Wednesday 23 May 2012

Mengurus perkhidmatan awam sama seperti mengurus padang golf



Arakian KSN pun bertitah:



1. “Mengurus perkhidmatan awam adalah sama seperti mengurus padang golf”

2. “Pengurus kelab golf (KGPA) tidak semestinya orang yang main golf”


Kita dimaklumkan oleh pegawai JUSA bahawa KSN bertitah sedemikian sewaktu majlis beri surat kenaikan pangkat kepada JUSA. Kedua-dua ayat berkenaan menjadi bahan lawak para JUSA selepas majlis berkenaan tamat. KSN dalam ucapannya menceritakan tentang perkembangan positif Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) dan bagaimana KGPA telah berubah selepas dilantik Pengurus Besar yang baru.

Kali pertama kita dengar ayat seperti di atas kita hampir menangis dan ketawa.

Menangis sebab perkhidmatan awam diturun taraf seperti padang golf. Ketawa pula bila kita dengar orang yang cakap seperti itu ialah KSN. Nampak sangat dangkal pemikiran dan wawasan KSN sampai sanggup samakan perkhidmatan awam seperti padang golf! Kenapa mengurus perkhidmatan awam tidak diibaratkan seperti mengurus Negara! Ataupun sama seperti mengurus Dataran Merdeka yang lebih mencabar?

Jika begitu, bolehlah kita samakan jawatan Pengurus Besar KGPA sama dengan KSN. Timbalan Pengurus Besarnya pula sama dengan KPPA. Begitu ye KSN?

Kita nak tanya, adakah KGPA bertanggungjawab kepada para Menteri Kabinet di mana apa saja dasar nak dibuat perlu mendapat kelulusan Kabinet? Adakah Pengurus KGPA merupakan Pegawai Pengawal yang perlu menguruskan peruntukan Kerajaan berbillion-billion? Adakah KGPA termasuk dalam Laporan Ketua Audit Negara? Adakah YAB PM mempengerusikan mana-mana mesyuarat KGPA seperti mana dalam Kerajaan?

Memang benar pengurus kelab golf tidak semestinya orang main golf. Tapi amat bagus jika orang yang pandai main golf jadi pemimpin kelab golf sebab tahu segala keperluan yang diperlukan.

Adakah KSN maksudkan semua pemain golf bukan pemimpin yang baik? Jika begitu, terbuktilah KSN yang gila golf bukanlah pemimpin terbaik maka tidak sesuai jadi KSN. Yang lebih memalukan, ada orang yang tak pandai main golf, tapi sebab jawatannya  maka dia tetap dapat hadiah pada setiap kali permainan (tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup).

Isunya bukan orang pandai main golf atau tidak yang sesuai jadi Pengurus Besar KGPA tetapi KUALITI KEPIMPINAN INDIVIDU itu sendiri. Kebetulan Pengurus Besar KGPA bukan pemain golf tetapi beliau mempunyai kepimpinan yang baik, maka sebab itulah KGPA berubah menjadi lebih baik.

Atau mungkin KSN maksudkan mahu orang luar memimpin perkhidmatan awam? Satu lagi dasar lemah KSN sejak mula jadi KSN.  Jika CEO GLC jadi KSN, adakah beliau tahu kew8, buku vot, KTN dan sebagainya? Bukankah lebih mudah orang yang dah kenal selok belok perkhidmatan awam yang jadi KSN? Yang lebih utama ialah mencari calon dalaman yang terbaik dan disediakan pelan penggantian yang sesuai. Bukan seperti sekarang seolah-olah tiada orang lain yang boleh jadi KSN selain KSN sekarang hingga kontraknya perlu dilanjutkan berkali-kali sampai mati seolah-olah perkhidmatan awam milik KSN Sdn Bhd

Kesimpulannya, pemimpin yang berkualiti dan terbaik adalah bergantung kepada individu. Bukan sama ada beliau pemain golf atau pun tidak. Yang terbaik di kalangan pemimpin yang terbaik ialah yang sedia undur diri  bila tahu orang bawahannya tidak perlukannya lagi sebagai pemimpin.


"Perkhidmatan Awam Malaysia = Padang Golf" kata KSN anda






No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.