Monday 28 May 2012

Integriti Cara KSN

KSN selalu tekankan tentang integriti. Tapi bila kena batang hidung sendiri, hilang semua integriti tu. Bila cuba lepaskan diri dari kemelut SBPA dengan kambing hitamkan orang lain, integriti KSN ke mana? Bila menantu minta projek kerajaan, integriti KSN ke mana? Bila minta biasiswa JPA untuk anak KSN walaupun tak layak dan gagal dalam penilaian, integriti KSN ke mana? Mungkin surat di bawah boleh menjelaskan maksud integriti bagi KSN













Dari surat di atas jelas menunjukkan aduan rasmi telah dibuat berkenaan seorang pegawai anak emas KSN pada Mac 2011. Siap ada tandatangan oleh para pegawai kanan di Kementerian berkenaan, bukannya surat layang!

Tapi sehingga sekarang tiada tindakan dikenakan. Malah KSN cadangkan suaminya sebagai bakal KSN menggantikan beliau. (wayang KSN kononnya nak berhenti dengan menyediakan calon pengganti padahal sanggup kejar PM dan YDP Agong ke luar negara nak sambung kontrak!) 

Kenapa tiada tindakan terhadap pegawai berkenaan? Sebab suami pegawai berkenaan banyak bagi projek kepada menantu KSN? Maka haruslah masuk list bakal KSN kan...

Kenapa tidak dikenakan tindakan masuk 'pool' seperti Datuk Halim Man dan Datuk Yaacob?

Jadi integriti sebenar bagi KSN akan terpakai bagi musuh KSN dan pegawai yang kononnya mengancam jawatan KSN. Bagi kroni dan anak menantu semuanya dihalalkan!

Jangan ingat penjawat awam bodoh!



" Untung aku jadi anak KSN. Biasiswa JPA aku dapat walau ranking aku paling rendah.. Hehehe " ujar anak KSN


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.