Wednesday 28 March 2012

Kenapa Pekeliling Gaji SSM Baru Lambat?

Seperti mana pembentukan SBPA, KSN mempengerusikan SSM Baru.

Pihak JPA maklumkan telah siap Pekeliling SSM Baru tetapi masih belum diluluskan KSN. Kenapa?

Sebab ramai penjawat awam telah tahu bahawa SSM Baru ini amat LESS FAVORABLE dari SBPA dari segi gaji dan skim, tidak seperti janji kerajaan melalui siaran akhbar KSN sendiri pada awal Januari lalu! Adakah KSN takut?

Dengan melambatkan keluar pekeliling juga akan mengakibatkan beliau dapat sambung kontrak sebagai KSN. Jika tidak selesai pada tarikh tamat kontrak beliau pada Jun nanti lagi bagus. Boleh lah beliau sambung kontrak lagi. Maklumlah, beliau kan hero dalam cerita ini.

Kepada KSN, kami menuntut agar pekeliling berkenaan segera dikeluarkan! Jika tiada gaji SSM Baru bulan April ini, andalah punca BN kalah PRU nanti!


SBPA: Sidek (bukan nama sebenar) Berhenti, Pegawai Aman..

KSN Tidak Mampu Taja Anak Sendiri Ke Luar Negara?

Hahaha.. Entah kita patot gelak atau menangis bila dengar KSN cakap seperti  tajuk di atas. Gaji RM30,000.00 ++ sebulan masih belum mampu? Bagaimana dengan kami yang gaji kurang dari RM2,000.00 je ni?

KSN siap hantar anak tersayang pegi temuduga biasiswa JPA tahun lepas dan sempat marah urusetia lagi tu!. Punya tak malu. Dah tau diri tu TAK MAMPU, lagi nak TUNJUK EGO!

Siasatan kami mendapati bahawa anak beliau tidak layak diberikan biasiswa memandangkan prestasinya yang amat lemah iaitu menduduki ranking PALING BAWAH semasa penilaian! 

Anak KSN juga pergi temuduga tanpa membawa dokumen yang diminta oleh JPA!. Bila ditanya mana dokumen, anaknya dengan selambanya menjawab, "PAPA CAKAP TAK PERLU KASI!" Owh Anak Papa...

Jika gagal bawa dokumen yang dikehendaki dalam mana-mana temuduga, maka sepatutnya ianya dianggap gagal secara TEKNIKAL. Tapi memandangkan beliau ANAK KSN, beliau BERJAYA! Jika anak daddyku, mungkin beliau awal-awal lagi GAGAL!

Tetapi kerana Tan Sri Ismail Adam cuba hendak bodek KSN, mungkin untuk sambung kontrak sebagai KPPA yang hampir tamat pada ketika itu, maka anak KSN turut ditawarkan biasiswa JPA!

Malah ditawarkan ke tempat yang dipilih sendiri oleh anak KSN iaitu ke United Kingdom! Calon lain tak boleh pilih pulak ye? Specially designed for anak KSN! ahaha

Patotlah KSN buat SBPA dengan gaji yang tinggi sebegitu bagi kumpulan premier! Sebab TAK MAMPU kununnya... Tapi tak mengaku pulak terlibat dengan SBPA ye..

Kita minta Pihak Berkuasa siasat perkara ini dan siasat KSN juga! Salah guna kuasa dan kedudukan yang serius oleh KSN sama macam kes lembu NFC!!!



SBPA: Sidek (bukan nama sebenar) Berhenti, Pegawai Aman..

KSN Pinda Minit Mesyuarat SBPA?

Wahh. Ini berita terbaru kami terima tentang sikap keji KSN yang pinda minit mesyuarat mengikut kehendak beliau sendiri bukan seperti apa yang telah dibincangkan dalam mesyuarat SBPA! Kami dimaklumkan apa yang ditulis dalam minit tidak sama dengan apa yang dibincangkan dalam mesyuarat walau minit berkenaan telah diluluskan PM! Adakah ini biasa dilakukan oleh KSN mengikut matlamat menghalalkan cara?

