Monday 4 June 2012

Terima kasih semua

Terima kasih semua kerana menyokong blog kami sehingga mencapai hits ke 60,000 hari ini.
Terima kasih kerana ingin mencari kebenaran sebenar dalam perkhidmatan awam Malaysia yang semakin haprak.

Nantikan posting-posting dan bahan bukti yang lebih menarik.
Tiada maaf yang perlu dipinta. Apa yang tertulis di sini adalah kebenaran dan haqq, demi suatu keadilan

Reaksi Artikel NST: Bakal Pengganti KSN Sudah Diumum?

Bila membaca berita di NST hari ini sewaktu sarapan pagi bersama rakan-rakan bloggers, kita hanya mampu gelengkan kepala.

Terpacul dari mulut seorang rakan "Kenapa dia ni pulak terpilih jadi KSN? Bukankah dia ni yang luluskan projek NFC dulu? Bini pun mulut boleh tahan suka maki hamun dan mencarut depan pegawai"

Mari kita lihat rekod perkhidmatan bakal KSN anda:


Wallaweh.. Macam Sivaji da Boss

1981 - Penolong Setiausaha Kementerian Perdagangan Perindustrian
1986 - Pegawai Projek Kanan INTAN
1992 - Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Pengangkutan
1997 - Mula berkhidmat di Unit Perancang Ekonomi (EPU)
2009 - Ketua Pengarah UKAS (dulunya bawah EPU)


Banyak betul pengalaman bakal KSN anda. Pengalaman dalam bidang Pengurusan Tanah, Keselamatan, ICT, Pentadbiran Daerah, Hal-ehwal antarabangsa, Sumber Manusia, Kewangan semuanya ada hinggakan pakcik Sidik Hassan tertawan. Apa nak jadi Perkhidmatan Awam? Sampai bila penjawat awam perlu menanggung azab sengsara kerana mempunyai KSN yang tidak mempunyai pengalaman yang luas dalam pelbagai bidang seperti Sidik Hasan?

Melihat senario semasa apabila pihak Kerajaan Sidik Hasan terlalu banyak memberi ruang kepada kesatuan untuk bersuara, maka kita memerlukan seorang pemimpin yang tegas dan mampu menyatu padukan penjawat awam sekalian. Adakah jaga projek sama bebannya dengan menjaga manusia? Adakah semua penjawat awam boleh digula-gulakan melalui projek yang masyukkk seperti mana di UKAS?

Kita tahu bakal KSN ini dicadangkan oleh KSN Sidik Hasan. Selalunya yang jadi KSN perlu sekurang-kurangnya berpengalaman sebagai Ketua Setiausaha (KSU) kementerian. Ada bekas KSN yang jadi KSU tak sampai seminggu sebagai menghormati jawatan KSU. Jadi, bukankah ini satu penghinaan kepada KSU semua wahai Sidik Hasan? Adakah sama beban tugas sebagai Ketua Pengarah yang banyak jaga projek masyyuuuukkkk dengan KSU kementerian?

Adakah kerana beliau banyak beri projek kepada menantu KSN seperti yang kita canangkan dahulu?
Adakah kerana beliau banyak menabur janji-janji manis berserta projek kepada KSN serta Kak R?

Dengarnya banyak sungguh pelaburan yang dibuat semata-mata untuk melobi jawatan KSN ini. Dari mana datangnya duit? Tak perlu risau kerana banyak projek masyyuukkk ada di UKAS.

Apa beza bakal KSN anda dan KSN sekarang?

Sama je takda banyak pengalaman berkaitan perkhidmatan awam.
Sama je banyak pengalaman dalam ekonomi dan perdagangan

Justru, bersedialah semua penjawat awam untuk diperdagangkan sesuka hati sekali lagi seperti mana dilakukan oleh Sidik Hasan. Bersedialah juga untuk melayan bini bakal KSN anda yang berperangai seperti mana surat aduan yang kita muatnaik pada artikel terdahulu:
http://kuasasebenarrakyat.blogspot.com/2012/05/integriti-cara-ksn.html 

P/s: PERKASA yang amat memperjuangkan Melayu tidak ada apa-apa komen bila lihat bakal KSN ini? :-)

Err.. KSN Sidik Hasan jangan le tak jadi berhenti pula ye sebab dah ada pengganti...





