Showing posts with label KSN sambung kontrak. Show all posts
Showing posts with label KSN sambung kontrak. Show all posts

Sunday, 10 June 2012

22 Jun 2012: Tarikh Keramat..

Apa akan terjadi 22 Jun 2012 nanti?

Khabarnya persiapan untuk majlis perpisahan KSN telah dibuat. Di sebuah hotel yang agak baik statusnya.

Bilik pejabat KSN pun telah dikemas barang-barangnya.

PUSPANITA pun telah bersiap sedia untuk majlis perpisahan isteri KSN.

Tapi semalam sewaktu perbincangan, kita para bloggers dapat agak ianya semua wayang KSN nak kaburi mata kita semua penjawat awam. Sedangkan KSN dah minta sambung kontrak.

Nanti KSN akan cakap bahawa dia tanak sambung. Tapi kerajaan yang NAK SANGAT KHIDMATNYA. Macam biasa KSN anda akan lepaskan diri dan salahkan orang lain!

Haha.. Alasan karoot komedia KSN anda semua. Selagi belum sampai majlis perpisahan KSN, macam-macam boleh jadi. Siapa tidak kenal KSN anda.

Jika masih sambung, maknanya penjawat awam KENA TIPU LAGI dengan wayang kulit KSN anda..

Saksikan nanti. Adakah KSN anda seorang yang bermaruah?



Tak kisah apa orang kata kat I....



Atau KSN anda pelakon hebat dan penipu besar bila sambung kontrak!!








Tuesday, 24 April 2012

Teknik istimewa KSN nak sambung kontrak

Salah satu teknik KSN hendak sambung kontrak ialah dengan sambungkan kontrak KSU-KSU yang kontraknya tamat dekat dengan tarikh tamat kontrak KSN. Tarikh tamat kontrak KSN ialah JUN. Jika ada KSU yang tamat kontrak bulan Mei atau April atau Mac tahun berkenaan, maka cerahlah peluang KSU berkenaan disambung kontrak!

Satu lagi teknik ialah dengan menggunakan alasan "TIADA PEGAWAI LAIN LEBIH TAHU DAN BOLEH BUAT SEPERTI MANA SAYA BUAT" atau "PERKHIDMATAN PEGAWAI AMAT DIPERLUKAN KERAJAAN BLA BLA BLA..."

Alasan sama yang selalu digunakan oleh KSN untuk sambung kontrak. Benarkah begitu?

Dengan alasan seperti di atas, maka sebab itu lah KSN cadang sambungkan kontrak TKSU (Kabinet) JPM. Lihatlah sudah berapa kali pegawai ini disambung kontrak. Tahun ini pun disambung kontrak lagi atas alasan untuk buat pelantikan ahli kabinet selepas PRU kelak.

Apakah terlalu lemah pentadbiran Bahagian Kabinet JPM hinggakan tiada manual atau prosedur yang direkodkan bagi urusan pelantikan menteri kabinet hinggakan perlu menyambungkan kontrak pegawai semata-mata atas alasan itu?

Lagipun proses pelantikan dibuat lima tahun sekali. Jika tiada manual yang disediakan, adakah pegawai akan ingat prosedurnya? Tambahan pula pegawai yang berumur 58 tahun ke atas! Kita pun cukup mudah lupakan password untuk cukai pendapatan kita jika tidak dicatatkan kerana ianya dibuat setahun sekali, apatah lagi proses yang dibuat LIMA TAHUN SEKALI!

Atau ianya sengaja dibuat sedemikian supaya senang pegawai berkenaan hendak sambung kontrak lagi?

Kita sedang menanti adakah rakn baik KSN iaitu KSP akan disambung kontraknya juga? Ini kerana kontrak KSP juga sudah disambung beberapa kali. Kita tahu jika kontrak TKSU (Kabinet) disambung, kontrak KSP disambung, maka ada peluang cerah kontrak KSN disambung!

Kita tentu masih teringat YAB PM sendiri nampak seperti kurang menyerlah sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri. Namun bila diberikan peluang sebagai PM, maka kita dapat saksikan YAB PM dapat melakukan pelbagai transformasi hebat untuk rakyat.

Maka, yang penting ialah peluang harus diberikan kepada seseorang untuk dibuktikan kemampuannya. Perkhidmatan awam memerlukan orang baru untuk menggunakan cara baru bagi memimpin perkhidmatan awam. Penjawat awam sudah penat melayan pemimpin flip-flop dan lepas tangan seperti KSN yang tidak menyokong transformasi kerajaan yang boleh dilihat apabila batalkan SBPA dan balik semula ke SSM Plus yang lebih teruk! Inikah transformasi KSN?

Selagi mana Kerajaan sambungkan kontrak KSN atas alasan seperti di atas, selagi itu penjawat awam akan rasa terhina seolah-olah perkhidmatan awam tiada pegawai lain yang boleh diharapkan kerajaan kecuali KSN seorang! Ianya juga menunjukkan seolah-olah perkhidmatan awam Malaysia, milik KSN seorang!


