Showing posts with label SBPA. Show all posts
Showing posts with label SBPA. Show all posts

Sunday, 10 June 2012

Kenapa KSN nak sangat luluskan SBPA?


Semalam kita para bloggers Putrajaya bertemu dan berbincang mengenai pakcik KSN yang dikhabarkan nak sambung kontrak KSN dengan mengkambinghitamkan KPPA. KSN cakap SBPA salah KPPA seorang sedangkan KSN yang pengerusikan mesyuarat SBPA sejak 2007 mengguna pakai cadangan HayGroup di mana Tan Sri Ismail Adam kini menjadi penasihat 25 percent nya. Tak habis-habis lagi kah dendam kesumat KSN?

Oleh kerana KSN masih nak sambung kontrak dengan kambinghitamkan KPPA, mari kita lihat teori berikut:

Teori 1:
KSN sedang bina banglo berharga hampir RM3juta di Putrajaya. Dah siap pun tapi KSN tak reti nak keluar dari kuarters KSN tu. Jadi loan KSN masih banyak belum dilangsaikan.

Ini bukan banglo baru KSN. Tapi rumah di Taman KSN Kadok di Kelantan. KSN Kadok? hehehee


Teori 2:
Anak KSN akan melanjutkan pengajian ke luar Negara iaitu ke UK, iaitu Negara pilihan anaknya sendiri walaupun anak KSN tidak layak sebab ranking semasa penilaian adalah paling bawah. Ikutkan ranking tu patut masuk IPT dalam Negara je la tapi sebab anak KSN… Cuba kalau anak kita, dapatkah ke luar Negara dengan pilihan Negara sendiri kalau ranking paling bawah? Jangan harap! Jadi sudah pasti KSN memerlukan perbelanjaan yang besar untuk tanggung anaknya kelak yang dijangka akan ke luar Negara pada tahun hadapan.

Anda ingin ke UK tanpa perlu bersusah payah seperti saya? Jadilah anak KSN


Teori 3:
Isteri KSN tidak berkerja. Sedangkan isterinya mengamalkan gaya hidup mewah dengan handbag dan pakaian mahal-mahal walaupun berasal dari kampong je. Jadi sukar untuk KSN tanggung loan rumah, perbelanjaan isterinya dan anaknya belajar ke luar Negara kelak.

Pandanglah lihatlah rantai, handbag dan baju I...

Penyelesaian:

Jadi apa penyelesaian untuk selesaikan loan rumah dan tanggung anaknya ke luar negara? Selain dari menyuruh menantunya 'orang putihnya' meminta projek kerajaan, KSN pun luluskan SBPA disaat hampir dengan persaraannya. Sedangkan pada 2008 dan 2010, KSN yang cadang pada Mesyuarat Kabinet supaya SBPA ini ditangguhkan. Kenapa tidak ditangguhkan pada kali ini di waktu hampir persaraan KSN dan hampir PRU? Supaya KSN dapat gaji yang lebih tinggi, maka boleh dapat pencen yang tinggi dan ganjaran kontrak sebagai KSN yang lebih tinggi selepas diselaraskan menggunakan kiraan formula gaji SBPA.

Selain itu KSN dapat gunakan isu SBPA ini untuk kambinghitamkan KPPA (yang dikatakan calon menggantikan KSN) dan meminta sambung kontrak KSN. Tapi KSN lupa kuasa Allah SWT.. Penjawat awam kini nampak bahawa KSN yang terlibat sepenuhnya dan bersalah dalam SBPA.

Perlu diingat sekali lagi bahawa KSN yang pengerusikan mesyuarat pembentukan SBPA ini sejak 2007 di mana KPPA pada ketika itu ialah Tan Sri Ismail Adam. KPPA Tan Sri Abu Bakar hanya meneruskan apa yang telah dibuat sejak 2007 dan yang telah diluluskan kerajaan pada 2008 dan 2010.

Seperti yang kita cakap, segala info di blog ini berdasarkan fakta. Jangan sampai kita dedahkan dokumen-dokumen sulit bagi menguatkan hujah kita untuk menangkis fitnah dan sikap tidak bertanggungjawab KSN yang serba tidak tahu!

Ini zaman teknologi maklumat. Maklumat boleh tersebar dengan cepat. Apa yang KSN buat semuanya sedang diperhatikan. Cukup-cukuplah wahai KSN. Anda memalukan institusi KSN juga sebenarnya dengan menampakkan kelemahan dan kebodohan yang jelas lagi nyata sebab penjawat awam kini tidak bodoh untuk membuat penilaian!

Jadi kerajaan yang mendengar denyut nadi rakyat, di manakah keadilannya di sini untuk lanjutkan kontrak KSN dan kambinghitamkan KPPA? Apakah kerana KSN mempunyai akses untuk bertemu PM setiap hari, maka PM lebih mudah percaya KSN sedangkan penjawat awam nampak KSN sebenarnya 'musang berbulu ayam' dalam kerajaan dan paling tidak boleh dipercayai!



Thursday, 19 April 2012

Mari selesaikan masalah

Diterima dari seorang pengadu :


Encik A (junior) dan Encik B (senior) berada di skim dan gred yang sama iaitu DG44. TPG Encik A (junior)  ialah Jan, TPG Encik B (senior) ialah Okt.