Reaksi Artikel NST: Kisah si Kemaruk Jawatan KPPA

Kami para bloggers juga terkejut bila terbaca dalam artikel NST bahawa KPPA dipaksa lepaskan jawatan dan penggantinya ialah Dato Madina. Benarkah begitu?

Siapa yang paksa? Gila kah orang yang paksa dekat dengan PRU? Kenapa bodoh sangat paksa waktu ini? Confirm akan menang PRU kah ini macam machaaa... Nanti kita akan huraikan teori panas ini..

 
Don't play play haaaa...


Kita terdengar Dato Madina dah canang beliau akan jadi KPPA sejak Tan Sri Ismail Adam akan tamat kontrak sebagai KPPA lagi. Dah hampir dua tahun lepas tu. Pada masa itu beliau sering memberi peringatan kepada pegawai-pegawainya bahawa beliau bakal jadi KPPA kelak. hahaha... Dah lama kemaruk jawatan KPPA rupanya ye Dato?

Apa istimewanya Dato Madina? Kita pernah berbual dengan bekas pegawai-pegawainya dan kesemua mereka memberikan pandangan negatif terhadap beliau.

"Ramai pegawai kanan tak tahan dengan perangai dan karenah beliau" ujar mereka.

Apa istimewanya beliau jika begitu? Setakat menguruskan kementerian yang kecil yang mempunyai banyak agensi luar tidaklah dilihat terlalu mencabar. Adakah kerana kecekapan beliau menguruskan geran-geran penyelidikan yang diagihkan kepada kroninya termasuk KSN maka beliau menjadi pooojaaan hati KSN?

Jika para pegawai di kementerian kecil seperti MOSTI pun tidak tahan dengan karenahnya, apatah lagi 1.4 juta penjawat awam. Bagaimana dengan cuepacs pula nanti?

Beliau ini pun mempunyai darah kacukan kerana dilahirkan di China. Sama juga ciri-ciri bakal KSN suami isteri mamak itu ye. Sangat cantik cadangan KSN. 1Malaysia nampaknya. KSN mamak, KPPA pula kacukan Cina. Yang jadi mangsa dan kuli batak ialah Melayu.

Oh tapi apa KSN Sidik Hasan kisah. KSN kan cakap dia bukan Melayu dan tidak mahu menjadi lebih Melayu dari Melayu. Apa komen PERKASA?


P/s: Aper citer skandal Dato di Wisma Putra dahulu? jeng jeng jeng...






Suruhanjaya Transformasi Perkhidmatan Awam hanya kosmetik?

Tahniah kepada kerajaan kerana menunaikan janji menubuhkan Suruhanjaya walaupun agak lama masa diambil untuk tubuhkannya sampai sempatlah BERSIH 3.0, Hari Belia Negara Himpunan Hijau, Merah dan sebagainya berlangsung terlebih dahulu dan suruhanjaya siasat BERSIH 3.0 diumumkan kerajaan.

Yang menariknya ialah masih ada individu yang bernama Ismail Adam. Ismail Adam ini ada kepentingan sebab beliau ini penasihat HayGroup, konsultan yang bentuk SBPA. Jadi makin masyyuuukk la Ismail Adam. Tak percaya? Mari kita lihat..



Kita dah maklumkan Ismail Adam telah GAGAL dalam Task Force yang diketuainya dalam menghasilkan skim lebih baik dari SBPA. Setakat bagi 7 hingga 13 peratus sapa pon boley derrr. Malah sebaliknya Ismail Adam diberi imbuhan lumayan hasil menjahanamkan SBPA seperti mana kehendak KSN.

Jadi apa perlu dilantik Ismail Adam lagi? Sebab Ismail Adam pandai berpura-pura depan KSN. Depan KSN, Ismail Adam merupakan pegawai yang soleh. Belakang KSN, Ismail Adam suka kutuk KSN malah depan pegawai-pegawainya di JPA dulu dan pernah juga depan anak KSN. Lupakah Ismail Adam?

Apapun, kita dah lepas tanggungjawab memaklumkan Kerajaan apa yang sebaiknya. Tapi Kerajaan sekarang lebih suka mendengar KSN Sidik Hasan dari kita ini para bloggers nyamuk. Mujur tak dipanggil bloggers haram J .. hihihiii.

Tak apa. Mari kita lihat siapa yang kenaaaa....


P/s: Saksikan kisah romantik saperti di bawah


Selalu cari projek massyukkkk





Selalu janji projek masyukkk sebab nak sambung kontrak


=



Biasiswa JPA Freee