Saturday 7 April 2012

Siapa akan jadi pelindung kepada penjawat awam?

Kebelakangan ini penjawat awam diasak dengan pelbagai situasi yang menguji kesabaran dan perpaduan kita semua. Ahli politik juga turut mengambil kesempatan mengasak penjawat awam dengan pelbagai persepsi negatif

Kalau dahulu, kita mempunyai tokoh yang boleh diharapkan Seperti tun Ahmad Sarji, Tan Sri Samsudin Osman untuk kita menumpang teduh kala hujan dan panas.

Tapi kini siapakah yang boleh kita harapkan? Mampukah Presiden CUEPACS menjadi pelindung kita? Ataupun KSN yang serba TIDAK TAHU dan serba LEPAS TANGAN?

Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang mampu menyatukan, bukan yang memecah belahkan.

Kita lihat Presiden CUEPACS telah memecah belahkan penjawat awam terutama antara kumpulan pelaksana dan kumpulan pengurusan profesional. Bagaimana Presiden CUEPACS boleh claim beliau mewakili 1.4 juta penjawat awam sedangkan kumpulan pengurusan dan profesional TIDAK INGIN DIWAKILI beliau!

KSN juga telah seperti yang kita ketahui tidak boleh diharapkan. Bolehkah pemimpin yang suka menipu dan lepas tangan ini kita gantung harap demi perkhidmatan awam di masa hadapan? Di mulut selalu sebut integriti. Tapi di hati sering iri hati.

Maka lagi lama mereka ini dalam perkhidmatan awam, lagi rosaklah perkhidmatan awam.

Kepada YAB PM, jika YAB PM merasakan kedua-dua tokoh ini AMAT DIPERLUKAN kerajaan, lantiklah mereka sebagai SENATOR. Kita penjawat awam memang memerlukan pemimpin yang baru demi masa depan perkhidmatan awam. Pemimpin yang tahan diuji, yang mampu menjadi tempat kita bergantung harap bukannya seperti KSN yang meletakkan KEPENTINGAN PERIBADI mengatasi KEPENTINGAN PERKHIDMATAN AWAM hingga sanggup mengambing hitamkan ornag lain!



Kenapa KSN nak sangat sambung kontrak sebagai KSN?

Kita tahu bahawa KSN akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Sekarang ini KSN tengah cuba sehabis baik untuk sambung kontrak sebagai KSN. Bagaimana caranya?

Caranya ialah dengan menonjolkan diri sebagai HERO yang menyelamatkan penjawat awam dari SBPA. (Lepas ni boleh lah pakai seluar dalam di luar macam Superman)

Bagaimana nak tonjolkan diri jadi hero? Mudah sahaja. Mengaku sahaja tidak tahu menahu dan tidak terlibat dalam SBPA dan salahkan JPA. Nak lagi best, minta KPPA bertanggungjawab dalam SBPA ini walaupun KSN tahu KSN pengerusikan mesyuarat SBPA!

Kini selepas SBPA bagaimana caranya nak sambung kontrak? Mudah sahaja. Bila SSM Plus ini timbulkan masalah, beri tekanan sekali lagi pada JPA. Yang lebih utama, KSN perlu berpakat dengan pegawai pengurusan tertinggi atau menteri kabinet untuk yakinkan PM bahawa KSN tidak bersalah. Biar orang nampak KSN sebagai suci murni tanpa kesalahan dalam SBPA dan SSM Plus maka senanglah nak sambung kontrak.

Kenapa KSN nak sangat sambung kontrak?
  1. Adakah kerana BANGLO KSN di Putrajaya berharga lebih kurang hampir RM3 juta belum siap?
  2. Adakah kerana menantu KSN masih belum mendapat projek kerajaan yang secukupnya untuk menjadi jutawan?
  3. Adakah kerana anak KSN yang mendapat biasiswa JPA belum dapat pergi ke London lagi? Kalau berhenti, nanti JPA hantar ke Papua New Guinea plak ye...
  4. Atau adakah kerana isteri KSN masih belum puas berkuasa sepenuhnya sebagai Pengerusi Puspanita Kebangsaan yang menerima elaun tertentu?
Walau apa pun alasannya, tidak sedar kah KSN bahawa penjawat awam di peringkat akar umbi makin meluat dan menyampah dengan KSN. Tidak sedarkah KSN bahawa penjawat awam Putrajaya sekarang akan memilih pembangkang dalam PRU akan datang jika KSN masih berkuasa? Tidak malukah KSN bahawa KSN telah jadi liabiliti kepada kerajaan untuk menang PRU akan datang?