Pada 31/12/2011, Encik A (junior) berada pd T5 dan Encik B (senior) berada pada T6. Perbezaan tangga gaji ini jelas menunjukkan bhw mereka dari batch yang BERBEZA (junior dan senior). Ini kerana pada 31/12, semua org sudah naik w'pun mereka mempunyai TPG yang berbeza. 

Ini bermaksud, jika mereka dari batch yang SAMA, mereka mempunyai T yg SAMA pd 31/12. Dalam contoh ini, perbezaan T (iaitu T5 dan T6) pd 31/12 dengan jelas menunjukkan bhw mereka dari batch yang BERBEZA (junior dan senior).

Pada 31/12/2011, gaji Encik A (junior) pd T5 ialah RM3584.11. Gaji Encik B (senior) pd T6 ialah 3734.39.

Pada 1 Jan 2012, pindahan gaji 13% membolehkan Encik A (junior) mendapat gaji (1.13 x 3584.11) + KGT 250 =RM4300.04. Encik B (senior) mendapat gaji (1.13 x 3734.39) =4219.86. Dapat dilihat Gaji A (junior) MELEBIHI gaji B (senior).

Nota:  Encik A (junior) layak KGT 250 segera kerana TPG Jan, sedangkan Encik B (senior) belum dapat KGT kerana TPG Okt.

Gaji Encik A (junior) MELEBIHI gaji Encik B (senior) berlarutan sehinggalah Okt 2012, iaitu TPG Encik B (senior). Selepas 3 bulan (Jan 2013), iaitu TPG Encik A (junior), gaji Encik A (junior) akan MELEBIHI gaji Encik B (senior) semula.

Ini BERULANG setiap tahun. Encik B (senior) hanya mempunyai kelebihan gaji (berbanding Encik A) untuk 3 bulan sahaja (Okt hingga Dis).

Fenomena gaji junior melebihi gaji senior TIDAK pernah terjadi dalam SBPA dan SSM!


_____________________________________________________________________________________________

Komen kita:

Masalah senior junior ini belum habis nampaknya. Malah lagi teruk bila diberi SSM Plus!.

Mana KSN yang pengerusikan mesyuarat SBPA dan SSM Plus?

Mana CUEPACS?

Yang jadi mangsa ialah KITA!


SBPA : Sidik Berhenti, Pegawai Aman






Wednesday, 4 April 2012

SBPA memalukan Kerajaan?

Mari kita lihat siapa yang memalukan kerajaan dalam SBPA ini.

YAB PM telah umumkan dalam Bajet 2012 tentang SBPA ini. SBPA telah menjadi dasar kerajaan yang perlu penjawat awam jayakan. SBPA telah dipersetujui CUEPACS dan JPA melalui MoU yang ditandatangani bersama pada 28 Disember 2011.

Tetapi bila awal tahun 2012, KSN telah memanggil CUEPACS tanpa kehadiran JPA. Selepas pertemuan berkenaan, CUEPACS dilihat berpaling tadah dari MoU yang telah dipersetujui dan semakin agresif menentang SBPA tanpa CUEPACS sedari bahawa mereka menentang dasar kerajaan!

KSN juga memulakan usaha memburukkan SBPA bila bertemu penjawat awam dan pengurusan tertinggi dengan mengatakan beliau tidak tahu menahu tentang SBPA dan menyalahkan JPA.

KSN juga cadangkan kepada kerajaan agar membatalkan SBPA dan digantikan dengan SSM Plus. Sedangkan JPA, CUEPACS dan Pasukan Semakan SBPA cadang hanya gaji sahaja dibuat semula tanpa pembatalan SBPA.

Kita tahu selepas pembatalan SBPA, ia bagaikan memberi bola tanggung kepada pembangkang untuk menyerang kerajaan dalam Parlimen dengan mengatakan kerajaan flip-flop dalam membuat sesuatu dasar.

Malah yang lebih teruk, kerajaan memberikan sesuatu yang lebih buruk iaitu SSM Plus yang menyebabkan ramai penjawat awam mendapat gaji dan skim yang LESS FAVOURABLE dari SBPA. Ini jelas bertentangan dengan siaran akhbar KSN bulan Januari lalu.

Maka, siapakah yang memalukan kerajaan?

Kita tahu KSN dan Presiden CUEPACS berada dalam jawatan kontrak.  Jadi SBPA ini merupakan peluang kepada mereka menunjukkan belang mereka sebenar. Seorang daripada mereka mengharapkan dilantik sebagai Senator. Seorang lagi pulak berharap dapat menyambung kontrak.

Namun kita berpendapat KSN yang bertanggungjawab atas semua ini kerana membenarkan CUEPACS membuat sesuka hati dan memberikan nasihat yang salah kepada kerajaan!

Jika PRU 2008 lalu KSN beri nasihat yang salah kepada kerajaan berkaitan isu bonus, kini KSN beri nasihat yang salah sekali lagi berkaitan SBPA. Kedua-dua isu melibatkan penjawat awam. Malangnya, kali ini pun di saat hampir dengan PRU juga!

Tuesday, 3 April 2012

KSN berpakat untuk sabotaj SBPA?

