaji maksimum sekali lagi pada tahun hadapan dengan nilai gajinya cuma RM8,000.00 lebih sahaja.

Sedangkan dalam SBPA, beliau akan bertemu dengan gaji maksimum selepas 8 tahun dengan nilai lebih RM11,000.00. Malah lagi teruk, junior pun akan sama gajinya semula dengan beliau pada tahun hadapan. Tapi kali ini di jumlah gaji yang lebih kecil berbanding SBPA.

Lantas beliau berkata "MENYESAL AKU!"

Seorang penjawat awam di kumpulan pelaksana pula telah merancang untuk membeli kereta mengambil kira bahawa beliau akan dinaikkan ke gred 11 di bawah SBPA. Apabila SBPA dibatalkan, beliau kembali ke gred 6 dan begitu MARAH dengan CUEPACS!

Seorang rakan di skim juruteknik J17 begitu gembira dengan SBPA bila diberikan kenaikan pangkat ke gred 27. Bila diumumkan pembatalan SBPA dan kembali ke gred lama, beliau begitu MARAH dan ingin menyaman Kerajaan kerana Kerajaan berikan sesuatu yang lebih teruk dari opsyen yang telah ditandatangani! Namun hasrat beliau dibatalkan selepas dipujuk oleh pihak JPA.

Seorang pegawai di Turus III juga telah merancang untuk mengubahsuai rumah dengan gaji SBPA yang akan diterima. Namun bila dibatalkan SBPA dan diberikan SSM Plus, beliau amat MARAH apabila gaji akhir yang diterima menjadi BERKURANGAN berbanding gaji di SSM dulu setelah ditolak INCOME TAX!

Kesemua senario di atas adalah kejadian sebenar di peringkat akar umbi.

Semua kekalutan ini terjadi akibat cadangan pembatalan SBPA oleh KSN!

Adakah KSN akan merasai dan menanggung kesan seperti pegawai di atas?

Sudah tentu tidak sebab beliau sudah bertaraf kontrak. Begitu juga Presiden CUEPACS! Gaji kontrak dapat, pencen pun dapat!  Jika tamat kontrak pun mereka tidak rugi apa-apa.

Sebab itu KSN tidak risau dengan KEMARAHAN penjawat awam dan SERING MENDIAMKAN DIRI .

Kerana kitalah yang akan merasai kesannya apabila mewarisi perkhidmatan awam yang semakin rosak dan terpaksa pula mencuci najis-najis peninggalan KSN di masa hadapan !




Usah politik isu naik gaji?

Dari akhbar Harian Metro
13 April 2012

Usah politik isu naik gaji
SHAH ALAM: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap pihak tertentu tidak terus mempolitikkan kenaikan gaji baru penjawat awam di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) selepas kerajaan bersetuju menambah baik sistem itu, baru-baru ini.
Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng, berkata mempolitikkan isu kenaikan gaji oleh pihak tertentu hanya mengundang kekeliruan kepada masyarakat terutama penjawat awam.
Beliau berkata, pelarasan gaji mengikut SSM antara tujuh hingga 13 peratus bagi semua gred penjawat awam dibuat kerana kerjasama baik dijalin antara Cuepacs dengan kerajaan Pusat.
“Cuepacs berharap tiada lagi pihak mempolitikkan isu SSM dan isu skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA),”katanya.
________________________________________________________________________

Komen kita:

Satu kenyataan yang bagus untuk lepas tangan selepas jahanamkan SBPA dan bagi SSM Plus yang teramat JAHANAM.

Siapa yang mula POLITIKKAN SBPA dulu? Bukankah CUEPACS?

Siapa yang POLITIKKAN SBPA dengan canangkan seMALAYA bahawa mereka tidak dirunding sewaktu nak buat SBPA sedangkan YAB PM sendiri jawab dalam Parlimen bahawa 13 KALI PERUNDINGAN telah dibuat? Bukankah CUEPACS?

Siapa yang POLITIKKAN SBPA dengan mengatakan bahawa beliau TIDAK TAHU MENAHU TENTANG SBPA sedangkan beliau pengerusikan mesyuarat SBPA? Bukankah KSN?