Tapi apa KSN perlu kisah semua itu. Asalkan KSN puas dapat menikmati segala kemudahan dan keselesaan sebagai KSN. Jika kerajaan bertukar ke pembangkang pun apa beliau risaukan sebab KSN kan pandai membodek dengan menyatakan khabar-khabar yang indah kepada PM sambil menampakkan imej suci murni yang menutupi hati busuknya?

Lagipun KSN kan akan habis kontrak. Jika sambung, beliau akan terus bodek PM. Jika tak sambung, beliau akan terus dengan agenda rosakkan perkhidmatan awam Malaysia sebelum kontraknya tamat.

Biar dengan sesiapa pun KSN berpakat, pakatan berkenaan tidak akan mampu membendung kebencian penjawat awam akar umbi terhadap KSN selagi KSN masih berkuasa. Tidak pernah ada KSN yang dibenci oleh penjawat awam seperti mana ditunjukkan kepada KSN sekarang.

Yang peliknya, penjawat awam di peringkat akar umbi tahu bahawa KSN kini menjadi liabiliti dan parasit kepada kerajaan.

Kenapakah PM tidak nampak atau tidak terima mesej penolakan KSN dari penjawat awam akar umbi ini? Dimanakah Kerajaan yang mendengar DENYUT NADI RAKYAT dan mendahulukan rakyat dalam apa yang dibuat?

Kini, bukan denyutan rakyat sahaja yang sudah terdengar, tetapi TEMPIKAN rakyat yang menolak KSN!





Thursday 5 April 2012

Kisah SSM Plus yang tidak nampak PLUSnya..

Sekarang ini ramai penjawat awam semakin sedar siapa sebenarnya di sebalik pembentukan SBPA. Penjawat awam juga sedar siapa di sebalik SSM Plus.

Penjawat awam telah mula sedar bahawa SSM Plus ini tidak ada yang PLUS nya berbanding SBPA. Ada yang menyatakan SSM untung jangka pendek, SBPA untuk jangka pendek dan panjang.

Ramai yang mula mengeluh tentang ketiadaan PLUS dan SSM Plus. KGT RM80 hingga RM320 dah ada dalam SBPA. Kenaikan gaji 7 hingga 13 peratus juga ada dalam SBPA (selepas dicampur KGT baru SBPA 2012. Kira le jika tak percaya).

Sekali lagi JPA dipersalahkan.

Namun penjawat awam perlu tahu, cadangan kembali semula ke SSM Plus merupakan cadangan KSN. Malah mesyuarat pembentukan gaji baru di bawah SSM Plus pun dipengerusikan oleh KSN. Tetapi bila jadi masalah, tiada pula komen dari KSN seperti mana dalam SBPA dahulu apabila KSN dengan pantas mengenepikan KPPA untuk jadi hero di mata penjawat awam. Tapi haprak. Kita semua ditipu oleh KSN.

Yang menariknya, blog CUEPACS pun asik menceritakan berkenaan koperasi bukan lagi SSM Plus. Apakah kerana CUEPACS dah sedar penjawat awam mula marah kepada SSM Plus maka lebih baik layan koperasi? Bukankah Exco Tertinggi CUEPACS telah memohon pelepasan dari menjalankan tugas hakiki di pejabat semata-mata nak tumpukan SBPA dengan kebenaran KSN? Kita harap lepas ini KSN boleh beri pelepasan serupa kepada mana-mana ahli kesatuan yang nak jalankan tugas penting kesatuan.

Kini semua lepas tangan dalam SSM Plus yang banyak masalah ini. Yang jadi mangsa atas permainan politik CUEPACS dan KSN ialah KITA penjawat awam.

Moga-moga pihak JPA sedia bantu kita.....

KSN yang penuh integriti?

Kita sering mendengar seruan KSN agar penjawat awam mempunyai integriti.

Tetapi adakah KSN itu sendiri penuh integriti?

Bagaimana dengan kisah biasiswa JPA untuk anaknya?

Bagaimana dengan kisah pegawai yang diturunkan pangkat kerana tidak melaksanakan urusan kenaikan pangkat doktor yang kebetulan salah seorang ahli keluarga KSn adalah doktor?

Bagaimana dengan kisah program praktikal anak beliau di JPA yang menerima pembayaran elaun sedangkan pelatih lain tidak menerima sebarang elaun?

