Wednesday 16 January 2013

Jasa Sidik Hasan 1 : Biskut

Ramai tertanya-tanya apa jasa besar Sidik Hasan sampaikan dia dilantik Pengerusi Petronas? Mari kita kongsi apa yg disumbangkan Sidik Hasan dalam Kerajaan hingga beliaulah calon paling layak dilantik Pengerusi Petronas.

Sewaktu Sidik Hasan jadi KSN dulu, yang paling menarik dasar yang dibuatnya ialah tiada kuih atau makan dalam meeting yg dipengerusikan beliau, tapi hanya diberi biskut kering. Maka ahli mesyuarat pun kering idea. Sebab itulah mesyuarat yang dipengerusikan Sidik Hasan banyak keluar keputusan yang nampak seperti 'kering idea'

Alasan beliau, datang meeting untuk bincang, bukan makan. Tapi meeting beliau selalu mula pada pukul 8.30 pagi dan 2.00 petang. Kadang-kadang ahli mesyuarat dari KL tak sempat sarapan. Bukankah sarapan itu penting untuk minda yang sihat?

Tapi yang menariknya, kalau ada tetamu swasta, boleh pula makan mewah seperti mana mesyuarat PEMANDU, PEMUDAH dll. Kenapa?

Jadilah seperti "kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan"

Tapi Sidik Hasan memang tak jaga penjawat awam pun selama ini. Apa dia peduli. Jahanamkan perkhidmatan awam tahu lah dia

P/s: Mesyuarat di Petronas sekarang pun makan biskut jugak .....



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.