Thursday, 12 April 2012

Peringatan Menghadapi Mati

Melalui rukun Iman yang enam, kita sebagai orang Islam berkewajipan mempercayai adanya hari kiamat dan pembalasan. Sedarkah kita betapa pentingnya merancang kehidupan hakiki iaitu kehidupan akhirat?. Hakikatnya, kehidupan dunia bukanlah sebuah kehidupan yang hakiki dan ianya diibaratkan perhentian seorang musafir buat seketika untuk sampai ke tempat tujuannya.

Setiap saat juga, kematian membayangi dan sentiasa menghampiri kita sekaligus akan membawa kita menuju ke alam akhirat sebagai satu cara yang tiada pilihan untuk sampai ke sana. Mahu atau tidak, suka atau benci ianya tetap akan berlaku. Cuma tempoh masanya sahaja yang belum pasti. Kematian tidak mengenal usia dan tidak mengenal kedudukan. Ia boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana juga tanpa kita menyedarinya.

Oleh itu, kita perlu sentiasa bermuhasabah diri dan seterusnya mempersiapkan diri dengan bekalan sebelum menghadapi kematian untuk menuju kehidupan hakiki. Persiapan awal ini amat penting bagi setiap muslim kerana peluang kehidupan di dunia yang dikurniakan Allah Taala bagi setiap insan hanyalah sekali sahaja dan tiada lagi peluang kedua.

Sabda Rasulullah s.a.w :
Maksudnya : “Orang yang paling bijaksana dikalangan kamu ialah orang yang bermuhasabah dirinya dan menyediakan bekalan amal soleh sebelum menghadapi kematian. Manakala orang yang tidak bijaksana ialah orang yang terpedaya dengan pujukan hawa nafsunya dan sentiasa berangan-angan kosong terhadap Allah taala( mengharapkan ganjaran Allah tanpa berusaha).” Hadis Riwayat At-Termizi Dan Ibnu Majah.

Sedarilah bahawa kehidupan dunia ini hanyalah sementara dan kehidupan hakiki adalah di akhirat. Justeru, sebelum terlambat bersegeralah kita melakukan sebanyak-banyak kebaikan dan dalam masa yang sama menjauhkan daripada segala kemungkaran.

Sumber:
http://mohamadzakihalim.wordpress.com/2010/11/23/mukmin-pintar-apakah-persiapan-utama/
________________________________________________________________________________

KSN selalu sebut bahawa beliau dah dekat nak "mati" (merujuk kepada tempoh tamat kontrak). Mungkin KSN tak sedar dari sudut usia pun beliau dah hampir kepada kematian.

Jadi, jika KSN sedar beliau hampir mati, maka seharusnya KSN berbaik-baik dengan orang sekeliling, minta maaf kepada orang, bukan mengkambing hitamkan orang atas keputusan salah yang dibuat KSN dalam SBPA dan SSM Plus!.

Tapi kita boleh lihat KSN kini terus menerus menganiaya orang dan mengkambing hitamkan penjawat awam , seolah-olah KSN tidak akan mati sampai bila-bila. Mungkin tarikh tamat kontrak KSN selepas ini sepatutnya ditulis " TARIKH TAMAT KONTRAK = TARIKH KEMATIAN KSN "

Kepada KSN, insaf dan taubatlah. Kita khuatir nanti terlalu banyak pisang-pisang dihadiahkan di BANGLO KSN yang baru itu bila KSN habis kontrak. Atau kita khuatir nanti tiada orang mahu buat atau mahu hadir Jamuan Persaraan KSN. Atau kita lagi khuatir jika ada penjawat awam yang meludah kubur KSN bila KSN benar-benar mati nanti.

Moga dijauhkan semuanya.

Thursday, 5 April 2012

KSN minta sambung kontrak lagi?

Kami terima berita ini tadi. KSN dikhabarkan telah meminta untuk sambung kontrak daripada PM lagi. Penjawat awam boleh semak bahawa KSN sekarang merupakan KSN paling lama dalam sejarah KSN yang mencecah tempoh 6 tahun. Jika disambung lagi akan jadi 7 tahun. Umur pun sekarang dah 61 tahun.

KSN dikhabarkan telah disambung kontrak sebanyak empat kali.  Jika sambung lagi akan jadi LIMA kali. Jika ada anak yang baru lahir waktu KSN mula jadi KSN, anak itu sudah akan mula bersekolah tadika!

Apa sumbangan istimewa KSN yang beliau rasakan terlalu besar dalam perkhidmatan awam yang penjawat awam lain atau pengganti beliau tidak mampu lakukan?

Yang kita nampak, salah satu sumbangan istimewa KSN dalam perkhidmatan awam yang tidak mampu dilakukan oleh sesiapa juga termasuk KSN sebelum ini ialah mengkucar kacirkan dan memecah belahkan perkhidmatan awam.

Persoalannya, mampukah BN menang PRU 13 kelak bagi kerusi PUTRAJAYA? Kita khuatir bukan sahaja Parlimen Putrajaya, malah PRU 13 itu sendiri pun adakah BN akan menang jika kontrak KSN disambung?