Krew kami mendapat jawapan tentang persoalan di atas apabila berbual dengan seorang pegawai senior yang hampir pencen. Beliau maklumkan ada kemungkinan KSN berpakat dengan CUEPACS dan Pegawai Pengurusan Tertinggi untuk memburuk-burukkan SBPA. Jika berjaya menguburkan SBPA, pasti KPPA pun 'terkono' dan peluang KSN untuk sambung kontrak adalah cerah!

Yang pertama sekali KSN berpakat dengan CUEPACS untuk besarkan isu ini di media walau KSN tahu (atau mungkin TAK TAHU seperti biasa) satu MoU telah ditandatangani antara CUEPACS dan JPA untuk selesaikan semua masalah secara dalaman. "Kalau tiada 'God Father' belakang CUEPACS, takkan CUEPACS boleh bertindak sejauh itu" ujar beliau. Betul juga tu.

Kedua, KSN berjaya lantik Tan Sri Ismail Adam (TSIA) yang memang seorang pendengki dan suka aniaya penjawat awam semasa jadi KPPA dulu. TSIA semasa jadi KPPA memang ramai juga ditamatkan pemangkuan dan di hantar ke 'kolam'. Maka TSIA yang memang anti KPPA itu telah sering bertemu dengan YAB PM dan buruk-burukkan SBPA. Sedangkan kita mula nampak bahawa SBPA ini dimulakan sewaktu zaman TSIA jadi KPPA lagi pada tahun 2007! Dan lupakah TSIA, HayGroup yang TSIA merupakan rakan kongsinya sekarang, adalah merupakan perunding yang membuat cadangan gaji seperti mana dalam SBPA!

Ketiga, mana-mana KSN pergi dalam sesi bertemu penjawat awam di seluruh Malaysia, KSN akan cakap beliau TIDAK TAHU MENAHU BERKENAAN SBPA dan maklumkan JPA PANDAI-PANDAI BUAT SENDIRI SBPA. KSP juga turut diheret dalam kemelut SBPA ini dengan mengatakan KSP TIDAK TAHU BAJET SBPA. Wahai KSN budiman, jika KSP tidak tahu bajet, bagaimana YAB PM boleh umumkan pembentukan SBPA dalam Bajet 2012?

Keempat, dalam mesyuarat Kabinet, pegawai senior berkenaan maklumkan ada Menteri beritahu beliau bahawa KSN sering burukkan SBPA dan mengatakan TIDAK TAHU MENAHU TENTANG SBPA!

Akhirnya usaha KSN ini telah berjaya menonjolkan bahawa KSN seorang yang suci, beriman dan tidak bersalah dalam SBPA ini. Sebaliknya KPPA yang terpalit najis dalam kemelut SBPA. Integriti lah katakan.....

Mungkinkah.... ???
 

Sunday, 1 April 2012

Siapa Yang Sebenarnya Mahu Batalkan SBPA?

Kita tertanya-tanya, kenapa nasib dan masa depan penjawat awam kini diletakkan di tangan KSN yang sudah bersara dan tidak akan menerima kesannya jika apa-apa berlaku dalam perkhidmatan awam seperti mana yang berlaku dalam kemelut SBPA ini?

KSN dah terima pencen, terima lagi gaji kontrak. Apa yang berlaku dalam perkhidmatan awam selepas ini, beliau tidak perlu risau kerana beliau akan tamat kontrak dan telah nikmati segalanya! Yang tinggal nanti ialah KITA yang perlu perbetulkan segala kerosakkan yang telah dibuat KSN!

Kita tahu bahawa CUEPACS tidak meminta SBPA dibatalkan tetapi meminta kajian semula gaji yang dikatakan tidak adil dan mana-mana yang baik dalam SBPA seperti SKIM terus digunakan..

Kita tahu JPA tidak meminta SBPA dibatalkan tetapi bersedia membuat rombakan semula gaji mengikut cadangan CUEPACS.

Kita juga tahu dalam laporan Task Force Penambah baikan SBPA kepada YAB Perdana Menteri juga menyatakan SBPA adalah lebih baik memandangkan semua penjawat awam akan menikmati kenaikan gaji tahunan dua kali dan skim dalam SBPA lebih baik berbanding SSM maka SBPA tidak perlu dibatalkan sebaliknya struktur gaji perlu dibuat semula.

Jadi, sudah terang lagi bersuluh, yang minta SBPA ini dibatalkan ialah KSN! Kenapa? Adakah kerana KSN dengki penjawat awam lain terutamanya KSN selepas beliau menikmati pencen yang lebih tinggi? Atau mungkin KSN tidak suka SBPA kerana SBPA = Sidik Bersara, Pegawai Aman? :-)

Tapi kini bila kembali semula ke SSM yang LESS FAVOURABLE dari SBPA, ramai penjawat awam mula bercakap  bahawa SSM ialah Sidik Suka Menipu!




SSM PLUS Lebih Baik Dari SBPA?

Pekeliling mengenai SSM Plus (satu lagi projek Kerajaan Sidik Hasan) telah dimuatnaik di laman web JPA. Pekeliling ini telah dimuktamadkan oleh KSN. Jadi jangan lepaskan diri sekali lagi ye KSN bila ramai tidak berpuas hati selepas ini seperti mana tuan lepaskan diri dalam kemelut SBPA!