Bagaimana dengan kisah beliau mahu anaknya buat praktikal di JPA kerana mahu anak beliau jadi PTD sedangkan KSN sendiri sering memperlekehkan PTD?

Bagaimana dengan kisah menantu beliau yang sering meminta projek kerajaan sedangkan KSN keluarkan surat pekeliling yang melarang surat sokongan ahli politik?

Bagaimana dengan kisah Dato' Sri Ir Dr Judin?

Bagaimana dengan kisah KSN tidak tahu menahu dalam SBPA dah salahkan JPA sedangkan beliau pengerusikan SBPA berkali-kali?

Bagaimana dengan kisah KSN lantik Tan Sri Ismail bin Adam sebagai Pengerusi Panel Semakan Semula SBPA sedangkan Tan Sri ismail mempunyai kepentingan dalam SBPA kerana beliau merupakan rakan kongsi HayGroup, perunding yang merangka SBPA sejak 2007?

Bagaimana dengan kisah KSN janjikan kajian semula SBPA tidak akan LESS FAVOURABLE dari SBPA sedangkan SSM Plus cadangan KSN adalah amat teruk!

Banyak lagi sumbangan KSN dalam Perkhidmatan Awam Malaysia yang boleh direnung kita bersama.

Jika semua ini benar, di manakah INTEGRITI KSN?

KSN minta sambung kontrak lagi?

Kami terima berita ini tadi. KSN dikhabarkan telah meminta untuk sambung kontrak daripada PM lagi. Penjawat awam boleh semak bahawa KSN sekarang merupakan KSN paling lama dalam sejarah KSN yang mencecah tempoh 6 tahun. Jika disambung lagi akan jadi 7 tahun. Umur pun sekarang dah 61 tahun.

KSN dikhabarkan telah disambung kontrak sebanyak empat kali.  Jika sambung lagi akan jadi LIMA kali. Jika ada anak yang baru lahir waktu KSN mula jadi KSN, anak itu sudah akan mula bersekolah tadika!

Apa sumbangan istimewa KSN yang beliau rasakan terlalu besar dalam perkhidmatan awam yang penjawat awam lain atau pengganti beliau tidak mampu lakukan?

Yang kita nampak, salah satu sumbangan istimewa KSN dalam perkhidmatan awam yang tidak mampu dilakukan oleh sesiapa juga termasuk KSN sebelum ini ialah mengkucar kacirkan dan memecah belahkan perkhidmatan awam.

Persoalannya, mampukah BN menang PRU 13 kelak bagi kerusi PUTRAJAYA? Kita khuatir bukan sahaja Parlimen Putrajaya, malah PRU 13 itu sendiri pun adakah BN akan menang jika kontrak KSN disambung?


Kemelut SBPA: Siapa yang untung?

Penjawat awam merupakan tonggak jatuh bangun sesebuah negara. Selama ini penjawat awam tidak pernah dihidangkan dengan politik jijik seperti mana yang berlaku dalam SBPA.

SBPA telah menunjukkan sikap sebenar KSN, CUEPACS dan Pegawai Pengurusan Tertinggi yang lain.

Selama ini juga penjawat awam diajar supaya berkecuali dan tidak melibatkan diri dengan politik kecuali dengan kebenaran Ketua Jabatan bagi kumpulan pelaksana.

Kita bukan anti KSN. Tetapi kita tidak setuju apa yang telah dilakukan oleh KSN dalam isu SBPA ini kerana kesannya kepada KITA yang akan berada dalam perkhidmatan awam selama 10 atau 20 tahun lagi.

Melalui kemelut SBPA ini, CUEPACS dan JPA tidak mempunyai hubungan yang baik. Sudah pasti siapa juga yang memimpin CUEPACS dan JPA di masa hadapan akan mempunyai persepsi tertentu dan rasa ragu-ragu antara satu sama lain.

Penjawat awam antara kumpulan pelaksana dan P&P juga turut mempunyai persepsi negatif dan mula memandang serong antara satu sama lain.

Malah pergeseran antara skim tertentu juga telah mula tercetus akibat ketidak puasan hati antara skim.

Sebab itu blog ini diwujudkan untuk menceritakan kisah sebenar tentang apa yang berlaku dalam perkhidmatan awam khususnya dalam SBPA memandangkan isu SBPA ini telah meninggalkan sejarah tersendiri dalam perkhidmatan awam.

Untuk penulisan dalam blog ini, kita memperolehi pelbagai sumber yang tidak diduga daripada penjawat awam pelbagai peringkat yang tidak putus-putus memberikan maklumat yang tidak diduga. Ini menunjukkan budaya kebocoran maklumat kerajaan yang semakin berleluasa akibat rasa tidak puas hati terhadap KSN.

