Thursday 4 April 2013

Kisah kenduri kahwin anak Tan Sri Bakar

Kita dimaklumkan Tan Sri Abu Bakar ada mengadakan kenduri kahwin anak beliau.

Yang menariknya, kita dimaklumkan Tun Mahathir yang kita kasihi hadir.

Tun Ahmad Sarji juga hadir.

Ramai pegawai kanan yang telah bersara juga hadir.

Ramai juga tokoh korporat turut hadir.

Dewan penuh dengan tetamu.

Terdetik di fikiran kita, adakah tokoh-tokoh tersebut sudi hadir ke majlis berkenaan sekiranya mereka merasakan Tan Sri Abu Bakar merupakan ancaman kepada keselamatan negara sehingga perlu ditamatkan perkhidmatannya?

Jadi yang anggap Tan Sri Abu Bakar ancaman keselamatan negara hanyalah Sidik Hasan!

Sudah pasti Tun Mahathir dan Tun Ahmad Sarji kenal 'manikam' yang sebenarnya.






Kisah 9 Penambahbaikan Sistem Saraan Transformatif

Kita mengalu-alukan pengumuman YAB PM sewaktu MAPPA tempoh hari. Usaha untuk menambahbaik perkhidmatan awam amatlah kita puji dan sanjung tinggi

Namun setelah kita teliti, kesemua pengumuman yang dibuat merupakan perkara-perkara yang terkandung dalam SBPA yang dibatalkan Sidik Hasan tu.

Malah yang lebih teruk, dalam SBPA dulu, penjawat awam selain polis dan tentera juga dapat kenaikan gred dan penambahbaikan skim seperti mana Juruteknik J17 dan sebagainya.

Kenaikan Elaun Perumahan tidak pula diberikan seperti mana dicanangkan Presiden CUEPACS seolah-olah kerajaan dah setuju naikkan elaun perumahan.

KGT diawalkan memang ada dalam SBPA.

Pemberian Pingat Cemerlang memang ada dalam SBPA

Penambahan tangga gaji bagi yang maksimum memang ada dalam SBPA. Malah dalam SBPA ianya ditambah sekurangnya 5 tangga, bukan 3 tangga seperti dalam SST.

Mungkin kenaikan 3% bagi gaji maksimum merupakan elemen baru. Tapi dalam SBPA, yang maksimum akan diberi kenaikan pangkat secara KUP!

Inikah hasilnya Task Force Mail Adam, Suruhanjaya Tun Zaki? Habiskan duit kerajaan sahaja tetapi masih gunakan SBPA!

Kita dah kata, jangan batalkan SBPA kerana banyak perkara dalam SBPA yang amat baik. Mungkin gaji dalam SBPA perlu dibuat semula.

Tapi sebab Sidik Hasan, semuanya gigit jari.

Tahniah kepada Mail Adam dan Suruhanjaya Tun Zaki kerana jelmakan semula SBPA dalam SST. Tak sangka sanggup gunakan semula idea dari seorang yang ditamatkan perkhidmatan atas alasan mengancam keselamatan negara!








Tahniah KPPA baru..

Kami para blogger Kuasa Sebenar Rakyat mengucapkan tahniah kepada KPPA yang baru dilantik. Kami akan memberikan sokongan selagi tidak menganiaya penjawat awam.

Pesan kami, rombaklah pegawai kanan JPA. Ini termasoklah pegawai yang terlalu lama di JPA yang rasakan mereka terlalu berkuasa.

Ada antara pegawai kanan JPA yang merupakan tali barut Sidik Hasan.

Ada pegawai kanan JPA yang tidak sabar nak kemas bilik KPPA dulu sewaktu KPPA dulu masih berkhidmat sebagai KPPA.

Ada pegawai kanan JPA yang secara berani telah berjumpa dengan KPPA dulu untuk minta KPPA dulu bersara bila kemelut SBPA berlaku.

Pesanan buat KPPA baru, pilihlah penasihat sendiri untuk gantikan kumpulan pegawai kanan yang ada sekarang.

Untuk apa kekalkan mereka yang telah menyebabkan bahtera JPA dan institusi KPPA runtuh tanpa ada usaha dan keberanian untuk mempertahankannya.