Siapa yang POLITIKKAN SBPA dengan salahkan KPPA dalam isu SBPA bila bertemu penjawat awam semua? Bukankah KSN? (Lelaki dayus saja yang berani cakap belakang!)

Sekarang, kenapa CUEPACS minta jangan politikkan isu gaji ini? Kenapa sewaktu SBPA dulu tidak keluar kenyataan sebegini?

Sebab KSN dan Presiden CUEPACS hendak jadikan senjata untuk sambung kontrak dan jadi Senator?

Kini bila semuanya telah jahanam akibat permainan politik KSN dan Presiden CUEPACS, apa yang KSN dan Presiden CUEPACS buat? Semua lepas tangan!

Sekarang, KSN sibuk kambing hitamkan KPPA untuk KSN sambung kontrak. Presiden CUEPACS pulak asyik sibuk ajak orang sertai koperasi!

Jadi jangan salahkan penjawat awam bila POLITIKKAN ISU GAJI ini sebab KSN dan Presiden CUEPACS yang ajar dan benarkan selama ini!

Terima kasih KSN dan Presiden CUEPACS kerana mengajar kami untuk mempolitikkan isu gaji ini!

Nantikan hasil permainan politik ini semasa PRU nanti!









Mari selesaikan masalah

Diterima dari seorang pengadu :


Encik A (junior) dan Encik B (senior) berada di skim dan gred yang sama iaitu DG44. TPG Encik A (junior)  ialah Jan, TPG Encik B (senior) ialah Okt.

Pada 31/12/2011, Encik A (junior) berada pd T5 dan Encik B (senior) berada pada T6. Perbezaan tangga gaji ini jelas menunjukkan bhw mereka dari batch yang BERBEZA (junior dan senior). Ini kerana pada 31/12, semua org sudah naik w'pun mereka mempunyai TPG yang berbeza. 

Ini bermaksud, jika mereka dari batch yang SAMA, mereka mempunyai T yg SAMA pd 31/12. Dalam contoh ini, perbezaan T (iaitu T5 dan T6) pd 31/12 dengan jelas menunjukkan bhw mereka dari batch yang BERBEZA (junior dan senior).

Pada 31/12/2011, gaji Encik A (junior) pd T5 ialah RM3584.11. Gaji Encik B (senior) pd T6 ialah 3734.39.

Pada 1 Jan 2012, pindahan gaji 13% membolehkan Encik A (junior) mendapat gaji (1.13 x 3584.11) + KGT 250 =RM4300.04. Encik B (senior) mendapat gaji (1.13 x 3734.39) =4219.86. Dapat dilihat Gaji A (junior) MELEBIHI gaji B (senior).

Nota:  Encik A (junior) layak KGT 250 segera kerana TPG Jan, sedangkan Encik B (senior) belum dapat KGT kerana TPG Okt.

Gaji Encik A (junior) MELEBIHI gaji Encik B (senior) berlarutan sehinggalah Okt 2012, iaitu TPG Encik B (senior). Selepas 3 bulan (Jan 2013), iaitu TPG Encik A (junior), gaji Encik A (junior) akan MELEBIHI gaji Encik B (senior) semula.

Ini BERULANG setiap tahun. Encik B (senior) hanya mempunyai kelebihan gaji (berbanding Encik A) untuk 3 bulan sahaja (Okt hingga Dis).

Fenomena gaji junior melebihi gaji senior TIDAK pernah terjadi dalam SBPA dan SSM!


_____________________________________________________________________________________________

Komen kita:

Masalah senior junior ini belum habis nampaknya. Malah lagi teruk bila diberi SSM Plus!.

Mana KSN yang pengerusikan mesyuarat SBPA dan SSM Plus?

Mana CUEPACS?

Yang jadi mangsa ialah KITA!


SBPA : Sidik Berhenti, Pegawai Aman






Monday 16 April 2012

Penjawat awam semakin menolak KSN

Dipetik dari :
http://unitmediasiber.blogspot.com/2012/04/senior-government-people-cannot-deal.html

Senior Government People Cannot Deal With Retirement



JR, is KSN so powerful? Maybe he's good but his time is up.

