Monday 21 January 2013

Mr Presiden Skim 'Elit'

Bila berbicara dengan pesara kanan tentang isu penggunaan kalimah Allah dan Bible dalam Bahasa Melayu, kita terfikir "alangkah bagusnya kalau Kerajaan mempunyai penasihat yang berani dan bijak seperti beliau"

Dalam Perkhidmatan Awam, kita sudah tiada pemimpin yang mampu menasihat Kerajaan dengan baik. Mungkin ada, tapi tiada yang berani sebab nak jaga periuk nasi sendiri.

Teringat sewaktu ada rakan dari Skim 'elit' menyatakan rasa kecewa dengan Presiden Persatuan yang baru dilantik. Rakan ini maklumkan bahawa sewaktu diadakan AGM untuk memilih Presiden Persatuan Skim Elit yang baru sebelum ini, tidak pernah dewan akan penuh dengan ahli persatuan Skim Elit ini. Namun, pada pemilihan yang lalu, dewan telah penuh sesak dengan ahli-ahli persatuan terutamanya pegawai muda. Semuanya hadir kerana ingin lihatkan pembaharuan dibuat dalam persatuan berkenaan yang dilihat lesu dan tidak berbuat apa-apa terutamanya apabila skim berkenaan dihentam teruk oleh skim lain.

Ahli persatuan dicanangkan bahawa nama calon Presiden yang dilobi kepada mereka merupakan calon terbaik kerana berani bersuara walaupun mereka sendiri tidak kenal siapa calon berkenaan. Bila tamat pemilihan, dapat dilihat bahawa semua pemimpin persatuan berkenaan terdiri daripada muka-muka baru (termasuk calon Presiden yang telah dilobi turut menang dengan undi majoriti) kerana ahli persatuan telah hilang kepercayaan kepada barisan pemimpin yang lama.

Tetapi rupa-rupanya, bila memegang kuasa sebagai Presiden, situasinya tetap sama macam dulu. Rupanya bila selesa berkuasa, terus berubah jadi penakut, tambahan pula Presiden berkenaan telah mencanangkan dirinya sebagai calon jawatan No 2 dalam Perkhidmatan Awam Malaysia. Maka perkataan "PROFESIOANL" telah dijadikan alasan untuk diam tanpa tindakan.

Benarlah kata orang, bila susah, tiada siapa yang berani membantu. Lebih teruk bila ia terjadi kepada Ketua Perkhidmatan sendiri. Sewaktu isu KPPA, yang berani bersuara ialah pesara-pesara kanan Kerajaan bila mana mereka berani memberikan pandangan melalui surat yang dihantar kepada YAB PM tapi mana persatuan yang ahlinya 'elit'?

Pegawai-pegawai muda skim 'elit' berkenaan juga berani bersuara bila menyatakan bantahan melalui laman sosial dan sebagainya. Tapi mana Pegawai kanan Skim Elit berkenaan? Mana Presiden yang baru dilantik? Tidak ada sebarang kenyataan langsung dikeluarkan sedangkan ahli-ahli melantik beliau untuk menjaga kebajikan ahli persatuan dan skim perkhidmatan.

Tambahan pula KPPA lah yang telah menyelamatkan Presiden berkenaan sewaktu kemelut Presiden berkenaan di sebuah negeri yang ditadbir pembangkang dahulu sehinggakan jadi 'CEO' di sebuah Kementerian. Sedangkan kalau lihat prestasi, ada pemimpian negeri lain yang lebih maju yang lebih lawak dibawa ke Persekutuan. Jika tiada KPPA, agak-agaknya apa tindakan Sidik Hasan terhadap Mr President ya? Lupakah wahai Mr President?

Tapi rupa-rupanya Presiden ini pun tidak mahu berbuat apa-apa, kerana menjaga reputasi selaku calon jawatan No. 2 Perkhidmatan Awam dengan menggunakan alasan "PROFESIONAL". Bila tidak kena batang hidung sendiri boleh lah cakap "PROFESIONAL". Sekali kena batang hidung sendiri, hilang profesional.

Jika tidak berani, sekurang-kurangnya kenanglah jasa orang yang pernah membantu anda wahai Mr President!



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.