Monday 4 June 2012

Reaksi Artikel NST: Bakal Pengganti KSN Sudah Diumum?

Bila membaca berita di NST hari ini sewaktu sarapan pagi bersama rakan-rakan bloggers, kita hanya mampu gelengkan kepala.

Terpacul dari mulut seorang rakan "Kenapa dia ni pulak terpilih jadi KSN? Bukankah dia ni yang luluskan projek NFC dulu? Bini pun mulut boleh tahan suka maki hamun dan mencarut depan pegawai"

Mari kita lihat rekod perkhidmatan bakal KSN anda:


Wallaweh.. Macam Sivaji da Boss

1981 - Penolong Setiausaha Kementerian Perdagangan Perindustrian
1986 - Pegawai Projek Kanan INTAN
1992 - Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Pengangkutan
1997 - Mula berkhidmat di Unit Perancang Ekonomi (EPU)
2009 - Ketua Pengarah UKAS (dulunya bawah EPU)


Banyak betul pengalaman bakal KSN anda. Pengalaman dalam bidang Pengurusan Tanah, Keselamatan, ICT, Pentadbiran Daerah, Hal-ehwal antarabangsa, Sumber Manusia, Kewangan semuanya ada hinggakan pakcik Sidik Hassan tertawan. Apa nak jadi Perkhidmatan Awam? Sampai bila penjawat awam perlu menanggung azab sengsara kerana mempunyai KSN yang tidak mempunyai pengalaman yang luas dalam pelbagai bidang seperti Sidik Hasan?

Melihat senario semasa apabila pihak Kerajaan Sidik Hasan terlalu banyak memberi ruang kepada kesatuan untuk bersuara, maka kita memerlukan seorang pemimpin yang tegas dan mampu menyatu padukan penjawat awam sekalian. Adakah jaga projek sama bebannya dengan menjaga manusia? Adakah semua penjawat awam boleh digula-gulakan melalui projek yang masyukkk seperti mana di UKAS?

Kita tahu bakal KSN ini dicadangkan oleh KSN Sidik Hasan. Selalunya yang jadi KSN perlu sekurang-kurangnya berpengalaman sebagai Ketua Setiausaha (KSU) kementerian. Ada bekas KSN yang jadi KSU tak sampai seminggu sebagai menghormati jawatan KSU. Jadi, bukankah ini satu penghinaan kepada KSU semua wahai Sidik Hasan? Adakah sama beban tugas sebagai Ketua Pengarah yang banyak jaga projek masyyuuuukkkk dengan KSU kementerian?

Adakah kerana beliau banyak beri projek kepada menantu KSN seperti yang kita canangkan dahulu?
Adakah kerana beliau banyak menabur janji-janji manis berserta projek kepada KSN serta Kak R?

Dengarnya banyak sungguh pelaburan yang dibuat semata-mata untuk melobi jawatan KSN ini. Dari mana datangnya duit? Tak perlu risau kerana banyak projek masyyuukkk ada di UKAS.

Apa beza bakal KSN anda dan KSN sekarang?

Sama je takda banyak pengalaman berkaitan perkhidmatan awam.
Sama je banyak pengalaman dalam ekonomi dan perdagangan

Justru, bersedialah semua penjawat awam untuk diperdagangkan sesuka hati sekali lagi seperti mana dilakukan oleh Sidik Hasan. Bersedialah juga untuk melayan bini bakal KSN anda yang berperangai seperti mana surat aduan yang kita muatnaik pada artikel terdahulu:
http://kuasasebenarrakyat.blogspot.com/2012/05/integriti-cara-ksn.html 

P/s: PERKASA yang amat memperjuangkan Melayu tidak ada apa-apa komen bila lihat bakal KSN ini? :-)

Err.. KSN Sidik Hasan jangan le tak jadi berhenti pula ye sebab dah ada pengganti...





No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.