One message for the govt,prepare counselling service for KSN and the most senior and distinguished of civil servants.There is deep seated frustrations in some that when they retire , they tend to gravitate towards opposition and blame the government all their unhappiness. This happened in last elections.

KSN have bungled large issues for government. Behind the scenes he was responsible for bungling nego with govt employees during the time of Badawi and it was one of major causes that caused Badawi the PRU12.

He's now doing it to PM . And he's surviving it again. He had shamelessly awarded himself a RM60k package with the SBPA! And his yesmen who had stood to gain a RM30k package . And they had hoped to get away with it if PM was not alerted on this. It could have caused the PM this election quite easily if he had been poorly advised since he too had agreed base on KSN's advise.

Come on there should be a concerted effort to get him to retire! Even if it means KSN walking over to Bersih 3. So what. Its what many senior civil servants and some judges, senior university lecturers do. They sucked what comfort they can get from the government , enjoy all the perks.Then when they are no longer in service , these turncoats cross over to opposition.

See what Tan Sri Kadir Sheikh did?
The poor man could not deal with the perceived loss of self esteem when no longer in high office. He was an effective, smart minister even though autocratic and had 'womanising' problem . Maybe govt and BN should have better ways of looking after those who have served them well.

Typical scenario - senior government people cannot deal with retirement.

Here's what a friend suggested 3 years ago to government , increase level of professionalism and increase services for Counselling. So that not only young people , students, teachers, troubled parents and married couple are given counselling. Retiring politicians and serving lecturers at Univeristy kebangsaan and others , colleges , Glc company employees - should also attend counselling.

Counselling should also be given to Senior civil servants and people used to high public office. So that they dont fear leaving government service, and they dont feel displaced and angry - when they bark orders and no one jumps.

In the last election, so many disgruntled senior civil servants and retired ones , including those in judiciary took out their frustrations on Govt and joined the opposition. Now they regret la , but too late.

SO reality check for the government - set up counselling service for your employees and make it compulsory especially those in senior decision making positions like the KSU and TKSUs and Director generals to attend counselling. Its not so much the pay, now all is sunshine in that area. Its the loss of social standing and the lost of many smiling greetings and ass kisses - when you are no longer in office positions. Its traumatised many. The insecurity make some award contracts to cronies, while some try to award high retirement package and salaries to themselves.

PM, Please prepare counselling for your senor civil servants and even for the most distinguished. Its ok if they dont turn against you the government , when they retire . But many do. Their mind still sharp, they can influence people. Even when they cant get to do their faxing and photocopying for free at the local stationery shop, they get angry with the government.

Pakatan is aware of this undercurrent so its quite easy for them to use battlecry ' blame it on UMNO and the govt'.The faster KSN leaves the better. If nothing can be done , at least prepare proper counselling service for the lost souls, and the likes of KSN and Tan Sri Kadir. They feel lost because they want to continue to serve and they are not needed. I am not Tan Sri Kadir but I understand human psyche.
________________________________________________________________________________
Kan dah cakap. Penjawat awam telah tolak KSN. Tidak nampak lagikah kerajaan ku? Tidak dengar lagikah denyut nadi rakyat yang semakin kuat? Apakah penjawat awam perlu beri isyarat sekali lagi dalam PRU akan datang?

KPPA jadi mangsa agenda jahat pegawainya sendiri

Petikan dari blog
http://sanggahtokjanggut.blogspot.com/

KPPA jadi mangsa agenda jahat pegawainya sendiri?


Abu Bakar dimangsai!
KALAU benar Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Abu Bakar Abdullah bakal meletak jawatan kononnya  sebagai tanda kebertanggungjawab beliau terhadap isu SBPA yang menimbulkan kontraversi tidak lama dulu maka ianya merupakan satu kemenangan kepada pihak-pihak tertentu yang mendalangi usaha mencemarkan imej KPPA.

KPPA memang berbuat silap apabila tersalah memilih pegawai untuk menyelaras SBPA dan tidak silap memilih pegawai untuk menyelaraskan gaji melibatkan pasukan polis dan juga tentera kerana untuk pasukan polis dan juga tentera tidak ada masalah yang timbul.Maknanya ada ada agenda tersembunyi dan nasib baik PM Najib cepat bertindak.

