Thursday 29 November 2012

Sidik Hasan Tidak Dialu-alukan Sebagai Pengerusi Petronas 2?

Dipetik dari:


Sidek Hasan akan hancuskan pula kepentingan Melayu dalam Petronas
Posted by The Unspinners at 6/25/2012




Tahniah Tan Sri Sidek Hassan, mantan KSN. Kita akurlah dengan perlantikan beliau sebagai Pengerusi Petronas yang baru. Sejak Hassan Merican bersara jawatan Pengerusi dipangku oleh Shamsul Kamar, Presiden Petronas. Mungkin tidak ada sesiapa yang layak dan terpaksa menunggu hingga Tan Sri KSN tamat kontrak sebagai KSN.

Jasa beliau sepanjang menjadi KSN sangat besar dalam memastikan peluang secara adil dan saksama diukur berasaskan meritokrasi. Sejak pentadbiran beliaulah bumiputera tahu apa itu persaingan dan daya saing.

Sejak itu jugalah bumiputera pandai berjalan tanpa tongkat untuk menyaingi pelari pecut dalam acara trek dan padang ekonomi. Tiada lagi agenda bumiputera atau apa-apa keistimewaan di dalam merebut kedudukan teratas dalam larian jarak jauh 1500 meter kek bulat ekonomi. Dengan hanya berbekalkan semangat, bumiputera dengan menggagahkan diri, terpaksa turun padang bersaing dengan pelari handalan lain yang terlatih, sehat dan punya steriod sebagai tambahan.

Walaupun trek dan padang tidak samarata dan trek yang dilalui oleh bumiputera lekuk-lekak dan berlopak, berbanding dengan trek bukan bumiputera, peraturan larian dan sistem penilaian yang digunapakai adalah sama dan menurut garis panduan yang ditetapkan oleh majlis sukan ekonomi liberalisasi antarabangsa.

Peraturan dan kriteria pemilihan peserta acara kek ekonomi ini juga tidak perlu dilakukan menurut kategori umur, liteweight atau heavyweight. Peninju bumiputera yang punya keberatan 60 Kg terpaksa bersaing dengan peserta seberat 125 kg yang makan 20 biji telur ayam kampong dan 3 kg daging se hari. Peninju bumiputera hanya mengamalkan diet makan ketuk ubi dan pisang rebus.

Tetapi demi peraturan meritokrasi liberalisasi, bumiputera tiada pilihan melainkan terpaksa akur dengan segala peraturan daya saing yang telah ditetapkan.

Mungkin sistem meritokrasi di Petronas akan mampu berjalan secara lebih berkesan selepas ini apabila ia dipimpin oleh mantan KSN. Sistem tongkat vendor Petronas yang hidup segan mati tak mahu di dalam Petronas sekarang ini mungkin akan dipotong terus seperti pengidap penyakit kencing manis, sebagai jalan pintas untuk melahirkan rupabentuk usahawan meritokrasi sehat melalui daya saing.

Sekalung tahniah buat Tan Sri Sidek Hassan di atas segala jasabakti di dalam mengubah minda bumiputera sehingga bumiputera hati ini, walaupun bersaiz ketot, tiada glove dan tiada musk, tapi tetap berani bertinju dengan peserta yang bersusuk tubuh besar serta lengkap dengan segala alat perlindungan.

Mungkin sejarah kehebatan 313 ahli badar pimpinan Rasulallah saw dengan hanya bersenjatakan pelepah tamar dan unta yang kurus kering berjaya mengalahkan tentera Kafir Quraisy yang lengkap dengan 1000 kuda berpelana lengkap, akan berulang di tanahair nenek moyang kita.

Ini semua adalah hasil dari penstrukturan semula minda bumiputera secara berani buta dengan beraninya telah membuang tongkat seperti yang direncana oleh mantan KSN ini.
Kepal Nasi Kepal Beras
16 comments:
Anonymous says:
June 25, 2012 12:59:00 PM GMT+08:00
Pelik gak Mantan KSN sidek ni yang pelingkup SBPA di lantik Pengerusi Petronas lingkup lagi la mcmana niii.. reviewww balik Pan Najib.. bahaya leh kadi isu.. kes rasuah selewing pegawai atasan dalam kemeenterian beliau tak serius siasat rasuah beluasa ke kementerian Pengajian Tinggi di tutup jee ada masukk keee persent KSN dan KSU KPT.... jangan tutup akan tebuka juga pekung mu...
Anonymous says:
June 25, 2012 1:20:00 PM GMT+08:00
Saya pun heran pasai apa orang besaq2 ni bila pencen boleh pegang jawatan lagi. Kita, orang biasa ni sebut saja pencen, dah tentu tak ada kerja dah. Semacam tak masuk dah pendapatan setiap bulan, kalau tak berpencen.

Mari kita buat demo tolak orang macam ni. Jangan jadi macam Musa Husang sudah.
RD
Anonymous says:
June 25, 2012 1:39:00 PM GMT+08:00
aku rasa sejarah akan berulang..sbpa ini atas kesilapan manusia ini..patutnya lantik orang profesional utk uruskan petronas..keputusan ini akan sebabkan petronas akan terlingkup mcam MAS juga..petronas dalah entiti yang amat penting negara..kalu org mcm ni naik maka pentadbiran awam akan dibawa ke pentadbiran koporat..maka ranaplah petronas..
Anonymous says:
June 25, 2012 1:47:00 PM GMT+08:00
apa beza antara dia dgn idris jala? kong kali kong jugak!
zack says:
June 25, 2012 1:49:00 PM GMT+08:00
Tak ada orang lain ke wei? dia ni kaki ampu!