Maka semakin lama KSN berkuasa, kita khuatir semakin rosak perkhidmatan awam dek permainan politik kotor beliau seperti mana yang ditunjukkan dalam SBPA.

Jadi siapa yang untung dalam kemelut SBPA ini? Bukankah Presiden CUEPACS dan KSN?

Malangnya kedua-dua mereka berstatus kontrak. Mereka tidak perlu runsing apa yang akan berlaku dalam perkhidmatan awam di masa hadapan. Sebab itu mereka bersetuju kembali ke SSM yang lebih teruk dari SBPA.

Mungkinkah sebab mereka tidak merasa pencen yang tinggi dalam SBPA, maka mereka pun tidak mahu orang lain merasainya?

Kepada mereka berdua, ingatlah bahawa Allah Maha Berkuasa...


Wednesday 4 April 2012

SBPA memalukan Kerajaan?

Mari kita lihat siapa yang memalukan kerajaan dalam SBPA ini.

YAB PM telah umumkan dalam Bajet 2012 tentang SBPA ini. SBPA telah menjadi dasar kerajaan yang perlu penjawat awam jayakan. SBPA telah dipersetujui CUEPACS dan JPA melalui MoU yang ditandatangani bersama pada 28 Disember 2011.

Tetapi bila awal tahun 2012, KSN telah memanggil CUEPACS tanpa kehadiran JPA. Selepas pertemuan berkenaan, CUEPACS dilihat berpaling tadah dari MoU yang telah dipersetujui dan semakin agresif menentang SBPA tanpa CUEPACS sedari bahawa mereka menentang dasar kerajaan!

KSN juga memulakan usaha memburukkan SBPA bila bertemu penjawat awam dan pengurusan tertinggi dengan mengatakan beliau tidak tahu menahu tentang SBPA dan menyalahkan JPA.

KSN juga cadangkan kepada kerajaan agar membatalkan SBPA dan digantikan dengan SSM Plus. Sedangkan JPA, CUEPACS dan Pasukan Semakan SBPA cadang hanya gaji sahaja dibuat semula tanpa pembatalan SBPA.

Kita tahu selepas pembatalan SBPA, ia bagaikan memberi bola tanggung kepada pembangkang untuk menyerang kerajaan dalam Parlimen dengan mengatakan kerajaan flip-flop dalam membuat sesuatu dasar.

Malah yang lebih teruk, kerajaan memberikan sesuatu yang lebih buruk iaitu SSM Plus yang menyebabkan ramai penjawat awam mendapat gaji dan skim yang LESS FAVOURABLE dari SBPA. Ini jelas bertentangan dengan siaran akhbar KSN bulan Januari lalu.

Maka, siapakah yang memalukan kerajaan?

Kita tahu KSN dan Presiden CUEPACS berada dalam jawatan kontrak.  Jadi SBPA ini merupakan peluang kepada mereka menunjukkan belang mereka sebenar. Seorang daripada mereka mengharapkan dilantik sebagai Senator. Seorang lagi pulak berharap dapat menyambung kontrak.

Namun kita berpendapat KSN yang bertanggungjawab atas semua ini kerana membenarkan CUEPACS membuat sesuka hati dan memberikan nasihat yang salah kepada kerajaan!

Jika PRU 2008 lalu KSN beri nasihat yang salah kepada kerajaan berkaitan isu bonus, kini KSN beri nasihat yang salah sekali lagi berkaitan SBPA. Kedua-dua isu melibatkan penjawat awam. Malangnya, kali ini pun di saat hampir dengan PRU juga!

Bukankah pemimpin kerajaan perlu pertahankan KSN dan KPPA?

Kita merasa pelik dengan sikap sesetengah pemimpin kerajaan yang mendesak supaya KSN dan KPPA meletak jawatan atas kemelut SBPA. Persoalannya, kenapa selepas SBPA ini selesai baru desak? Kenapa tidak desak sewaktu awal kemelut SBPA?

Walaupun kita nampak KSN memang sabotaj KPPA dalam SBPA ini, tetapi KSN dan KPPA bukan merupakan individu semata-mata tetapi merupakan institusi tertinggi perkhidmatan awam Malaysia yang sepatutnya kita pertahankan.

Adakah kerana dekat dengan PRU maka kerajaan perlu berbuat sedemikian?

