Friday, 23 March 2012

MTSU Teraniaya?

Berita Harian Online

MTSU mahu CUEPACS teruskan usaha SBPA
2012/03/09

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung (MTSU) mahu CUEPACS meneruskan usaha Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dibatalkan.

MTSU adalah anggota gabungan CUEPACS.

Setiausaha Agungnya, Samuel Devadasan, berkata pendirian CUEPACS selama ini untuk menamatkan SSM bagi mewujudkan sistem gaji lebih baik kepada anggota sektor awam.

"MTSU kecewa apabila SBPA dibatalkan manakala SSM dikekalkan dengan sedikit penambahbaikan," katanya ketika ditemui di bangunan CUEPACS sebentar tadi.

Samuel berkata, mesyuarat CUEPACS yang bermula kira-kira jam 3 petang tadi juga berlangsung dalam keadaan "panas" apabila kebanyakan pemimpin yang menghadirinya meluahkan rasa tidak puas hati dengan pembatalan SBPA.

Katanya, SBPA memberi semangat serta nafas baru kepada anggota sektor awam sebaliknya kini ia dibatalkan.

"MTSU berharap supaya SBPA dapat dilaksanakan manakala SSM dibatalkan," katanya.
 _________________________________________________________________________________


Selepas kenyataan berkenaan, Setiausaha Agungnya dipanggil oleh KSN dan ditegur supaya tidak membesar-besarkan perkara ini di media. Kita boleh lihat tiada kenyataan lagi daripada MTSU selepas itu.

Persoalannya, kenapa sewaktu CUEPACS mula menggunakan media berkenaan isu SBPA, CUEPACS tidak dipanggil dan ditegur supaya jangan gunakan media? KSN sendiri beri lampu hijau kepada CUEPACS. Kenapa? Supaya KSN juga boleh jadi hero penjawat awam agar peluang untuk sambung kontrak KSN yang bakal tamat Jun nanti semakin cerah. Lihatlah kesannya kini. YAB PM dimalukan di Parlimen akibat SBPA ini.

Tetapi, penjawat awam kini sudah bijak menilai siapa petualang yang memalukan YAB PM...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.