Semuanya dilakukan kerana nak selamatkan diri beliau sendiri? Jika begiut, amat berat kesalahan beliau selaku pemimpin! Sampai boleh buat sesuka hati dalam perkhidmatan awam seolah-olah macam syarikat sendirian berhad!

Wahai KSN, jangan kerana nak kambing hitamkan orang, anda sanggup buat apa saja. Mana integriti yang anda sering laung-laungkan??


SBPA: Sidek (bukan nama sebenar) Berhenti, Pegawai Aman.......

Sunday 25 March 2012

KSN Tidak Tahu Jumlah Gaji SBPA?

Seorang blogger menyatakan KSN tidak tahu menahu tentang gaji SBPA yang bakal beliau terima sehinggalah sewaktu hendak tandatangani borang opsyen. Satu lagi lawak KSN!

Kita dimaklumkan bahawa pihak JPA telah menunjukkan semua gaji kepada KSN. Lagipun kan KSN yang pengerusikan mesyuarat SBPA ini. Kalau tidak tahu jugak ada beberapa kemungkinan:

  1. KSN tido semasa pengerusikan mesyuarat,
  2. KSN nak lepaskan diri 
  3. Atau memang KSN 'kurang bijak'
Kita cuba dapatkan butiran berkenaan daripada pihak JPA. Tapi masalahnya  JPA ni susah sangat bagi kerjasama. dah kena hentam pun masih nak ber rahsia! Dedahkan je lah. kenapa perlu jaga nama baik KSN yang telah memburukkan nama JPA!

Lagipun kalau pun benar beliau tidak tahu sampai lah ke saat nak sign opsyen, tak payah sign opsyen la!

Malu la ada pemimpin sebegini. Mulut kata tanak, tapi tangan sign jugak opsyen..  Kemudian canangkan kat orang bahawa dia bersih dan suci dari pembentukan SBPA .. Haha


SBPA: Sidek (bukan nama sebenar) Berhenti, Pegawai Aman..

Kenapa Tan Sri Ismail Adam dipilih Pengerusi Pasukan Semakan Semula SBPA?

Sekarang ini terdapat ramai Ahli Parlimen yang mempersoalkan kenapa kerajaan melantik Tan Sri Ismail Adam (TSIA) sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Khas Semakan Semula SBPA.

Sewaktu kami bersembang dengan beberapa pegawai kanan kerajaan dalam satu majlis makan malam baru-baru ini, mereka menyatakan bahawa TSIA tidak sepatutnya dilantik sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Khas Semakan Semula SBPA kerana beliau merupakan rakan kongsi HayGroup, konsultan yang terlibat semasa pembentukan SBPA pada tahun 2007. Kertas cadangan daripada HayGroup telah digunakan oleh TSIA sendiri sewaktu jadi KPPA untuk pembentukan SBPA pada ketika itu. (Untuk makluman, SBPA telah dimulakan sejak tahun 2007 lagi sejak TSIA KPPA). Angka-angka gaji untuk kumpulan pengurusan atasan juga sama seperti mana yang dicadangkan untuk kumpulan Premier dalam SBPA. Jadi, bukankah wujud conflict of intrest di situ?

Kita perlu tahu bahawa yang lantik TSIA sebagai Pengerusi Panel berkenaan ialah KSN. Atas dasar apa beliau dilantik? TSIA tidak terlibat secara langsung pun dalam pembentukan SSM dan SSB.

"Jika mahukan orang berkelayakan, maka Tan Sri Jamaludin Ahmad Damanhuri (bekas KPPA) yang sepatutnya lebih layak dilantik kerana beliau terlibat secara langsung dalam pembentukan SSM dan SSB. Macam tak ada orang lain dah si KSN ni nak lantik " kata mereka.

Adakah pelantikan TSIA sebagai Pengerusi Panel berkenaan oleh KSN sebagai mengenang jasa TSIA yang telah memberi kebenaran kepada anak KSN untuk menjalani 'internship' di JPA dengan bayaran tertentu? Ataupun sebagai mengenang jasa TSIA yang memberikan biasiswa JPA kepada anak KSN walaupun anaknya tidak layak? (Mohon Pihak Berkuasa siasat dua perkara ini!!)