Yang menariknya, tidak pernah keluar desakan agar kedua-dua pegawai berkenaan iaitu KSN dan KPPA letak jawatan daripada mulut pembangkang.

Bukankah sepatutnya pemimpin kerajaan membela pegawai kerajaan? Jika bukan pemimpin kerajaan membela pegawai kerajaan, dengan siapa lagi pegawai kerajaan boleh bergantung harap?

Jika wujud persepsi di kalangan penjawat awam bahawa pembangkang lebih prihatin membela pegawai kerajaan, apa untungnya kepada kerajaan?

Yang jelas, segala kemelut ini tidak akan berlaku jika KSN tidak memulakannya...

SSM Plus di 'engage' dengan siapa?

KSN sering mengatakan bahawa JPA tidak engage dengan pihak lain untuk buat SBPA hinggakan KSN, KSP, CUEPACS pun tidak tahu menahu berkenaan SBPA ini.

Kini telah wujud SSM Plus menggantikan SBPA. KSN yang pengerusikan mesyuarat pembentukan SSM Plus sama seperti SBPA (yang kemudian KSN lepas tangan)

Kita tertanya-tanya, dengan siapa KSN dan ahli mesyuarat engage? Adakah telah dibentangkan kepada ahli CUEPACS keseluruhannya? Berapa kali engagement dibuat dengan CUEPACS? Berapa kali dengan kesatuan guru dan lain-lain kesatuan seperti MTSU? Berapa kali engagement dengan Ketua Perkhidmatan berkaitan seperti doktor, guru, jurutera dan lain-lain?

Sekurang-kurangnya YAB PM sendiri menyatakan dalam Parlimen bahawa JPA telah adakan rundingan sebanyak 13 kali dengan CUEPACS (walau CUEPACS cakap tiada engagement) sehingga termeterainya MoU JPA dan CUEPACS pada 28 Disember 2011.

Khabarnya rupa bentuk SBPA telah ditunjukkan kepada CUEPACS sejak dari bulan Oktober 2011 lagi dan Lampiran C (jadual gaji) kesemuanya telah diserahkan kepada Setiausaha Agung CUEPACS.

Kita ketahui dalam artikel terdahulu bahawa membatalkan SBPA dan kembali ke SSM yang ditambahbaik bukan cadangan daripada JPA, CUEPACS dan Pasukan Semakan Semula SBPA.

Jika begitu, dengan siapa KSN engage sebelum mencadangkan SSM Plus ini kepada YAB PM? 



Tuesday 3 April 2012

PTD yang buat SBPA dan SSM Plus?

Kami menerima kisah menarik seperti di bawah. Mungkin dari seorang PTD:

"Ramai penjawat awam yang menyalahkan PTD dalam kemelut SBPA. Kita tidak nafikan sumbangan PTD dalam perkhidmatan awam Malaysia sama pentingnya dengan penjawat awam lain.

Dalam pembentukan SBPA dan SSM Plus ini, semua pegawai di peringkat Pengurusan dan Profesional tahu PTD turut terlibat selain daripada Pegawai Undang-undang, Pegawai Akauntan, Pegawai Teknologi Maklumat, Penolong Pegawai Tadbir, Pembantu Tadbir dan lain-lain SKIM.

Walau siapa pun yang terlibat, Pengerusi Mesyuarat SBPA dan SSM Plus ialah KSN. Ahli-ahli mesyuarat seperti di atas membuat draf mengikut kehendak KSN sampai KSN puas hati dan luluskan.

KSN sering katakan bahawa beliau BUKAN PTD tetapi KSN UNTUK SEMUA. Maka seringkali PTD diperlekehkan di hadapan skim lain kerana KSN mengaku beliau bukan PTD!

Jadi kesimpulannya, jelas terbukti bahawa SBPA dan SSM Plus ini bukan dibuat oleh PTD tetapi oleh KSN yang tidak mengaku beliau seorang PTD! Malah KSN telah menolak nasihat PTD apabila membatalkan SBPA dan kembali ke SSM Plus yang LESS FAVOURABLE dari SBPA!

Jadi, wajarkah PTD dipersalahkan? Bagaimana dengan ahli mesyuarat yang terdiri daripada SKIM LAIN?"


Buat PTD, teruskan usaha anda.

Buat penjawat awam lain, jangan biarkan si hati busuk memecah belahkan kita semua semata-mata nak sambung kontrak!

p/s : teringat wajah-wajah bos PTD kami yang 'cool' walau sentiasa di asak skim lain.



Kisah Surat....