Rata-rata nampak seperti berpuas hati dengan GAJI, walaupun ramai juga yang terima gaji yang berkurangan dari apa yang ditandatangani dalam opsyen SBPA!

Ramai penjawat awam juga tidak sedar kekurangan yang amat ketara dalam pekeliling SSM Plus ini iaitu dari segi SKIM. Lihatlah dengan teliti skim masing-masing.

Para guru khususnya tidak lagi menikmati Skim Bersepadu yang menjejaskan peluang kenaikan pangkat.

Penjawat awam yang gajinya dah langgar dinding, akan terus melanggar dinding!

Angkatan Tentera Malaysia juga menjadi lebih teruk bila mana kelayakan masuk yang lebih tinggi dibatalkan..

Para pensyarah dan doktor pakar juga menerima nasib yang buruk juga berbanding SBPA.

Para penjawat awam di gred J dan G juga menerima skim yang lebih teruk dari SBPA.

Para pemandu, PAR, PAP yang dinaikkan ke gred 11 apabila gred 10 dan ke bawah dimansuhkan, kini kembali ke gred 10 dan ke bawah.

Jadi mana janji KSN dalam kenyataan media Januari lalu bahawa skim yang akan diwujudkan hasil semakan semula SBPA tidak akan LESS FAVOURABLE dari SBPA??

SBPA = Sidik Bersara, Pegawai Aman
SSM = Sidik Suka Menipu!!!

dan kita penjawat awam TERTIPU LAGI!!


Wednesday, 28 March 2012

Kenapa Pekeliling Gaji SSM Baru Lambat?

Seperti mana pembentukan SBPA, KSN mempengerusikan SSM Baru.

Pihak JPA maklumkan telah siap Pekeliling SSM Baru tetapi masih belum diluluskan KSN. Kenapa?

Sebab ramai penjawat awam telah tahu bahawa SSM Baru ini amat LESS FAVORABLE dari SBPA dari segi gaji dan skim, tidak seperti janji kerajaan melalui siaran akhbar KSN sendiri pada awal Januari lalu! Adakah KSN takut?

Dengan melambatkan keluar pekeliling juga akan mengakibatkan beliau dapat sambung kontrak sebagai KSN. Jika tidak selesai pada tarikh tamat kontrak beliau pada Jun nanti lagi bagus. Boleh lah beliau sambung kontrak lagi. Maklumlah, beliau kan hero dalam cerita ini.

Kepada KSN, kami menuntut agar pekeliling berkenaan segera dikeluarkan! Jika tiada gaji SSM Baru bulan April ini, andalah punca BN kalah PRU nanti!


SBPA: Sidek (bukan nama sebenar) Berhenti, Pegawai Aman..

KSN Pinda Minit Mesyuarat SBPA?

Wahh. Ini berita terbaru kami terima tentang sikap keji KSN yang pinda minit mesyuarat mengikut kehendak beliau sendiri bukan seperti apa yang telah dibincangkan dalam mesyuarat SBPA! Kami dimaklumkan apa yang ditulis dalam minit tidak sama dengan apa yang dibincangkan dalam mesyuarat walau minit berkenaan telah diluluskan PM! Adakah ini biasa dilakukan oleh KSN mengikut matlamat menghalalkan cara?

Semuanya dilakukan kerana nak selamatkan diri beliau sendiri? Jika begiut, amat berat kesalahan beliau selaku pemimpin! Sampai boleh buat sesuka hati dalam perkhidmatan awam seolah-olah macam syarikat sendirian berhad!

Wahai KSN, jangan kerana nak kambing hitamkan orang, anda sanggup buat apa saja. Mana integriti yang anda sering laung-laungkan??


SBPA: Sidek (bukan nama sebenar) Berhenti, Pegawai Aman.......

Sunday, 25 March 2012

KSN Tidak Tahu Jumlah Gaji SBPA?

Seorang blogger menyatakan KSN tidak tahu menahu tentang gaji SBPA yang bakal beliau terima sehinggalah sewaktu hendak tandatangani borang opsyen. Satu lagi lawak KSN!

Kita dimaklumkan bahawa pihak JPA telah menunjukkan semua gaji kepada KSN. Lagipun kan KSN yang pengerusikan mesyuarat SBPA ini. Kalau tidak tahu jugak ada beberapa kemungkinan:

  1. KSN tido semasa pengerusikan mesyuarat,
  2. KSN nak lepaskan diri 
  3. Atau memang KSN 'kurang bijak'
Kita cuba dapatkan butiran berkenaan daripada pihak JPA. Tapi masalahnya  JPA ni susah sangat bagi kerjasama. dah kena hentam pun masih nak ber rahsia! Dedahkan je lah. kenapa perlu jaga nama baik KSN yang telah memburukkan nama JPA!

Lagipun kalau pun benar beliau tidak tahu sampai lah ke saat nak sign opsyen, tak payah sign opsyen la!

Malu la ada pemimpin sebegini. Mulut kata tanak, tapi tangan sign jugak opsyen..  Kemudian canangkan kat orang bahawa dia bersih dan suci dari pembentukan SBPA .. Haha


SBPA: Sidek (bukan nama sebenar) Berhenti, Pegawai Aman..

