Sunday 15 April 2012

Masihkah Kau Ingat: Kes KP JKR

Yang Berbahagia Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara telah menghina Raja-raja Melayu dengan menipu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13 Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah sewaktu pelantikan Ketua Pengarah Kerja Raya yang baru dengan menyatakan bahawa penyandangnya pada ketika itu iaitu Yang Berbahagia Dato' Sri Ir. Dr. Judin Abdul Karim telah menerima jawatan sebagai Ketua Eksekutif Construction Industry Development Board (CIDB) secara peminjaman.

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 12 TAHUN 2008, DASAR DAN PROSEDUR PELANTIKAN SECARA PEMINJAMAN, PERTUKARAN SEMENTARA DAN PERTUKARAN TETAP telah menyatakan bahawa pegawai perlu BERSETUJU sebelum peminjaman boleh dilakukan 

Namun, mungkin KSN yang "serba tidak tahu menahu" tentang perkhidmatan awam Malaysia (mungkin KSN lebih tahu menahu tentang perkhidmatan awam Zimbabwe?) telah melanggar syarat dan prosedur berkenaan akibat rasa maha benci kepada Yang Berbahagia Dato’ Sri Ir. Dr. Judin Abdul Karim (KSN pernah menyatakan "I don't want to see his face!")

Kita tahu bahawa pelantikan Ketua Pengarah Kerja Raya perlu diperkenan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana ia merupakan jawatan Khas di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, demi mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Tuanku, KSN telah sanggup menipu Seri Paduka Baginda Tuanku  dengan menyatakan bahawa pegawai telah bersetuju menerima jawatan di CIDB. Sedangkan Yang Berbahagia Dato’ Sri Ir. Dr. Judin Abdul Karim tidak pernah menandatangani surat persetujuan menerima jawatan berkenaan seperti mana dalam syarat utama peminjaman. Ini mengakibatkan Jabatan Kerja Raya mempunyai dua nakhoda’ dalam satu masa.

Satu perkara yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana KSN sebelum ini.

Siapakah yang menyelamatkan kerajaan daripada disaman dan dimalukan oleh pihak Pembangkang?

Jika Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pun KSN boleh tipu, apa lagi YAB Perdana Menteri dan kita penjawat awam semua. Buktinya? Lihatlah SBPA dan SSM Plus!

Semua kena tipu dengan KSN!

Dan akan adakah lagi penipuan sebegini di masa hadapan?

SSM : Sidik Suka Menipu!

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.