Sunday 17 June 2012

Perlunya Pelan Penggantian

Dalam sesebuah organisasi, perlu ada Pelan Penggantian bagi menyediakan pelapis untuk menggantikan pemimpin.

Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia, amalan ini telah diamalkan sejak dahulu lagi yang menyebabkan Perkhidmatan Awam Malaysia menjadi semakin hebat dalam mengatasi cabaran yang mendatang. Jika dahulu, semua KSU di Kementerian perlu mempunyai pengalaman sebagai TKSU terlebih dahulu bagi memberi pendedahan kepada pegawai sebelum menjawat jawatan KSU. Bakal KSU juga perlu mempunyai pengalaman dalam bidang perolehan dan pembangunan bagi mengelakkan pengurusan hasil yang tidak teratur.

Menjadi TKSU di sesebuah Kementerian dahulu merupakan peluang untuk menjadi KSU di Kementerian yang sama. Sebab itu TKSU dahulu berusaha bersungguh-sungguh menunjukkan kebolehan diri masing-masing untuk dilantik sebagai KSU dan kesannya dapat dilihat pada kementerian itu sendiri. menteri pun gembira memiliki KSU dan TKSU yang hebat-hebat yang memudahkan tugas beliau.

Namun semua ini tidak lagi dipraktikkan sejak Tan Sri Sidik Hasan menjadi KSN. Yang lebih jahanam, bila perkhidmatan awam dibuka kepada orang luar untuk masuk di peringkat lebih tinggi. Lihatlah kesannya.

Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan bahawa pengurusan kewangan beberapa buah kementerian berada di tahap yang membimbangkan. Kesalahan sama dilaporkan sering berulang-ulang. Bukankah ini akibat kelemahan KSU itu sendiri?

Kita ingin tanya kepada Tan Sri Sidik Hasan, jika sesiapa sahaja boleh menjawat jawatan tertinggi kerajaan seperti di peringkat KSU,

  1. Kenapakah tiada orang luar boleh masuk dalam skim Polis dan ATM dan terus jadi Ketua Polis Negara atau Panglima Angkatan Tentera?
  2. Kenapakah calon untuk jadi Ketua Polis Negara adalah daripada Timbalan Ketua Polis Negara dan bukan Pengarah Polis lain di Bukit Aman?
  3. Kenapa Panglima Angkatan Tentera mesti diambil salah seorang daripada tiga Panglimanya? Kenapa tidak Timbalan Panglima Tentera Darat jadi Panglima Angkatan Tentera?
Jawapannya  kerana Polis dan ATM memang menghormati sistem dan pelan penggantian yang mereka amalkan selama ini. Pelanggaran sistem yang telah lama diamalkan akan membuatkan keadaan menjadi huru-hara. Lihatlah kesannya. Tiada rungutan terhadap kepimpinan mereka yang dilantik melalui Pelan Penggantian yang baik.

Tapi dalam perkhidmatan awam selain polis dan ATM, keadaan jadi kucar kacir. Ada yang SUB terus dilantik sebagai KSU seolah-olah tiada calon sesuai dari kalangan TKSU di semua kementerian untuk dilantik KSU.

Terkini apabila bakal KSN yang akan dilantik dari calon yang merupakan Ketua Pengarah di sebuah agensi yang kecil tetapi mempunyai kuasa besar dalam kerjasama dengan sektor swasta. Tiada langsung pengalaman dalam dasar dan hal ehwal perkhidmatan awam. Tiada langsung pengalaman dalam keselamatan negara. Tiada langsung pengalaman dalam pentadbiran tanah dan daerah.

Jadi dimanakah pelan penggantian KSN? Tiada juga kepentingan senioriti kerana KSN Sidik Hasan sewaktu jadi KSN dulu pun telah memintas ramai lagi senior yang lebih berkelayakan. Adakah Sidik Hasan lebih layak daripada Tan Sri Aseh Che Mat pada ketika itu? Sudah pasti tidak!

Tapi akibat permainan politik pada ketika itu, maka kita terlepas permata yang menyinar seperti Tan Sri Aseh yang dikambinghitamkan dan dilantik KSN seperti Sidik Hasan ini yang teramat haprak.

Dalam Islam, kita tahu bahawa sewaktu solat jemaah, sekiranya imam terbatal wudhuk, maka orang paling hampir sekali di belakang imam perlu mengambil tempat imam berkenaan. Bolehkah orang di barisan kedua mara ke hadapan dan menggantikan imam berkenaan? Apakah kesannya?

Walaubagaimanapun, kita pasti akan terus mengenang sumbangan, jasa dan warisan peninggalan Sidik Hasan yang serba tak tahu selagi mana kita masih berkhidmat 20 atau 30 tahun akan datang.

Kini, adakah sejarah 'kambing hitam' akan berulang kembali?

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.