Thursday 12 April 2012

CUEPACS juara pekerja kontrak?

Dari blog CUEPACS


CUEPACS MAHU BINCANG DENGAN PM

Utusan Malaysia
Oleh HAKIMI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my
10/4/2012


PUTRAJAYA 10 April - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengadakan satu pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum sambutan Hari Pekerja 1 Mei ini bagi membincangkan nasib kira-kira 35,000 kakitangan kontrak di agensi-agensi kerajaan.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pertemuan tersebut adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan isu membabitkan kakitangan kategori tersebut yang tidak diserap ke jawatan tetap mahupun yang telah ditamatkan perkhidmatan.
Katanya, CUEPACS menerima banyak aduan daripada kakitangan kontrak bahawa kontrak mereka tidak disambung walaupun menunjukkan mutu kerja yang baik. Pihaknya, kata beliau, telah bertemu Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) berhubung isu tersebut namun, tiada sebarang kata putus diberi."CUEPACS berharap Perdana Menteri akan bersetuju mengadakan perbincangan mengenai perkara ini, jika keputusan kelak menyebelahi kakitangan kontrak, ia akan menjadi berita gembira kepada mereka menjelang Hari Pekerja 1 Mei nanti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan kira-kira 200 pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) berstatus kontrak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.Menurut Omar, ketika ini terdapat hampir 700 PTD berstatus kontrak kebanyakannya lepasan institusi pengajian tinggi awam mahupun universiti luar negara yang memperoleh tajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
"Saya juga hairan mengapa pegawai PTD lepasan IPTA tempatan dan universiti luar negara yang mendapat tajaan biasiswa dan tajaan JPA tidak mendapat status pekerja tetap walaupun mereka telah berkhidmat dalam tempoh yang lama dengan agensi-agensi kerajaan."Jika alasan tiada jawatan kosong ia tidak munasabah kerana tiada pengambilan pekerja baru dibuat selepas pembekuan jawatan Jun tahun lalu, bayangkan berapa ramai penjawat awam yang berhenti dalam tempoh tersebut," katanya.
Oleh itu, katanya, CUEPACS menggesa supaya kerajaan menilai sedalam-dalamnya mengenai perkara itu selain menyerap kesemua pekerja kontrak di agensi-agensi kerajaan ke jawatan tetap."Pekerja kontrak juga adalah penjawat awam dan rata-rata telah berkhidmat lima hingga 10 tahun. Sepanjang perkhidmatan pelbagai peranan dan jasa telah dicurahkan untuk agensi tertentu, jadi tidak salah jika mereka diserap ke jawatan tetap," katanya.Menurut Omar, kebanyakan pekerja kontrak kini berada dalam dilema dan sering membuat aduan kepada CUEPACS agar nasib mereka terbela.
"Oleh itu, saya memohon jasa baik Perdana Menteri untuk memandang serius isu ini kerana ia melibatkan keadilan untuk pekerja kontrak yang telah berkhidmat sekian lama dengan kerajaan," katanya.
________________________________________________________________________
Kita tidak terkejut dengan kenyataan ini kerana Presiden CUEPACS pun berstatus kontrak. Satu kenyataan Presiden CUEPACS yang baik untuk sambung kontrak diri sendiri. Selain itu, isu ini juga diperbesarkan untuk melarikan diri dari penjawat awam yang semakin marah dalam isu SSM Plus!

Kita nak minta penjelasan Presiden CUEPACS, tunjukkan kepada kami 700 PTD yang berstatus KONTRAK sekarang! Senaraikan nama mereka! Taktik sama yang digunakan semasa isu SBPA dulu bila mengatakan 1.4 juta berada belakang Presiden CUEPACS? 1.4 juta bayang-bayang kah? Jika tak ada bukti, memang jelas lah munafiknya pakcik presiden ni!

PTD pun pergi kepada CUEPACS? PTD yang lemah sahaja yang sanggup buat sedemikian. Untuk makluman Presiden CUEPACS, kajilah kenapa tinggal jumlah sebegitu sahaja PTD yang berstatus kontrak daripada seribu lebih dahulu. Kajilah mereka ini dah lulus exam? Dah lulus temuduga? Kajilah berapa kali peluang temuduga diberi kepada mereka. Berapa kali laluan khas diberi kepada mereka untuk lulus jadi PTD tetap tapi mereka masih gagal jugak! Dah kaji kah sikap PTD kontrak ni macam mana?

Tahukah Presiden CUEPACS bahawa PTD Kontrak ini dibuat semasa zaman Tan Sri Ismail Adam jadi KPPA? Kenapa diwujudkan kontrak ini? Tahukah pengambilan dibuat bagaimana semasa itu? Lihatlah berapa ramai anak-anak kawan dan kroni TSIA dilantik sebagai PTD kontrak! Anak Timbalan KPPA sekarang pun ada sebagai PTD kontrak!

Jika belum kaji, tak perlu lah nak jadi hero Malaya. Malunya pada Datuk Obama (Obama ke OSAMA) Omar Osman juga sebab cakap tak guna "kepala otak berjambul" (kata hero pilem lama-lama)

Bayangkan kami kumpulan pelaksana pun perlu usaha sunguh-sungguh dan susah payah lulus temuduga dengan SPA, tiba-tiba PTD kontrak nak terus diserap begitu sahaja! Ingat ini syarikat CUEPACS SENDIRIAN BERHAD kah?

Kepada bos-bos PTD Kontrak, kalau nak sangat serap tetap, berusahalah cara betul. Kalau betul bagus, dah lama berjaya dalam tapisan untuk lantik tetap! Jangan harap kerajaan nak serap tetap sahaja!

Kami kumpulan pelaksana sendiri pun malu mempunyai PTD yang bermentaliti dan bersikap sebegini sebagai bos kami!

Penjawat awam jangan lupa, KSN juga berstatus kontrak!

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.