Namun kerana KPPA berkeyakinan tinggi terhadap pegawai yang beliau lantik tanpa menyedari bahawa kumpulan tertentu dalam Perkhidmatan Awam berusaha untuk menyekat beliau ke jawatan yang lebih tinggi maka terjadilah kontraversi yang bukan seidikit sehingga memaksa PM Najib campurtangan dan membatalkan SBPA dan dalam masa yang sama memperkasakan semula SSM.

Dalam Perkhidmatan Awam dilihat ada pegawai yang cukup kebal dan kekebalan ini diberikan oleh orang tertentu (KSN yang berikan) sehingga mereka berani bertindak menyelaras kepentingan penjawat awam tanpa merujuk kepada arahan sebenar KPPA dan juga mekanisme seperti yang PM Najib mahukan sewaktu membentang Bajet dulu.

Andainya KPPA dihukum kerana kesilapannya sendiri memang wajar tetapi kalau hukuman itu diberikan kerana pengkhianatan pegawai-pegawai tertentu baik di Jabatan Perkhidmatan Awam ataupun di bahagian lain,adalah tidak adil sekiranya seorang sahaja individu dikorbankan sedangkan yang mempunyai niat jahat terhadap kepentingan penjawat awam dan juga dasar PM Najib terus dibiarkan berleluasa mengatur agenda mereka sendiri.

PM Najib tidak harus mengorbankan pegawai atau Ketua maupun Pengarah  yang seiring dengan denyut nadi PM Najib untuk turut sama merasai denyut nadi rakyat tetapi PM Najib harus mengenal pasti dalang-dalang ataupun parasit yang berada dalam jabatan kerajaan yang sedang berusaha menggigit usaha Najib dan mengambil kesempatan untuk mengambil mana yang sempat.

KSN bakal pergi dan Abu Bakar dikhianati...!
Mereka ini harus dinyahkan ataupun dibersara awal supaya agenda pembangunan Negara dan rakyat tidak terbantut kerana sikap ketamakan mereka mengejar jawatan tinggi dan dalam kontraversi SBPA ini sudah kedengaran bahawa KPPA menjadi mangsa kepada sikap pegawainya sendiri yang bersifat musang berbulu ayam dan tunduk kepada arahan penjaga reban yang paling tinggi jawatannya (Siapa lagi kalau bukan KSN!)

Sikap bersangka baik dan berkeyakinan kepada pegawai yang dilantik akhirnya menjadi duri yang amat tajam menikam wibawa KPPA dan sekaligus menjaid racun yang cukup berbisa untuk beliau telan kerana akhirnya pegawai yang beliau percaya untuk menyelaraskan SBPA itu menikam dari belakang dan gagal diambil tindakan kerana mereka kebal apabila dilindungi tangan-tangan ghaib yang tidak mahu melihat kerjaya KPPA melangkah lebih jauh.

Kita tidak tahu mengapa ada kalangan pegawai-pegawai sanggup bersekongkol dengan pihak tertentu untuk menggagalkan usaha menyelaras gaji SBPA ini? Dan kita tidak tahu apakah sebabnya sehingga ada pihak yang begitu bimbang seandainya KPPA ini dilihat calon yang sesuai untuk menggantikan Ketua Setiusaha Negara (KSN) yang bakal bersara April nanti? (mahukah KSN bersara? Bukankah KSN dah minta sambung kontrak dari PM?)

Atau ada dendam tersirat antara KSN dengan KPPA?
______________________________________________________________________________
Komen:
Siapakah musang berbulu ayam dalam JPA yang tunduk kepada arahan penjaga reban yang paling tinggi jawatannya ?

Kita tahu musang berbulu ayam inilah yang menjadi mata dan telinga kepada KSN untuk menyampaikan perkara negatif yang direka-reka tentang JPA.