Kenapa Tan Sri Ismail Adam dipilih Pengerusi Pasukan Semakan Semula SBPA?

Sekarang ini terdapat ramai Ahli Parlimen yang mempersoalkan kenapa kerajaan melantik Tan Sri Ismail Adam (TSIA) sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Khas Semakan Semula SBPA.

Sewaktu kami bersembang dengan beberapa pegawai kanan kerajaan dalam satu majlis makan malam baru-baru ini, mereka menyatakan bahawa TSIA tidak sepatutnya dilantik sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Khas Semakan Semula SBPA kerana beliau merupakan rakan kongsi HayGroup, konsultan yang terlibat semasa pembentukan SBPA pada tahun 2007. Kertas cadangan daripada HayGroup telah digunakan oleh TSIA sendiri sewaktu jadi KPPA untuk pembentukan SBPA pada ketika itu. (Untuk makluman, SBPA telah dimulakan sejak tahun 2007 lagi sejak TSIA KPPA). Angka-angka gaji untuk kumpulan pengurusan atasan juga sama seperti mana yang dicadangkan untuk kumpulan Premier dalam SBPA. Jadi, bukankah wujud conflict of intrest di situ?

Kita perlu tahu bahawa yang lantik TSIA sebagai Pengerusi Panel berkenaan ialah KSN. Atas dasar apa beliau dilantik? TSIA tidak terlibat secara langsung pun dalam pembentukan SSM dan SSB.

"Jika mahukan orang berkelayakan, maka Tan Sri Jamaludin Ahmad Damanhuri (bekas KPPA) yang sepatutnya lebih layak dilantik kerana beliau terlibat secara langsung dalam pembentukan SSM dan SSB. Macam tak ada orang lain dah si KSN ni nak lantik " kata mereka.

Adakah pelantikan TSIA sebagai Pengerusi Panel berkenaan oleh KSN sebagai mengenang jasa TSIA yang telah memberi kebenaran kepada anak KSN untuk menjalani 'internship' di JPA dengan bayaran tertentu? Ataupun sebagai mengenang jasa TSIA yang memberikan biasiswa JPA kepada anak KSN walaupun anaknya tidak layak? (Mohon Pihak Berkuasa siasat dua perkara ini!!)

Jika tidak, masakan TSIA dianugerahkan Darjah Panglima Mangku Negara (membawa gelaran Tan Sri peringkat tertinggi, yang tidak pernah diberikan kepada mana-mana KPPA sebelum ini) walaupun pada ketika itu, terdapat kes PTD yang meninggal akibat modul 'komando' yang diluluskan oleh TSIA sendiri. Tidak pernah berlaku PTD meninggal dalam mana-mana jagaan KPPA! Takda pula TSIA menolak darjah berkenaan dan letak jawatan ye!

"Lagipun kita pegawai senior tahu bahawa kebanyakan keputusan yang dibuat oleh TSIA sewaktu jadi KPPA bukan merupakan keputusan beliau, sebaliknya lebih merupakan keputusan isteri beliau ataupun keputusan Pembantu Peribadi (PA) beliau kerana mereka berdualah sebenarnya yang mengawal Pejabat KPPA waktu itu. Jika ada pegawai yang mereka berdua tidak suka, pasti pegawai berkenaan akan di'pool'kan " ujar mereka secara sinis sebelum pulang.

Patutla KSN lantik TSIA sebagai Pengerusi Panel berkenaan. Rupa-rupanya untuk menutup salah TSIA dan KSN dengan mengkambing hitamkan orang. Dengarnya Tan Sri Bakar KPPA sekarang akan jadi mangsa kerakusan mereka berdua.

Lebih menarik, KSN cadangkan TSIA dibayar honorarium sebanyak lebih kurang RM70,000.00!! Banyaknya duit rakyat digunakan tu. Untuk kerja yang mudah sebegitu pun dibayar sebanyak itu? Kerja TSIA pun asyik cari salah orang je dan hasilnya ialah 7 hingga 13% sahaja kenaikan gaji yang memang telah ada dalam SBPA!!! Satu lagi projek Kerajaan KSN!!

Kita saksikan nanti sama ada TSIA akan dilantik lagi sebagai Pengerusi atau ahli untuk Suruhanjaya Khas untuk penambahbaikan SSM nanti !!!


SBPA: Sidek (bukan nama sebenar) Berhenti, Pegawai Aman..

CUEPACS Dilepaskan Dari Buat Tugas Hakiki?

CUEPACS dikhabarkan telah meminta kebenaran secara bertulis untuk dilepaskan dari tugas hakiki selama setahun kerana ingin menumpukan perhatian kepada tugas kesatuan terutamanya dalam perkara SBPA.

Persoalannya, adakah perlu diberi pelepasan berkenaan? Lagipun SBPA dah dibatalkan.

Nanti pegawai di agensi lain seperti JPA, Kementerian Kewangan, Jabatan Peguam Negara dan lain-lain agensi yang terlibat dengan pembentukan SBPA pun mohon dilepaskan dari tugasan hakiki.