Kita sering ditekankan pentingnya kita menyemak betul-betul sebelum kita tandatangan sesuatu dokumen.

Di pejabat Kerajaan, selalunya boss akan minta anak buahnya drafkan surat untuk ditandatangani oleh beliau. Persoalannya, jika kandungan surat berkenaan mencetuskan kemarahan rakyat, SIAPA PATUT DIPERSALAHKAN?

Adakah ANAK BUAH YANG DRAFKAN SURAT atau BOSS YANG TANDATANGAN SURAT?

Samalah dalam isu SBPA. JPA drafkan SBPA mengikut kehendak KSN. Sebab itulah kita dimaklumkan mesyuarat SBPA yang dipengerusikan oleh KSN diadakan sebanyak berkali-berkali sebelum draf akhir SBPA diluluskan KSN!

Maka diibaratkan di sini, "ANAK BUAH YANG DRAFKAN SURAT" ialah JPA. "BOS YANG TANDATANGAN SURAT" ialah KSN.

Bukankah kita diajar bahawa tanggungjawab orang yang diberi kuasa menurunkan tandatangan dalam surat atau lain-lain dokumen adalah amat berat.

Jadi kenapa bila kemelut SBPA ini berlaku, si "BOSS YANG TANDATANGAN SURAT" menyalahkan "ANAK BUAH YANG DRAFKAN SURAT"? Lebih menarik si "BOSS YANG TANDATANGAN SURAT" mengatakan "ANAK BUAH YANG DRAFKAN SURAT" tidak dedahkan maklumat sebenar surat yang hendak ditandatangi beliau dan mengatakan tidak tahu menahu kandungan surat. Bermaksud BOSS hanya tandatangan tanpa mengetahui isinya. Jika begitu, siapa yang nampak kurang bijak di sini ?

Mana tanggungjawab KSN selaku "BOS YANG TANDATANGAN SURAT" dalam kemelut SBPA ini?

Dan inikah INTEGRITI dan kualiti pemimpin yang kita ada dalam perkhidmatan awam?

KSN berpakat untuk sabotaj SBPA?

Krew kami mendapat jawapan tentang persoalan di atas apabila berbual dengan seorang pegawai senior yang hampir pencen. Beliau maklumkan ada kemungkinan KSN berpakat dengan CUEPACS dan Pegawai Pengurusan Tertinggi untuk memburuk-burukkan SBPA. Jika berjaya menguburkan SBPA, pasti KPPA pun 'terkono' dan peluang KSN untuk sambung kontrak adalah cerah!

Yang pertama sekali KSN berpakat dengan CUEPACS untuk besarkan isu ini di media walau KSN tahu (atau mungkin TAK TAHU seperti biasa) satu MoU telah ditandatangani antara CUEPACS dan JPA untuk selesaikan semua masalah secara dalaman. "Kalau tiada 'God Father' belakang CUEPACS, takkan CUEPACS boleh bertindak sejauh itu" ujar beliau. Betul juga tu.

Kedua, KSN berjaya lantik Tan Sri Ismail Adam (TSIA) yang memang seorang pendengki dan suka aniaya penjawat awam semasa jadi KPPA dulu. TSIA semasa jadi KPPA memang ramai juga ditamatkan pemangkuan dan di hantar ke 'kolam'. Maka TSIA yang memang anti KPPA itu telah sering bertemu dengan YAB PM dan buruk-burukkan SBPA. Sedangkan kita mula nampak bahawa SBPA ini dimulakan sewaktu zaman TSIA jadi KPPA lagi pada tahun 2007! Dan lupakah TSIA, HayGroup yang TSIA merupakan rakan kongsinya sekarang, adalah merupakan perunding yang membuat cadangan gaji seperti mana dalam SBPA!

Ketiga, mana-mana KSN pergi dalam sesi bertemu penjawat awam di seluruh Malaysia, KSN akan cakap beliau TIDAK TAHU MENAHU BERKENAAN SBPA dan maklumkan JPA PANDAI-PANDAI BUAT SENDIRI SBPA. KSP juga turut diheret dalam kemelut SBPA ini dengan mengatakan KSP TIDAK TAHU BAJET SBPA. Wahai KSN budiman, jika KSP tidak tahu bajet, bagaimana YAB PM boleh umumkan pembentukan SBPA dalam Bajet 2012?

Keempat, dalam mesyuarat Kabinet, pegawai senior berkenaan maklumkan ada Menteri beritahu beliau bahawa KSN sering burukkan SBPA dan mengatakan TIDAK TAHU MENAHU TENTANG SBPA!