Kita tahu musang berbulu ayam ini memang menikam KPPA dari belakang semata-mata mahukan jawatan KPPA

Kita tahu musang berbulu ayam ini yang mencanangkan kepada KSN bahawa musang ini tidak dipanggil untuk di 'consult' berkenaan SBPA sedangkan musang ini merupakan orang yang membuat SBPA sejak dari 2007 lagi dengan KPPA yang dulu.

Kita tahu bahawa KPPA tidak boleh ambil tindakan terhadap para musang ini sebab di belakang mereka ialah Bapak Segala Musang Berbulu Ayam dalam kerajaan yang menjaga pintu kenaikan pangkat penjawat awam! Malah kita dimaklumkan pertukaran dalaman pegawai di gred 54 yang merupakan bawah bidang kuasa KPPA pun telah dicampur tangan oleh Bapak Segala Musang Berbulu Ayam ini.

Walaupun sebagai Bapak Musang, tapi Bapak Musang Berbulu Ayam ini amat istimewa mampu melahirkan ramai lagi musang berbulu ayam dalam Jabatan Kerajaan. Musang-musang ini lahir akibat tidak berpuas hati terhadap kepimpinan Bapak Segala Musang Berbulu Ayam ini dengan menyalurkan maklumat rahsia kepada pihak pembangkang!

Buat para musang dalam JPA, bertaubatlah segera! Penjawat awam tahu apa yang anda lakukan. Bukankah maklumat kini di hujung jari?

Kepada PM, masih tidak sedarkah bahawa Bapak Segala Musang Berbulu Ayam berada dekat dengan anda yang memberikan nasihat yang salah?


Kepada Bapak Segala Musang Berbulu Ayam, anti sangatkah anda dengan JPA? Jika anti, pulangkan balik biasiswa JPA yang anak anda dapat. Anak anda dapat biasiswa JPA sebab Tan Sri Ismail Adam yang arahkan untuk beri, untuk bodek anda supaya Tan Sri Ismail Adam dapat sambung kontrak sebagai KPPA, walaupun anak anda tidak layak untuk dapat biasiswa sebab ranking anak anda adalah PALING COROT dari calon yang dinilai!

Sunday 15 April 2012

Kisah KPPA nan dulu

Berikut merupakan artikel yang diterima daripada seorang pesara :

Sebagai pesara saya cukup kenal dengan Ismail Adam ini. Beliau mempunyai kredibiliti yang boleh dipersoalkan sebab suka cakap tak serupa bikin. Depan cakap lain, belakang cakap lain.

Selain itu, ramai tahu Ismail Adam ni “TAKUT BINI”. Lihatlah pada Pegawai Khas dia dulu yang dilantik untuk bantu bininya buat kerja Puspanita. Guna jawatan pool pulak tu. Akhirnya bini Ismail Adam suruh tukarkan selepas pegawai berkenaan tiru tandatangan untuk laporan Puspanita walau telah dapat kebenaran bininya. Bila tertangkap, bininya lepaskan diri dengan salahkan Pegawai Khas itu.

Ada pegawai dari Jabatan Perangkaan pula ditukar lantik masuk PTD dan terus naik pangkat dengan cepat ke gred 54 (sekarang dah JUSA) sebab pandai bodek bini Ismail Adam. Atas alasan apa Ismail Adam tukar lantik masuk PTD?

Ismail Adam juga memang dikenali dengan suka cari salah orang. Dia ni selalu ada persepsi sebelum mendengar sesuatu. Bila dah ada persepsi, maka apa saja penerangan pegawai cuba bagi, dia takan dengar. Buktinya bila kes kematian PTD semasa kursus DPA. Kenapa dia hukum orang yang tiada di tempat kejadian dan juga Pengarah INTAN ketika itu? Sebab dia memang dah ada persepsi buruk pada dua-dua pegawai berkenaan dan kes berkenaan sebagai jalan untuk dia hukum dua-dua pegawai pegawai.

Sebab itu saya tak yakin bila Ismail Adam dilantik jadi Pengerusi Panel Semak SBPA. Lagipun kan syarikat dia sekarang Hay Group yang buat gaji seperti gaji SBPA ini masa tahun 2007 yang telah diluluskan oleh Pak Lah tapi ditangguhkan oleh Little Napolean, Sidk Hasan. SBPA ni penambahbaikan dari cadangan syarikat dia tu. Mestinya lah dia mahu cadangan syarikatnya yang diguna pakai dalam semakan nanti. Bukan kah ada kepentingan/conflict of interest di situ.