Jika tidak, masakan TSIA dianugerahkan Darjah Panglima Mangku Negara (membawa gelaran Tan Sri peringkat tertinggi, yang tidak pernah diberikan kepada mana-mana KPPA sebelum ini) walaupun pada ketika itu, terdapat kes PTD yang meninggal akibat modul 'komando' yang diluluskan oleh TSIA sendiri. Tidak pernah berlaku PTD meninggal dalam mana-mana jagaan KPPA! Takda pula TSIA menolak darjah berkenaan dan letak jawatan ye!

"Lagipun kita pegawai senior tahu bahawa kebanyakan keputusan yang dibuat oleh TSIA sewaktu jadi KPPA bukan merupakan keputusan beliau, sebaliknya lebih merupakan keputusan isteri beliau ataupun keputusan Pembantu Peribadi (PA) beliau kerana mereka berdualah sebenarnya yang mengawal Pejabat KPPA waktu itu. Jika ada pegawai yang mereka berdua tidak suka, pasti pegawai berkenaan akan di'pool'kan " ujar mereka secara sinis sebelum pulang.

Patutla KSN lantik TSIA sebagai Pengerusi Panel berkenaan. Rupa-rupanya untuk menutup salah TSIA dan KSN dengan mengkambing hitamkan orang. Dengarnya Tan Sri Bakar KPPA sekarang akan jadi mangsa kerakusan mereka berdua.

Lebih menarik, KSN cadangkan TSIA dibayar honorarium sebanyak lebih kurang RM70,000.00!! Banyaknya duit rakyat digunakan tu. Untuk kerja yang mudah sebegitu pun dibayar sebanyak itu? Kerja TSIA pun asyik cari salah orang je dan hasilnya ialah 7 hingga 13% sahaja kenaikan gaji yang memang telah ada dalam SBPA!!! Satu lagi projek Kerajaan KSN!!

Kita saksikan nanti sama ada TSIA akan dilantik lagi sebagai Pengerusi atau ahli untuk Suruhanjaya Khas untuk penambahbaikan SSM nanti !!!


SBPA: Sidek (bukan nama sebenar) Berhenti, Pegawai Aman..

CUEPACS Dilepaskan Dari Buat Tugas Hakiki?

CUEPACS dikhabarkan telah meminta kebenaran secara bertulis untuk dilepaskan dari tugas hakiki selama setahun kerana ingin menumpukan perhatian kepada tugas kesatuan terutamanya dalam perkara SBPA.

Persoalannya, adakah perlu diberi pelepasan berkenaan? Lagipun SBPA dah dibatalkan.

Nanti pegawai di agensi lain seperti JPA, Kementerian Kewangan, Jabatan Peguam Negara dan lain-lain agensi yang terlibat dengan pembentukan SBPA pun mohon dilepaskan dari tugasan hakiki.

Pihak SPA juga tidak pernah menemuduga calon-calon bagi pengambilan jawatan Presiden CUEPACS. Kita ingin cadangkan agar pihak SPA mewujudkan jawatan khas untuk Presiden CUEPACS dan exco-exconya dan diiklankan kepada orang ramai yang layak untuk memohon jawatan berkenaan. Biarkan mereka membuat tugas hakiki sebagai Presiden dan exco CUEPACS.

Kita ingin melihat apa keputusan KSN dalam perkara ini kerana KSN yang menguruskan permohonan ini.

Mari kita lihat siapa yang akan dikambing hitamkan lagi. Maklumlah, kita dimaklumkan bahawa salah satu punca Presiden CUEPACS menentang habis-habisan SBPA adalah kerana sebagai tanda protes dan menunjukkan ketidakpuasan hati beliau kepada KPPA yang meluluskan pelanjutan kontrak perkhidmatan selama enam bulan sahaja, bukan setahun seperti yang Presiden CUEPACS minta.

OO.. begitu kisahnya...


JPA Yang Lambat Keluarkan Pekeliling?