Akhirnya usaha KSN ini telah berjaya menonjolkan bahawa KSN seorang yang suci, beriman dan tidak bersalah dalam SBPA ini. Sebaliknya KPPA yang terpalit najis dalam kemelut SBPA. Integriti lah katakan.....

Mungkinkah.... ???
 

Sunday 1 April 2012

KSN vs KPPA

Sekarang kita sering terdengar desakan agar KSN dan KPPA letak jawatan atas kemelut SBPA ini. Ini semua supaya BN akan menang PRU nanti.

Persoalannya benarkah peletakan jawatan kedua-dua pegawai berkenaan akan memberikan BN kemenangan besar? Tidakkah kita terfikir bahawa salah seorang dari mereka itu pasti telah dianiaya? Jelas kita nampak KPPA telah disabotaj oleh KSN dan dijadikan 'kambing hitam' oleh KSN untuk lepaskan diri dari keputusan yang KSN buat berkaitan SBPA!

Jadi bagaimana dengan persepsi penjawat awam? Semua penjawat awam telah mempunyai persepsi bahawa KPPA telah disabotaj KSN dan menjadi 'kambing hitam' KSN dalam isu SBPA ini. Kita yakin KPPA juga mempunyai penyokong yang ramai. Kita khuatir penjawat awam yang merupakan penyokong BN selama ini akan mula berpaling tadah sekiranya terjadinya upacara 'pengambingan hitam' KPPA oleh pihak kerajaan. Bukankah menangani simpati dan persepsi sebenarnya amat sukar dari mengatasi masalah yang terjadi?

Masalah SBPA sudahpun ditangani oleh YAB PM. Setidak-tidaknya rakyat nampak YAB PM sebagai hero dalam kemelut ini. Maka wajarkah kedua-dua pegawai di'denda' selepas masalah diselesaikan? Sepatutnya jika hendak men'denda' mereka pun, buatlah sewaktu awal kemelut bukan selepas tamat kemelut. Bukankah ini akan memberi 'bola tanggung' kepada pembangkang?

Kita ingin cadangkan kepada YAB Perdana Menteri agar mendengar suara akar umbi penjawat awam yang tidak mahukan KSN sambung kontrak lagi. Tetapi YAB Perdana Menteri nampaknya lebih suka mendengar suara orang sekeliling yang terdiri daripada golongan  atasan yang bacul dan lebih suka menjaga periuk nasi sendiri dari menyatakan kebenaran. Bukankah faktor "semuanya ok" oleh orang sekeliling beliau menyebabkan YAB PM hampir kalah dalam PRU suatu masa dulu?

Lagipun, KSN yang flip-flop merupakan faktor penjawat awam berpaling tadah kepada pembangkang dalam PRU lepas hinggakan Putrajaya pun lebih kurang 40% telah menyokong pembangkang. Maka tidak terfikirkah YAB PM bahawa KSN lah sebenarnya merupakan PARASIT dan LIABILITI kepada kerajaan untuk menang PRU nanti?

Kerana KSN - menang majoriti mudah PRU 12
Kerana KSN - kalah PRU 13?

Sebelum ia berlaku, ambillah tindakan sewajarnya wahai YAB PM. Tamatkan kontrak KSN secepat mungkin dengan tiada penyambungan kontrak merupakan tindakan paling tepat dan wajar ...

Siapa Yang Sebenarnya Mahu Batalkan SBPA?

Kita tertanya-tanya, kenapa nasib dan masa depan penjawat awam kini diletakkan di tangan KSN yang sudah bersara dan tidak akan menerima kesannya jika apa-apa berlaku dalam perkhidmatan awam seperti mana yang berlaku dalam kemelut SBPA ini?

KSN dah terima pencen, terima lagi gaji kontrak. Apa yang berlaku dalam perkhidmatan awam selepas ini, beliau tidak perlu risau kerana beliau akan tamat kontrak dan telah nikmati segalanya! Yang tinggal nanti ialah KITA yang perlu perbetulkan segala kerosakkan yang telah dibuat KSN!

Kita tahu bahawa CUEPACS tidak meminta SBPA dibatalkan tetapi meminta kajian semula gaji yang dikatakan tidak adil dan mana-mana yang baik dalam SBPA seperti SKIM terus digunakan..

Kita tahu JPA tidak meminta SBPA dibatalkan tetapi bersedia membuat rombakan semula gaji mengikut cadangan CUEPACS.