Jadi kenapa KSN lantik Ismail Adam? Lupakah KSN yang masalah dalam sistem saraan sekarang akibat daripada idea penyelarasan gaji Ismail Adam dan dilulus oleh KSN yang gunakan kaedah peratusan yang menyebabkan kumpulan sokongan dapat gaji yang hampir malah ada yang melebihi pegawai P&P? Dan apa hasilnya? Menang besarkah PRU lepas? Lupakah Putrajaya 40% mengundi Pembangkang?

Adakah sebab Ismail Adam senang berpakat dengan KSN untuk jahanamkan SBPA? Sebab tu beliau dapat imbuhan yang banyak. Alangkah baiknya kalau duit berkenaan diberi kepada kumpulan pelaksana sebagai tambahan gaji. MOF kata takda duit, tapi dekat Ismail Adam boleh pula bagi imbuhan yang banyak. Untuk apa? Bukan dia susah payah buat SBPA pun. Yang peliknya, imbuhan berkenaan dicadang sebelum kerja selesai lagi. Bukan dia bekerja hari-hari untuk buat SBPA. Mesyuarat pun sebulan berapa kali sahaja tapi dapat imbuhan yang banyak seolah-olah dia buat SBPA tiap-tiap hari.

_________________________________________________________________________________

Kan dah cakap. Masih tidak dengar lagikah denyut nadi rakyat wahai kerajaan ku???

Kita tidak anti KSN

Benar kita tidak anti-KSN. Yang kita anti ialah penipuan dan penyelewengan yang dibuat oleh KSN.

Kita tidak kisah jika KSN hendak sambung kontrak sampai bila-bila atau pun sampai mati. Tapi yang menjelekkan kita ialah bila KSN menggunakan cara kotor iaitu dengan mengambing hitamkan orang lain dalam isu SBPA dan SSM plus untuk menyambung kontraknya.

Kita penjawat awam semua tahu KSN merupakan pengerusi mesyuarat SBPA dan SSM plus. Semua kekalutan yang berlaku adalah akibat KSN. Jadi kenapa KSN hendak lepas tangan dan salahkan orang lain seolah-olah KSN tidak bersalah?

Jika di zaman awal perkhidmatan KSN dulu, mungkin KSN boleh menipu kita kerana teknologi sewaktu zaman itu tidak secanggih sekarang. Namun kini, semua maklumat amat mudah diperolehi. Jadi untuk apa KSN menipu dan salahkan orang lain atas keputusan yang beliau sendiri buat bersama ahli mesyuarat? Mana sikap bertanggungjawab dan integriti yang sering dilaungkan?

Kita  boleh memaafkan KSN sekiranya beliau bersikap bertanggungjawab terhadap apa yang telah dilakukan. Namun sehingga saat artikel ini ditulis, KSN masih giat menyalahkan orang lain dalam kemelut SBPA dan SSM plus semata-mata nak sambung kontrak. Apakah KSN mahu kita muatnaikkan minit mesyuarat, verbatim atau slaid pembentangan yang telah KSN pengerusikan mesyuaratnya?

Jadi buat KSN, berhentilah menyalahkan orang lain. Selagi KSN tidak berhenti menyalahkan orang lain dan tidak mahu bertanggungjawab, selagi itulah perkhidmatan awam Malaysia makin berpecah belah. Sedangkan semua penjawat awam sedar KSN telah menjadi punca perpecahan penjawat awam hingga kan pelbagai maklumat rahsia kerajaan terdedah kepada pembangkang akibat rasa tidak puas hati penjawat awam terhadap KSN. KSN telah jadi liabiliti kepada kerajaan semasa PRU lepas dan akan terus jadi liabiliti untuk menang PRU nanti.

Tiada maaf yang perlu dipinta kepada KSN. Penulisan dalam blog ini merupakan fakta-fakta yang terbukti kebenarannya. Dan KSN tahu fakta dalam blog ini adalah benar.....