Pihak SPA juga tidak pernah menemuduga calon-calon bagi pengambilan jawatan Presiden CUEPACS. Kita ingin cadangkan agar pihak SPA mewujudkan jawatan khas untuk Presiden CUEPACS dan exco-exconya dan diiklankan kepada orang ramai yang layak untuk memohon jawatan berkenaan. Biarkan mereka membuat tugas hakiki sebagai Presiden dan exco CUEPACS.

Kita ingin melihat apa keputusan KSN dalam perkara ini kerana KSN yang menguruskan permohonan ini.

Mari kita lihat siapa yang akan dikambing hitamkan lagi. Maklumlah, kita dimaklumkan bahawa salah satu punca Presiden CUEPACS menentang habis-habisan SBPA adalah kerana sebagai tanda protes dan menunjukkan ketidakpuasan hati beliau kepada KPPA yang meluluskan pelanjutan kontrak perkhidmatan selama enam bulan sahaja, bukan setahun seperti yang Presiden CUEPACS minta.

OO.. begitu kisahnya...


JPA Yang Lambat Keluarkan Pekeliling?

 

Berita Harian Online

CUEPACS mahu JPA keluarkan segera pekeliling pelarasan gaji
2012/03/23

NILAI: CUEPACS menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya mengeluarkan pekeliling mengenai pelarasan gaji baru bagi kakitangan awam mengikut Skim Saraan Malaysia (SSM) selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata pekeliling itu perlu diedar segera kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi membolehkan pembayaran gaji baru dengan kenaikan antara tujuh dan 13 peratus dibuat kepada semua kakitangan awam mulai bulan hadapan.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) sudah mengumumkan pelarasan gaji baru kakitangan awam iaitu kenaikan antara tujuh dan 13 peratus tapi kita sedang tunggu pekeliling itu untuk membolehkan setiap agensi membuat kiraan gaji untuk dibayar pada bulan berikutnya.

"Selagi pekeliling itu belum keluar semua agensi belum boleh buat kiraan gaji untuk membayar dan kita harap hujung bulan ini pekeliling itu mesti selesai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan wacana bertajuk "Mentransformasikan Skim Perkhidmatan Institusi Pengajian Tinggi Awam" pada Program Sumbangsaran Intelektual Peringkat IPTA di sini hari ini. - BERNAMA
________________________________________________________________________________



Wahai Dato' Omar Osman, si pembela dan pejuang untuk 1.4 juta penjawat awam. Sudah nanyuk kah dikau bahawa dikau dan lagi tiga orang konco-konco dikau juga turut masuk mesyuarat berkaitan penyediaan Pekeliling ini yang dipengerusikan oleh KSN?

Kalau nak cepat, mintalah KSN yang cepatkan. Kenapa nak salahkan JPA?

Lagipun, masa SBPA dulu pun KSN yang pengerusikan mesyuarat SBPA tapi akhirnya KSN lepas tangan dan cakap tak tahu apa-apa dan tak terlibat dengan SBPA hingga letakkan semua kesalahan pada JPA. Kali ni pun nak salahkan JPA?

Sepatutnya tajuk berita itu ialah "CUEPACS mahu KSN segera selesaikan mesyuarat penyediaan pekeliling pelarasan gaji" .

Jangan jadi orang Munafik lagi sekali ye Dato'!




KSN Tidak Terlibat Dalam SBPA? Faktanya...

Nampaknya KSN masih kata beliau tidak tahu menahu dan tidak terlibat dalam SBPA ini ye. Mari kita lihat fakta ini pula:


FAKTA 1: SBPA bermula dari punca kuasa Ucapan Bajet 2008 oleh YAB PM pada 7 September 2007. Antara petikan ucapan Bajet YAB PM pada ketika itu ialah:

"... Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan akan ditawarkan skim kontrak selama tiga tahun, serta prestasi mereka akan diberi ganjaran berasaskan KPI ... "


FAKTA 2: Pada ketika itu, Tan Sri Ismail Adam sebagai KPPA, Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai KSN dan YABhg. Pak Lah sebagai Perdana Menteri


FAKTA 3: Cadangan/draf awal saraan baru ini telah diluluskan Kerajaan pada 3 Oktober 2007


FAKTA 4: Cadangan/draf awal saraan baru ini telah ditangguhkan pelaksanaannya oleh Kerajaan pada 23 April 2008. KSN selalu mengatakan bahawa beliau yang membawa kepada Kerajaan untuk penangguhannya.


FAKTA 5: Cadangan/draf saraan baru ini telah dikemukakan semula selepas diluluskan KSN, kepada Kerajaan oleh KPPA (pada ketika itu Tan Sri Ismail Adam)  dan diluluskan Kerajaan pada 19 Mac 2010


FAKTA 6: Tan Sri Abu Bakar menggantikan Tan Sri Ismail Adam sebagai KPPA pada 1 Julai 2010. Tan Sri Ismail Adam dilantik sebagai rakan kongsi perunding HayGroup.


FAKTA 7: Sepanjang tahun 2011, sebanyak 13 mesyuarat/perbincangan dengan CUEPACS telah diadakan dan 6 kali mesyuarat telah dipengerusikan oleh KSN berkaitan pembentukan SBPA ini.


