Sunday 8 April 2012

Bagaimana jika SBPA ditangani secara diam-diam?

Kita ketahui, selepas CUEPACS dan JPA tandatangan MoU untuk menyelesaikan isu SBPA ini, KSN telah memanggil CUEPACS dan memberikan 'lampu hijau' kepada CUEPACS untuk membesar-besarkan isu ini di media.

Tapi bagaimanakah jika isu ini tidak dibesar-besarkan dan diselesaikan secara rundingan antara CUEPACS dan JPA. Lagipun apa yang dibisingkan dan dituntut oleh CUEPACS satu pun tidak ditunaikan kerajaan!

Yang utama bila SBPA diselesaikan diam-diam, imej kerajaan tidak akan terjejas teruk! Kita dapat lihat selepas SBPA ini dibatalkan, kerajaan diserang secara teruk oleh pembangkang dengan dikatakan flip-flop dalam buat keputusan. Kita boleh lihat soalan-soalan di parlimen berkaitan pembatalan SBPA ini semuanya memalukan kerajaan berbanding dengan pembentukan SBPA dahulu di mana pembangkang tiada isu hendak memalukan kerajaan tapi hanya mampu protes berkaitan gaji sahaja.

Kita tertanya-tanya, antara mengekalkan SBPA dan membatalkan SBPA, mana yang lebih memalukan kerajaan? Sudah pasti kini, membatalkan SBPA adalah LEBIH MEMALUKAN KERAJAAN! Bila kembali ke SSM Plus, semua penjawat awam menerimanya sebagai sesuatu yang LESS FAVOURABLE dari SBPA. Maka penjawat awam kini kembali tidak berpuas hati.

Yang penting, kita tahu bahawa orang yang cadangkan batal SBPA dan balik ke SSM ialah KSN! Orang yang benarkan CUEPACS bermaharajalela ialah KSN! Orang yang pengerusikan pembentukan mesyuarat SBPA dan SSM Plus juga adalah KSN!

KSN seharusnya bertanggungjawab atas imej buruk kerajaan kini!

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.