Masihkah Kau Ingat: Pelantikan YB SUK Selangor

Yang Berbahagia Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara telah mengenepikan pandangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor dalam isu pelantikan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru. Ini jelas bertentangan dengan Perkara 144(b) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa:

" Raja atau Yang di-Pertua Negeri hendaklah menimbangkan nasihat Ketua Menteri Negerinya,..”

Walaupun negeri berkenaan ditadbir oleh Pembangkang, sebagai penjawat awam, KSN seharusnya bersikap berkecuali dengan mengemukakan nama calon kepada YAB Menteri Besar Selangor (selaku Ketua Menteri Negerinya) terlebih dahulu supaya YAB Menteri Besar dapat mengemukakan kehadapan DYMM Sultan Selangor untuk perkenan Tuanku.

Mungkin KSN pada ketika itu pun tidak tahu menahu seperti biasa.

Jika penjawat awam lain yang buat sedemikian, pasti akan dikenakan hukuman tatatertib yang berat.

Namun, siapa pula yang boleh menghukum KSN? Mungkinkah KSN berasal dari Pekan maka KSN kebal dari segala tindakan walaupun KSN telah memalukan kerajaan terutamanya YAB Perdana Menteri?

Inilah tindakan seorang KSN yang suka berpolitik! Atau kerana KSN terlalu lama berkhidmat hingga boleh langgar peraturan sesuka hati?

Kesannya, penjawat awam dihina dan diberikan dengan label tertentu oleh rakyat terutamanya pembangkang akibat pelanggaran prosedur oleh KSN.

Perlu kah lagi disambung kontrak KSN yang telah memalukan kerajaan dan perkhidmatan awam?

Masihkah Kau Ingat: Kes KP JKR

Yang Berbahagia Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara telah menghina Raja-raja Melayu dengan menipu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13 Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah sewaktu pelantikan Ketua Pengarah Kerja Raya yang baru dengan menyatakan bahawa penyandangnya pada ketika itu iaitu Yang Berbahagia Dato' Sri Ir. Dr. Judin Abdul Karim telah menerima jawatan sebagai Ketua Eksekutif Construction Industry Development Board (CIDB) secara peminjaman.

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 12 TAHUN 2008, DASAR DAN PROSEDUR PELANTIKAN SECARA PEMINJAMAN, PERTUKARAN SEMENTARA DAN PERTUKARAN TETAP telah menyatakan bahawa pegawai perlu BERSETUJU sebelum peminjaman boleh dilakukan 

Namun, mungkin KSN yang "serba tidak tahu menahu" tentang perkhidmatan awam Malaysia (mungkin KSN lebih tahu menahu tentang perkhidmatan awam Zimbabwe?) telah melanggar syarat dan prosedur berkenaan akibat rasa maha benci kepada Yang Berbahagia Dato’ Sri Ir. Dr. Judin Abdul Karim (KSN pernah menyatakan "I don't want to see his face!")

Kita tahu bahawa pelantikan Ketua Pengarah Kerja Raya perlu diperkenan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana ia merupakan jawatan Khas di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, demi mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Tuanku, KSN telah sanggup menipu Seri Paduka Baginda Tuanku  dengan menyatakan bahawa pegawai telah bersetuju menerima jawatan di CIDB. Sedangkan Yang Berbahagia Dato’ Sri Ir. Dr. Judin Abdul Karim tidak pernah menandatangani surat persetujuan menerima jawatan berkenaan seperti mana dalam syarat utama peminjaman. Ini mengakibatkan Jabatan Kerja Raya mempunyai dua nakhoda’ dalam satu masa.

Satu perkara yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana KSN sebelum ini.

Siapakah yang menyelamatkan kerajaan daripada disaman dan dimalukan oleh pihak Pembangkang?

Jika Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pun KSN boleh tipu, apa lagi YAB Perdana Menteri dan kita penjawat awam semua. Buktinya? Lihatlah SBPA dan SSM Plus!

Semua kena tipu dengan KSN!

Dan akan adakah lagi penipuan sebegini di masa hadapan?

SSM : Sidik Suka Menipu!