FAKTA 8: YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pembentukan SBPA menggantikan SSM dalam Ucapan Bajet 2012


FAKTA 9: Cadangan/draf saraan baru telah dikemukakan semula oleh Tan Sri Abu Bakar dengan diberi nama SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM dan diluluskan Kerajaan pada 11 November 2011.


FAKTA 10: SBPA adalah merupakan cadangan/draf yang sama yang telah telah diluluskan Kerajaan pada 19 Mac 2010 dengan beberapa penambahbaikan dari segi exit policy dan skim. Ia merupakan SEMAKAN SKIM, bukan PENYELARASAN GAJI seperti 2007.

_______________________________________________________________________ 


Berdasarkan fakta di atas, jelas menunjukkan proses pembentukan SBPA ini banyak dibuat semasa Tan Sri Ismail Adam sebagai KPPA dan Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai KSN (dulu, kini dan selamanya?).

Selain itu, YAB Perdana Menteri juga telah mengumumkan dalam Ucapan Bajet 2012 akan pembentukan SBPA ini. Jadi bagaimana KSN boleh cakap Kementerian Kewangan tidak tahu mengenai SBPA ini terutamanya berkaitan bajet yang diperuntukkan untuk SBPA? KSN juga cakap beliau tidak tahu menahu tentang SBPA.

Tak sangka pemimpin no. 1 penjawat awam bersikap sedemikian. Orang yang waras boleh nampak bahawa KSN memang TAHU dan TERLIBAT SEPENUHNYA dalam pembentukan SBPA!

Satu cubaan yang baik untuk KSN melepaskan diri dengan mengkambing hitamkan orang lain!



SBPA: Sidek (bukan nama sebenar) Berhenti, Pegawai Aman..



Benarkah 36 Pegawai Premier Telah Pulangkan Kenaikan?


Dari Blog CUEPACS:


SBPA: 36 PEGAWAI PREMIER SETUJU PULANGKAN KENAIKAN
Sinar Harian
20 Mac 2012


PUTRAJAYA -  Kesemua 36 pegawai atasan kakitangan awam dalam Kategori Perkhidmatan Utama yang menerima gaji baru di bawah Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan, bersetuju untuk memulangkan 'kenaikan' yang diterima baru-baru ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, ini berikutan pembatalan skim itu dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik, sebagaimana diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebagai Penjawat Awam yang bertanggungjawab, mereka telah bersetuju untuk memulangkan kenaikan itu (di bawah SBPA).

Lebih daripada separuh telah kembalikan manakala yang lain tidak sempat kerana berada di seberang laut," katanya kepada pemberita selepasa majlis syarahan "Chief Secretary Annual Lecture Series: The Fifth Estate-A space for Academia?" di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa 36 pegawai atasan kakitangan awam telah menerima kenaikan gaji antara RM35,000 hingga RM60,000, di bawah SBPA.

SBPA diperkenalkan awal tahun ini telah mengundang keresahan dan tidak puas hati di kalangan penjawat awam, dan kerajaan pada 12 Jan lalu memutuskan supaya skim itu dikaji semula.

Pada 8 Mac,  Perdana Menteri mengumumkan pembatalan SBPA dan pengembalian kepada SSM yang ditambah baik.

Mengenai penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji penambahbaikan SSM, Mohd Sidek berkata, ia akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

"Saya akan bincang dengan pihak-pihak tertentu dan akan umumkan," katanya. - Bernama

__________________________________________________________________________________



Kepada KSN, saya ingin minta penjelasan tentang perkara berikut: 
  1. Siapa yang telah pulangkan?
  2. Siapa yang berada di seberang laut?
Berita ini bertarikh 20 Mac 2012 (Selasa). Bukankah pada 21 Mac 2012 (Rabu) telah diadakan Mesyuarat KSU dan Ketua Perkhidmatan (36 pegawai Premier) dan kesemua Premier berkenaan telah hadir dalam mesyuarat berkenaan. Cepat sungguh separuh dari 36 Premier berkenaan pulang dari seberang laut ya. Ke maksud seberang laut bagi KSN ialah di Pulau Pinang atau Sabah dan Sarawak? :-)

Sebagai penjawat awam yang bertanggungjawab ye? Kalau bertanggungjawab sangat, jangan le tipu rakyat cakap tidak terlibat dalam SBPA kalau pun tidak mahu bertanggungjawab terhadap masalah yang timbul dalam SBPA!

Apalah nasib penjawat awam. Kena tipu lagi!



Friday, 23 March 2012

KSN Tidak Tahu Menahu Tentang SBPA?





Lihat lah proses kerja membuat SBPA hasil risikan kami. Jika tiada kelulusan di proses no. 4, akan diulang semula proses no.1 hingga 3. Selagi tidak lulus, proses ini akan berulang berkali-kali. Bagi tahun 2011, sebanyak 13 rundingan telah diadakan bersama CUEPACS (sepertimana jawapan YAB PM dalam sesi Perbahasan Titah DiRaja di Parlimen) dan beberapa kali mesyuarat telah diadakan dengan KSN.

Rupa-rupanya KSN yang pengerusikan mesyuarat merangka SBPA ini. Beliau yang telah buat keputusan tentang SBPA. Tapi kenapa beliau mengaku tidak tahu menahu dalam SBPA seolah-olah nak lepas tangan?Beliau cuba nak jadi hero untuk sambung kontrak sebagai KSN? Tapi tahukah beliau, selepas batal SBPA lagi banyak implikasi termasuk dari sudut UNDANG-UNDANG!

