Wednesday 23 May 2012

Bekas pegawai tertinggi Kerajaan masuk parti pembangkang

Dari perbualan bersama seorang rakan polis, beliau menyatakan rasa kesal tentang kelemahan Peguam Negara dalam menangani banyak isu-isu besar negara. Yang terbaru ialah BERSIH 3.0 di mana pihak mahkamah telah mengeluarkan perintah melarang peserta memasuki Dataran Merdeka.

Sepatutnya bila ada perintah mahkamah, peserta yang ingkar boleh terus ditahan dan dibicarakan di mahkamah tanpa perlu menunggu laporan polis dibuat. Tapi apa Peguam Negara buat? Hanya dakwa seorang peserta perhimpunan (yang menjadi bahan lawak media pembangkang) dan terkini 3 pemimpin pembangkang.

Peguam Negara dilihat seolah-olah memanipulasikan undang-undang negara demi kepentingan peribadi. Kertas siasatan yang banyak dikemukakan kepada pihak Peguam Negara oleh pihak Polis pula dilihat tiada tindakan pendakwaan diambil menyebabkan banyak kes-kes besar disensasikan pihak pembangkang yang akhirnya memberikan imej negatif kepada kerajaan. Kelemahan dan ketakutan Peguam Negara membuat pendakwaan terhadap banyak isu besar seperti Anwar Ibrahim, kematian Teoh beng Hock, BERSIH 1.0, 2.0 dan 3.0 menyebabkan imej polis amat tercalar seolah-olah polis yang lambat mengambil tindakan.

Berikut pula antara petikan menarik dalam artikel PAPA GOMO berkenaan isu kemasukan bekas Peguamcara Negara II ke dalam parti pembangkang:
http://www.papagomo.com/2012/05/datuk-yusof-bekas-pendakwaraya-kes.html )

" Namun demikian Gomo sebenarnya melihat dalam isu Datuk Yusof ini adalah AMARAN beliau kepada Ketua Peguam Negara, Kerajaan Malaysia dan juga Najib Razak bahawa apa sahaja boleh berlaku yang mana PERSEPSI boleh bertukar sekelip mata jika kerajaan tidak mengambil langkah yang serius dalam pekara seperti ini.

Datuk Yusof pada pandangan Gomo cuba menyampaikan mesej kepada YAB Perdana Menteri bahawa Ketua Peguam Negara GAGAL dalam melaksanakan tugas dan memberikan isyarat jelas kepada rakyat Malaysia bahawa Anwar Ibrahim cukup hebat dalam mendominasi persepsi rakyat sehinggakan Liwat yang salah dijadikan tidak bersalah.

Apa sekalipun Gomo lihat apa yang berlaku hari ini melalui sudut yang positif yang mana Datuk Yusof bertindak selaku seorang yang Profesional dalam menjadi peguam kepada Anwar Ibrahim. Soal berapa yang dibayar Anwar Ibrahim pasti menjadi buah mulut rakyat terutama para peguam lain namun yang pasti Anwar Ibrahim mampu membayar apa sahaja kepada yang sanggup membelanya asalkan persepsi keatas beliau pulih dan menonjol dimata rakyat Malaysia"

_________________________________________________________________________________

Komen kita:

Wah marah benar Tuan Inspektor Mato-mato kita kat atas tu. Kita nampak selama ini KSN yang lemah dalam banyak isu perkhidmatan awam. Tapi kini terdedah pula kisah Peguam Negara yang lemah juga. Patut banyak kes-kes besar negara tak selesai-selesai sebab Peguam Negara takut ambil tindakan. Amat kasihan YAB PM yang berkerja keras siang malam menjayakan transformasi tetapi disekat oleh . pegawai-pegawai yang lemah seperti KSN dan Peguam Negara. Depan penjawat awam bukan main lagi berani tetapi rupa-rupanya ...............................

Tidak mustahil salah satu punca ramai bekas pegawai tertinggi kerajaan memasuki parti pembangkang adalah mungkin kerana ada sesuatu dasar atau program yang tidak dipersetujui sewaktu menjadi pegawai kerajaan namun pada ketika itu suara mereka tidak didengari. Atau mungkin kerana mereka tidak bersetuju dengan pemimpin tertinggi perkhidmatan awam kini yang menjadi bos mereka dahulu dalam penyelewengan dan salah guna kuasa tetapi mereka tidak mampu buat apa-apa dek kerana MENURUT PERINTAH.

Maka parti pembangkang dilihat saluran sesuai untuk mendedahkan segala kepincangan kerajaan akibat kelemahan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan yang terlalu lama berkuasa seperti KSN dan Peguam Negara ini.

Kita pernah kata bahawa pegawai-pegawai tertinggi kerajaan banyak simpan rahsia kerajaan. Yang masuk parti pembangkang kita tidak perlu bimbang kerana kita boleh kenalpasti. Tapi yang membimbangkan kita ialah pegawai tertinggi kerajaan yang  masih berkhidmat tetapi menjadi 'musang berbulu ayam' dengan memberikan maklumat rahsia kerajaan kepada pembangkang akibat tidak berpuas hati dengan bos mereka seperti KSN dan Peguam Negara.

Jadi wahai PM kesayangan rakyat Malaysia. Ambil serius perkara sebegini. Adakah masih memerlukan mereka sebagai penasihat?



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.