 

Berita Harian Online

CUEPACS mahu JPA keluarkan segera pekeliling pelarasan gaji
2012/03/23

NILAI: CUEPACS menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya mengeluarkan pekeliling mengenai pelarasan gaji baru bagi kakitangan awam mengikut Skim Saraan Malaysia (SSM) selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata pekeliling itu perlu diedar segera kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi membolehkan pembayaran gaji baru dengan kenaikan antara tujuh dan 13 peratus dibuat kepada semua kakitangan awam mulai bulan hadapan.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) sudah mengumumkan pelarasan gaji baru kakitangan awam iaitu kenaikan antara tujuh dan 13 peratus tapi kita sedang tunggu pekeliling itu untuk membolehkan setiap agensi membuat kiraan gaji untuk dibayar pada bulan berikutnya.

"Selagi pekeliling itu belum keluar semua agensi belum boleh buat kiraan gaji untuk membayar dan kita harap hujung bulan ini pekeliling itu mesti selesai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan wacana bertajuk "Mentransformasikan Skim Perkhidmatan Institusi Pengajian Tinggi Awam" pada Program Sumbangsaran Intelektual Peringkat IPTA di sini hari ini. - BERNAMA
________________________________________________________________________________



Wahai Dato' Omar Osman, si pembela dan pejuang untuk 1.4 juta penjawat awam. Sudah nanyuk kah dikau bahawa dikau dan lagi tiga orang konco-konco dikau juga turut masuk mesyuarat berkaitan penyediaan Pekeliling ini yang dipengerusikan oleh KSN?

Kalau nak cepat, mintalah KSN yang cepatkan. Kenapa nak salahkan JPA?

Lagipun, masa SBPA dulu pun KSN yang pengerusikan mesyuarat SBPA tapi akhirnya KSN lepas tangan dan cakap tak tahu apa-apa dan tak terlibat dengan SBPA hingga letakkan semua kesalahan pada JPA. Kali ni pun nak salahkan JPA?

Sepatutnya tajuk berita itu ialah "CUEPACS mahu KSN segera selesaikan mesyuarat penyediaan pekeliling pelarasan gaji" .

Jangan jadi orang Munafik lagi sekali ye Dato'!




KSN Tidak Terlibat Dalam SBPA? Faktanya...

Nampaknya KSN masih kata beliau tidak tahu menahu dan tidak terlibat dalam SBPA ini ye. Mari kita lihat fakta ini pula:


FAKTA 1: SBPA bermula dari punca kuasa Ucapan Bajet 2008 oleh YAB PM pada 7 September 2007. Antara petikan ucapan Bajet YAB PM pada ketika itu ialah:

"... Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan akan ditawarkan skim kontrak selama tiga tahun, serta prestasi mereka akan diberi ganjaran berasaskan KPI ... "


FAKTA 2: Pada ketika itu, Tan Sri Ismail Adam sebagai KPPA, Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai KSN dan YABhg. Pak Lah sebagai Perdana Menteri


FAKTA 3: Cadangan/draf awal saraan baru ini telah diluluskan Kerajaan pada 3 Oktober 2007


FAKTA 4: Cadangan/draf awal saraan baru ini telah ditangguhkan pelaksanaannya oleh Kerajaan pada 23 April 2008. KSN selalu mengatakan bahawa beliau yang membawa kepada Kerajaan untuk penangguhannya.


FAKTA 5: Cadangan/draf saraan baru ini telah dikemukakan semula selepas diluluskan KSN, kepada Kerajaan oleh KPPA (pada ketika itu Tan Sri Ismail Adam)  dan diluluskan Kerajaan pada 19 Mac 2010


FAKTA 6: Tan Sri Abu Bakar menggantikan Tan Sri Ismail Adam sebagai KPPA pada 1 Julai 2010. Tan Sri Ismail Adam dilantik sebagai rakan kongsi perunding HayGroup.


FAKTA 7: Sepanjang tahun 2011, sebanyak 13 mesyuarat/perbincangan dengan CUEPACS telah diadakan dan 6 kali mesyuarat telah dipengerusikan oleh KSN berkaitan pembentukan SBPA ini.


FAKTA 8: YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pembentukan SBPA menggantikan SSM dalam Ucapan Bajet 2012


FAKTA 9: Cadangan/draf saraan baru telah dikemukakan semula oleh Tan Sri Abu Bakar dengan diberi nama SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM dan diluluskan Kerajaan pada 11 November 2011.


