Sunday 17 June 2012

Kisah Pengganti KSN

Sekarang ini hampir setiap hari kita dihidangkan dengan artikel dalam Utusan Malaysia dan Malaysian Insider tentang pengganti KSN. Yang disebut-sebut ialah Dato Seri Ali Hamsa. Kita tidak mahu memperkatakan tentang kelemahan beliau seperti yang telah kita ketahui sebaliknya kita ingin mengajak pembaca sekalian untuk melihat kekuatan yang perlu ada sebagai KSN.

Seperti mana semua sedia maklum bahawa menjadi KSN bukan tugas yang mudah. Kita penjawat awam bertuah kerana memiliki nama-nama besar yang telah menjadi KSN sebelum ini. Jika dilihat pada latar belakang KSN sebelum ini, kesemuanya memiliki latar belakang pengalaman yang pelbagai sebelum dilantik sebagai KSN kecuali Tan Sri Sidik Hassan yang berpengalaman dalam bidang perdagangan antarabangsa sahaja. Maka lihatlah apa hasilnya? Perkhidmatan Awam Malaysia menjadi kucar kacir. Segala keputusan besar kerajaan menjadi flip flop kerana dinasihatkan oleh KSN yang serba tidak tahu.

Sebab itu kita perlu lihat bakal KSN akan datang. Adakah beliau memiliki pengalaman dalam bidang keselamatan? Bagaimana dengan dasar dan perkhidmatan awam?

Dalam artikel berkenaan juga dikatakan bahawa Dato Seri Ali hamsa paling layak jadi KSN dengan memaparkan pengalaman perkhidmatan beliau. Siapa yang cakap beliau paling layak? Kesatuan kah? Kroni yang menerima projek dari beliau kah? Atau beliau sendiri sebagai usaha melobi diri sendiri?

Dalam artikel berkenaan juga dimaklumkan bahawa salah seorang calon KSN akan meninggalkan perkhidmatan awam. Kita dimaklumkan bahawa calon berkenaan yang paling senior dan lebih layak dilantik sebagai KSN telah DIPAKSA meninggalkan perkhidmatan awam atas alasan kesilapan membuat gaji yang tidak seragam. Benarkah begitu?

Bukankah SBPA bukan merupakan isu besar lagi kepada kerajaan kini? Adakah mana-mana pihak yang masih meminta atau mendesak calon berkenaan meletakkan jawatan atau meninggalkan perkhidmatan awam sekarang ini atas sebab SBPA? TIDAK! Sedangkan penjawat awam sekarang amat merindui penambahbaikan skim yang terdapat dalam SBPA! dan kita semua tahu bahawa orang yang merosakkan SBPA dengan buat gaji untuk tampung perbelanjaan anak bini sendiri ialah KSN yang telah mempengerusikan mesyuarat SBPA sejak 2007 lagi.  Jadi sekarang penjawat awam nampak KSN sebagai liabiliti kepada kerajaan bukan calon KSN berkenaan sebab itu penjawat awam minta KSN berhenti, bukan calon berkenaan berhenti.

Sebab itu kita minta dihentikan sebarang spekulasi berkenaan pelantikan KSN baru bagi mengelak perpecahan di kalangan penjawat awam menjelang PRU yang semakin dekat. Sebarang kesilapan dan ketidak adilan terutamanya meng'kambing hitam'kan orang lain demi ingin meletakkan calon pilihan sebagai KSN amatlah jijik dan hina serta sudah pasti akan memberi kesan besar terhadap kerajaan yang terpaksa menghadapi tsunami kedua kemarahan penjawat awam dalam PRU nanti.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.