KSN tidak tahu pasal SBPA? Tidak mengaku terlibat dengan SBPA? Nah, lihatlah tarikh mesyuarat SBPA seperti di bawah yang dipengerusikan KSN:

1.    10 Mac 2010 (KPPA: Tan Sri Ismail Adam)
2.    27 Julai 2010
3.    7 Februari 2011
4.    8 Mac 2011
5.    15 April 2011
6.    5 Mei 2011
7.    4 Ogos 2011
8.    8 Ogos 2011
Apalah nasib penjawat awam.. Kena tipu lagi!!!

 
 
 
 
SBPA: Sidek (bukan nama sebenar) Berhenti, Pegawai Aman..
 
 
 

CUEPACS MEREPEK!

Berita Harian Online

Kerajaan sudah bincang dengan CUEPACS sebelum rangka SBPA
2012/03/13

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan mengadakan perbincangan dengan CUEPACS dalam merangka Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).


Perdana Menteri memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa kerajaan sudah mengadakan forum perbincangan bersama CUEPACS dan wakil persatuan itu melalui tiga Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) yang bersidang sekurang-kurangnya tiga kali setahun.

"Mesyuarat tidak berkala lain juga diadakan antara pegawai tertinggi kerajaan dengan ahli Majlis Tertinggi CUEPACS. Kerajaan juga menerima memorandum daripada CUEPACS dengan tuntutan tertentu yang dikaji dan diambil kira dalam penggubalan SBPA.

"Sepanjang 2011, sebanyak 13 mesyuarat utama bersama CUEPACS diadakan merangkumi mesyuarat dengan MBK, taklimat pada Ahli Majlis Tertinggi CUEPACS dan siri perjumpaan bersama CUEPACS yang membawa kepada termeterainya memorandum persefahaman mengenai pelaksanaan SBPA antara Jabatan Perkhidmatan Awam dan CUEPACS yang ditandatangani pada 28 Disember 2011," katanya pada sesi soal jawab.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) yang ingin tahu mengapa kerajaan tidak memanggil CUEPCAS untuk berbincang mengenai pelaksanaan SBPA dan pendirian kerajaan terhadap tuntutan-tuntutan CUEPACS. – BERNAMA
_________________________________________________________________________________ 


Nampaknya CUEPACS pun suka tipu penjawat awam! Kata tak ada rundingan tapi rupanya sudah 13 kali berunding dengan JPA! Nak cakap JPA tidak dedahkan fakta secara lengkap? Habis kenapa sampai 13 kali? Kepada pemimpin CUEPACS, janganlah jadi orang MUNAFIK, “BILA CAKAP, DIA BOHONG. BILA JANJI DIA MUNGKIRI!

CUEPACS telah BERCAKAP BOHONG bila mengatakan tiada rundingan dan TELAH MUNGKIRI JANJI dalam MoU! Jika bukan MUNAFIK, apa?

Penjawat Awam sekelian, inikah pemimpin yang anda mahukan?

MTSU Teraniaya?

Berita Harian Online

MTSU mahu CUEPACS teruskan usaha SBPA
2012/03/09

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung (MTSU) mahu CUEPACS meneruskan usaha Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dibatalkan.

MTSU adalah anggota gabungan CUEPACS.

Setiausaha Agungnya, Samuel Devadasan, berkata pendirian CUEPACS selama ini untuk menamatkan SSM bagi mewujudkan sistem gaji lebih baik kepada anggota sektor awam.

"MTSU kecewa apabila SBPA dibatalkan manakala SSM dikekalkan dengan sedikit penambahbaikan," katanya ketika ditemui di bangunan CUEPACS sebentar tadi.

Samuel berkata, mesyuarat CUEPACS yang bermula kira-kira jam 3 petang tadi juga berlangsung dalam keadaan "panas" apabila kebanyakan pemimpin yang menghadirinya meluahkan rasa tidak puas hati dengan pembatalan SBPA.

Katanya, SBPA memberi semangat serta nafas baru kepada anggota sektor awam sebaliknya kini ia dibatalkan.

"MTSU berharap supaya SBPA dapat dilaksanakan manakala SSM dibatalkan," katanya.
 _________________________________________________________________________________


Selepas kenyataan berkenaan, Setiausaha Agungnya dipanggil oleh KSN dan ditegur supaya tidak membesar-besarkan perkara ini di media. Kita boleh lihat tiada kenyataan lagi daripada MTSU selepas itu.

Persoalannya, kenapa sewaktu CUEPACS mula menggunakan media berkenaan isu SBPA, CUEPACS tidak dipanggil dan ditegur supaya jangan gunakan media? KSN sendiri beri lampu hijau kepada CUEPACS. Kenapa? Supaya KSN juga boleh jadi hero penjawat awam agar peluang untuk sambung kontrak KSN yang bakal tamat Jun nanti semakin cerah. Lihatlah kesannya kini. YAB PM dimalukan di Parlimen akibat SBPA ini.

Tetapi, penjawat awam kini sudah bijak menilai siapa petualang yang memalukan YAB PM...