Tuesday 19 February 2013

Kisah Pelaksana Tugas KPPA 2

Ramai yang semakin mengenali si pelaksana tugas KPPA sekarang ini. Angan-angan beliau hendak menjadi KPPA mengakibatkan beliau semakin gila kuasa. Kawan satu batch pun mula mengeluh. Ramai yang menantikan beliau dikeluarkan dari JPA kerana

Kita dimaklumkan ada satu insiden di mana para pemandu JPA yang kesemuanya rapat dengan KPPA Tan Sri Abu Bakar telah buat jamuan perpisahan untuk KPPA. Sebab si pelaksana tugas ini busuk hati, keesokkan harinya, si pelaksana tugas KPPA ini telah memanggil seorang Pengarah di JPA untuk memberi amaran kepada pemandu-pemandu berkenaan. Kenapa? Salahkah berjumpa dengan bekas bos sendiri? Nak siasat salah guna kenderaan? Jangan cari salah orang sangat sebab diri sendiri tu lagi banyak salah guna kuasa malah sewaktu tanggung tugas KPPA pun dah menonjolkan salah guna kuasanya. Buruk betul perangai pelaksana tugas KPPA sekarang ini. Belum jadi KPPA dah macam-macam perkara gila dan syok sendiri yang dibuat. Kenapa jadi sedemikian? Kerana si pelaksana tugas KPPA ini tidak layak dan berpengetahuan pun. Dia naik sebab kuat bodek Sidik Segaraga Hasan sahaja.

Sebab itu, sekarang ini Kerajaan belum dapat umumkan penambahbaikan gaji penjawat awam sebab lemahnya si pelaksana tugas KPPA ini yang menjadi urusetia kepada Suruhanjaya Tun Zaki di mana si pura-pura Ismail Adam menjadi ahlinya. Hajat di hati ingin menonjolkan diri di hadapan PM dalam penambahbaikan gaji penjawat awam tetapi sebab dah lemah dan tidak kompeten, kena soal dengan PM saja terus gelabah tak tahu nak jawab apa. Maka si anak buah yang menanggung sengsara. Tapi mana dia ni ada hati perut. Bos sendiri pun sanggup di tikam belakang, apatah lagi anak buah. Mana dia kisah pun. Janji dia puas hati dapat bodek dan tonjolkan diri depan PM dan KSN.


BERSAMBUNG....




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.