Mana sama tadbir koperat dengan governance..

lingkup petronas! baru nak bersih UMNO dari cop kroni dah bertempek balik cop kroni kat umno..lu pikir la sendiri najib oiii!
Anonymous says:
June 25, 2012 2:30:00 PM GMT+08:00
Senang saja. Bumiputera yang perlu tongkat akan diberi tongkat. Bumiputera yang sudah mampu bersaing dan tak perlu lagi tongkat, tak akan dipaksa untuk bertongkat.
Moshe says:
June 25, 2012 3:03:00 PM GMT+08:00
Mohon komen,

Sidek Hasan dah terbukti yg dia ni 'fumbler'. Oleh kerana itu akibatnya banyak negatif kepada perjuangan bangsa melayu.

Ingat peranan dia dalam PEMUDAH. Apa yg dikatakan oleh Cina yg jadi pengerusi bersama beliau tu di ikut aje sampai menyentuh perkara perkara luar skop. Cina tu pula pandai bila pada mula mula ujudnya Pemudah sudah puji si sidek ni mengunung dan telah syorkan banyak cadangan imbuhan untuk sidek. Akhirnya Sidek ni hilang pedoman le dah semuanya mesti meritocracy, tada cerita bumi dalam Model Baru Ekonomi, tak de program khas untuk bantu bumi dll. sampai ke emolumen pegawai kerajaan pun dia fumble.

La! ni pulak di lantik Pengerusi Petronas.... Biar betul. Ingat ye Petronas tu di bangunkan pada tahap kosong hingga melimpah ruah masa time Hassan oleh anak anak melayu ye! Semua atas ketegasan YBHG Dato'Abdullah & geng bukan orang orang jenis murah hati dan mudah cair.
Anonymous says:
June 25, 2012 9:17:00 PM GMT+08:00
Prove me wrong that this is not Najib`s blunder.
Anonymous says:
June 25, 2012 10:09:00 PM GMT+08:00
Apa ni PM.Dah macam takde calon lain dalam Malaysia ni.Macam lah org lain dalam Malaysia ni BODOH.Kena Jugak Pakai si Bangang dan bahlol Sidek Hasan.Kaki BODEK dgn kaki AMPU mamat.Kalau macam ni baik aku sokong PKR je,modus operandi dah serupa asyik2 org yg sama je.Ubahlah PM bagilah muka baru.Ingat 40 peratus pengundi Muda.....
hangkedee says:
June 25, 2012 10:40:00 PM GMT+08:00
Macam tak ada orang lain dah.cth.vhong wei teraksa main walaupun dah jadi kuda tua.
Anonymous says:
June 26, 2012 1:27:00 AM GMT+08:00
non executive chairman la.... tak ada kuasa apa pun, jadik pak pachak saja, makan elaun buta.


sama aje dgn bekas KSN yang lain yang jadi chairman di PNB, Putrajaya.

kena lah faham makna non exec dengan exec chairman.
Anonymous says:
June 26, 2012 12:57:00 PM GMT+08:00
Kat mana kata dia punya post non exec? Merata cari tak jumpa.
June 26, 2012 4:01:00 PM GMT+08:00
sapa lah pergi ambil org tua ni...mcm dah takde org lain pulak..memang lingkuplah kerajaan lepas ni
Anonymous says:
June 27, 2012 9:56:00 PM GMT+08:00
Ini yang aku tak berkenan dengan kerajaan. Dah pencen sudahlah. Dahlah dapat lanjutkan pegang jawatan KSN bertahun tahun. Dah tu bagi jawatan tinggi gaji buta. Letak berok dari hutan kalimantan lagi bagus. Pencen beribu ribu. Petronas bayar berapa pula untuk goyang kaki?
Anonymous says:
June 27, 2012 9:59:00 PM GMT+08:00
Ini yang aku tak berkenan dengan kerajaan. Dah pencen sudahlah. Dahlah dapat lanjutkan pegang jawatan KSN bertahun tahun. Dah tu bagi jawatan tinggi gaji buta. Letak berok dari hutan kalimantan lagi bagus. Pencen beribu ribu. Petronas bayar berapa pula untuk goyang kaki?
Anonymous says:
June 28, 2012 10:46:00 AM GMT+08:00
mana ada lubuk emas disitu lah ada orang2 macam ini.Esok syarikat2 ini merudum depa lah orang pertama cabut dulu.Kesah sbpa pun masih terngiang dalam kepala gomen servant.Ini pulak nak mengtransformkan glc.Dah la yang ada dalam GLC sekarang haru biru ditambah pulak puak2 macam ini.Kalau tak percaya,Tanyalah executive2 bawahan di syarikat-syarikat GLC sekarang yang akan memberi impak dikertas undi nanti..
_________________________________________________________________________________
Komen kita:

Kesian Sidik  Hasan. Dalam Perkhidmatan Awam pun dianggap liabiliti. Nak masuk Petronas pun orang menyampah. Memang dah nasib jadi sumpahan masyarakat kot.

P/S: Perkhidmatan Awam sudah pun tuan jahanamkan. Ingin jahanamkan Petronas pulak ke pakcik Sidik?


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.