Kita juga tahu dalam laporan Task Force Penambah baikan SBPA kepada YAB Perdana Menteri juga menyatakan SBPA adalah lebih baik memandangkan semua penjawat awam akan menikmati kenaikan gaji tahunan dua kali dan skim dalam SBPA lebih baik berbanding SSM maka SBPA tidak perlu dibatalkan sebaliknya struktur gaji perlu dibuat semula.

Jadi, sudah terang lagi bersuluh, yang minta SBPA ini dibatalkan ialah KSN! Kenapa? Adakah kerana KSN dengki penjawat awam lain terutamanya KSN selepas beliau menikmati pencen yang lebih tinggi? Atau mungkin KSN tidak suka SBPA kerana SBPA = Sidik Bersara, Pegawai Aman? :-)

Tapi kini bila kembali semula ke SSM yang LESS FAVOURABLE dari SBPA, ramai penjawat awam mula bercakap  bahawa SSM ialah Sidik Suka Menipu!




SSM PLUS Lebih Baik Dari SBPA?

Pekeliling mengenai SSM Plus (satu lagi projek Kerajaan Sidik Hasan) telah dimuatnaik di laman web JPA. Pekeliling ini telah dimuktamadkan oleh KSN. Jadi jangan lepaskan diri sekali lagi ye KSN bila ramai tidak berpuas hati selepas ini seperti mana tuan lepaskan diri dalam kemelut SBPA!

Rata-rata nampak seperti berpuas hati dengan GAJI, walaupun ramai juga yang terima gaji yang berkurangan dari apa yang ditandatangani dalam opsyen SBPA!

Ramai penjawat awam juga tidak sedar kekurangan yang amat ketara dalam pekeliling SSM Plus ini iaitu dari segi SKIM. Lihatlah dengan teliti skim masing-masing.

Para guru khususnya tidak lagi menikmati Skim Bersepadu yang menjejaskan peluang kenaikan pangkat.

Penjawat awam yang gajinya dah langgar dinding, akan terus melanggar dinding!

Angkatan Tentera Malaysia juga menjadi lebih teruk bila mana kelayakan masuk yang lebih tinggi dibatalkan..

Para pensyarah dan doktor pakar juga menerima nasib yang buruk juga berbanding SBPA.

Para penjawat awam di gred J dan G juga menerima skim yang lebih teruk dari SBPA.

Para pemandu, PAR, PAP yang dinaikkan ke gred 11 apabila gred 10 dan ke bawah dimansuhkan, kini kembali ke gred 10 dan ke bawah.

Jadi mana janji KSN dalam kenyataan media Januari lalu bahawa skim yang akan diwujudkan hasil semakan semula SBPA tidak akan LESS FAVOURABLE dari SBPA??

SBPA = Sidik Bersara, Pegawai Aman
SSM = Sidik Suka Menipu!!!

dan kita penjawat awam TERTIPU LAGI!!


Pegawai di Pejabat KSN Mesti Pangkat JUSA?

Kita tidak nafikan bahawa tugas sebagai KSN memang memerlukan pembantu dan pegawai khas bagi memastikan tugas dapat berjalan dengan lancar. Tugas berkenaan termasuklah penyediaan teks ucapan, slaid, jadual tugasan KSN dan lain-lain

Tetapi kenapa Pegawai Khas KSN dinaikkan pangkat sehingga JUSA B? JUSA B ini pangkatnya lebih tinggi berbanding KETUA POLIS NEGERI yang berpangkat JUSA C sahaja!!. Sesiapa yang pernah berurusan dengan Pegawai Khas KSN tahu bahawa beliau hanya jadi posmen sahaja. Teks ucapan agensi yang buat. Bila ada pindaan pula diserahkan kembali kepada agensi untuk dibuat. Jadi apa tugas beliau sebenar yang terlalu penting dan rumit sehinggakan perlu diberi JUSA B?

Seorang lagi SUSK KSN pula pangkat JUSA C. Seorang lagi Pegawai Khas KSN gred 52 yang tengah gilakan pangkat JUSA hinggakan sanggup mem'bodoh'kan JPA bila tidak dapat JUSA. Wajarkah semua ini?

Kita tahu KSN pengerusi Lembaga Naik Pangkat. Tapi janganlah sesuka hati beri kenaikan pangkat kepada pegawai pejabat sendiri sedangkan pegawai lain pula amat susah nak naik pangkat terutamanya JUSA.

Sampai bila perkhidmatan awam perlu kucar kacir begini?