FAKTA 10: SBPA adalah merupakan cadangan/draf yang sama yang telah telah diluluskan Kerajaan pada 19 Mac 2010 dengan beberapa penambahbaikan dari segi exit policy dan skim. Ia merupakan SEMAKAN SKIM, bukan PENYELARASAN GAJI seperti 2007.

_______________________________________________________________________ 


Berdasarkan fakta di atas, jelas menunjukkan proses pembentukan SBPA ini banyak dibuat semasa Tan Sri Ismail Adam sebagai KPPA dan Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai KSN (dulu, kini dan selamanya?).

Selain itu, YAB Perdana Menteri juga telah mengumumkan dalam Ucapan Bajet 2012 akan pembentukan SBPA ini. Jadi bagaimana KSN boleh cakap Kementerian Kewangan tidak tahu mengenai SBPA ini terutamanya berkaitan bajet yang diperuntukkan untuk SBPA? KSN juga cakap beliau tidak tahu menahu tentang SBPA.

Tak sangka pemimpin no. 1 penjawat awam bersikap sedemikian. Orang yang waras boleh nampak bahawa KSN memang TAHU dan TERLIBAT SEPENUHNYA dalam pembentukan SBPA!

Satu cubaan yang baik untuk KSN melepaskan diri dengan mengkambing hitamkan orang lain!



SBPA: Sidek (bukan nama sebenar) Berhenti, Pegawai Aman..



Benarkah 36 Pegawai Premier Telah Pulangkan Kenaikan?


Dari Blog CUEPACS:


SBPA: 36 PEGAWAI PREMIER SETUJU PULANGKAN KENAIKAN
Sinar Harian
20 Mac 2012


PUTRAJAYA -  Kesemua 36 pegawai atasan kakitangan awam dalam Kategori Perkhidmatan Utama yang menerima gaji baru di bawah Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan, bersetuju untuk memulangkan 'kenaikan' yang diterima baru-baru ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, ini berikutan pembatalan skim itu dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik, sebagaimana diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebagai Penjawat Awam yang bertanggungjawab, mereka telah bersetuju untuk memulangkan kenaikan itu (di bawah SBPA).

Lebih daripada separuh telah kembalikan manakala yang lain tidak sempat kerana berada di seberang laut," katanya kepada pemberita selepasa majlis syarahan "Chief Secretary Annual Lecture Series: The Fifth Estate-A space for Academia?" di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa 36 pegawai atasan kakitangan awam telah menerima kenaikan gaji antara RM35,000 hingga RM60,000, di bawah SBPA.

SBPA diperkenalkan awal tahun ini telah mengundang keresahan dan tidak puas hati di kalangan penjawat awam, dan kerajaan pada 12 Jan lalu memutuskan supaya skim itu dikaji semula.

Pada 8 Mac,  Perdana Menteri mengumumkan pembatalan SBPA dan pengembalian kepada SSM yang ditambah baik.

Mengenai penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji penambahbaikan SSM, Mohd Sidek berkata, ia akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

"Saya akan bincang dengan pihak-pihak tertentu dan akan umumkan," katanya. - Bernama

__________________________________________________________________________________



Kepada KSN, saya ingin minta penjelasan tentang perkara berikut: 
  1. Siapa yang telah pulangkan?
  2. Siapa yang berada di seberang laut?
Berita ini bertarikh 20 Mac 2012 (Selasa). Bukankah pada 21 Mac 2012 (Rabu) telah diadakan Mesyuarat KSU dan Ketua Perkhidmatan (36 pegawai Premier) dan kesemua Premier berkenaan telah hadir dalam mesyuarat berkenaan. Cepat sungguh separuh dari 36 Premier berkenaan pulang dari seberang laut ya. Ke maksud seberang laut bagi KSN ialah di Pulau Pinang atau Sabah dan Sarawak? :-)

Sebagai penjawat awam yang bertanggungjawab ye? Kalau bertanggungjawab sangat, jangan le tipu rakyat cakap tidak terlibat dalam SBPA kalau pun tidak mahu bertanggungjawab terhadap masalah yang timbul dalam SBPA!

Apalah nasib penjawat awam. Kena tipu lagi!