Thursday 29 November 2012

Sidik Hasan Tidak Dialu-alukan Sebagai Pengerusi Petronas?

Dipetik dari:



11:47 PM  MEGABIDAMAN  

Agak mengecewakan bila mendengar bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan dilantik menjadi pengerusi Petronas . Petronas ialah 'big player' in oil and gas industri dalam dunia seharusnya diterajui oleh orang yang mempunyai latar belakang minyak dan gas jugak . Aku bukan lah nak perlekeh pegawai kerajaan , tapi PETRONAS is a 'big deal' for the country . Banyak professional2 yang hebat dalam PETRONAS ni , bagi aku PETRONAS berada dalam kelasnya yang tersendiri dan bukan calang2 orang boleh menerajui PETRONAS .

Misalnya bekas Ketua Pegawai Eksekutif Petronas , Tan Sri Hassaan Merican ,gandingan beliau dan otak bijak Tun Dr. Mahathir telah meletakkan Petronas berada sama tinggi dengan syarikat2 minyak dan gas yang terkemuka di dunia . Aku bekerja dalam bidang Oil & Gas dan rasa tak berapa senang dengan perlantikan Tan Sri Sidek Hassan sebagai pengerusi Petronas , apatah lagi staf2 Petronas sendiri . Aku amat berharap keputusan perlantikaan Tan Sri Sidek Hassan ni dinilaikan semula. Seseorang yang lebih memahami selok belok industri minyak dan gas lebih diperlukan.

Semasa dalam sektor awam , banyak kakitangan kerajaan berpendapat Tan Sri Sidek Hassan ni 'liabiliti' . Banyak keputusan beliau tidak 'popular' dan menekan kakitangan awam . Adalah amat membimbangkan perlantikan beliau dalam Petronas akan menimbulkaan satu cerita lain pulak !Aku check biodata Tan Sri Sidek Hassan dan dapati Oil & Gas business adalah satu perkara baru pada beliau . Timbul kerisauan disini sekiranya gaya pentadbiran beliau di sektor kerajaan terbawa-bawa di Petronas . Seperti yang aku cakap tadi, ramai professional & tenaga mahir di Petronas , dan syarikat2 Oil and Gas luar negara terutama dari Timur Tengah memang tunggu masa nak 'tangkap' mereka ni . Bayangkan kalau berlaku penghijrahan secara beramai-ramai tenaga professional ini , apa akan jadi pada Petronas ?

Comments:

Anonymous says:
June 24, 2012 12:42 AMReply
DS Najib tolong revoke dan lantik pengurusi yang professional dan mempunyai pengalaman dan ilmu yang mendalam dalam bidang petroliam dan tenaga. Tranformasi perlu pengerusi yang bertenaga dan pencetus perubahan yang positif!.
Kes macam ni yang buat professional fed up sokong BN. Fikir fikirkan la,

Anonymous says:
June 24, 2012 1:02 AMReply
SOMETHING IS VERY WRONG SOMEWHERE....
June 24, 2012 1:19 AMReply
Udah2lah tu. Duduk rumah makan pencen pun tk habis.

are5th says:

June 24, 2012 11:47 AMReply
bila politik lbh penting dari business survival...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.