Kesian KSN. Nak dapat undian 7% sama seperti Kenaikan Gaji Tahunan untuk KSN dalam SSM Plus tu pun susah. Orang dah menyampah dan meluat sangat tu. Jadi apa tunggu lagi wahai KSN?
~ Bukan Kami Tidak Sayangkan Perdana Menteri, Tapi Kami Tiada Pilihan Lain Untuk Protes Pemimpin Yang Penipu Selain Daripada Peti Undi ~
Showing posts with label Undi. Show all posts
Showing posts with label Undi. Show all posts
Wednesday, 23 May 2012
Keputusan undian
Mari kita lihat keputusan undi yang telah ditutup.
Sunday, 13 May 2012
Keputusan Undi Terkini
![]() |
| Calon Ahli Parlimen "Pejabat KSN" |
Lihatlah keputusan terkini undian yang telah dijalankan. Undian ini dilakukan secara online di mana tiada undian berulang kali dibenarkan bagi seorang pengundi atau dengan lain perkataan seorang pengundi hanya dibenarkan mengundi sebanyak sekali!
Wahai kerajaan yang mendengar denyut nadi rakyat, sila ambil tindakan sewajarnya sebelum terlambat. Apakah kerajaan mahu tunggu PRU13 untuk lihat protes sebenar penjawat awam?
Sunday, 6 May 2012
Kisah Undi...
Alhamdulillah. Setelah dilanjutkan berkali-kali tempoh undian, akhirnya dapat juga orang yang KESEPULUH yang suka sangatttt KSN dilanjutkan kontrak. Jenuh juga nak tunggu tu. Siapakah mereka? Pegawai dan kakitangan di Pejabat KSN? Ahli keluarga KSN? Si MISAI n the geng? Hehehehee..
Kepada Kerajaan yang mendengar denyut nadi rakyat, dengarlah yang MAJORITI! Isyarat telah dihantar dengan jelas akan penolakan KSN! Jika tidak dengar, apa pilihan yang kita ada? Hanya PRU13...
Thursday, 26 April 2012
Mari Mengundi
Kita sekarang sudah hampir dengan PRU13. Semangat untuk mengundi semakin menebal di kalangan rakyat Malaysia.
Undi merupakan kuasa rakyat untuk menentukan pemimpin negara. Namun, dalam perkhidmatan awam Malaysia, kita tidak boleh mengundi untuk menentukan pemimpin yang kita mahukan untuk memimpin kita semua. Sebab itu ramai penjawat awam terpaksa menggunakan kuasa yang ada pada mereka sewaktu PRU 2008 untuk menunjukkan protes terhadap KSN.
Justru, di penjuru kanan Blog ini ada disediakan ruangan undi. Ia diujudkan untuk melihat suara hati sebenar penjawat awam dalam menentukan pemimpin dan halatuju perkhidmatan awam Malaysia di masa hadapan. Biar kita hantar isyarat yang jelas kepada kerajaan sama ada KSN masih diperlukan lagi atau tidak.
Kepada semua orang yang melayari Blog ini, dengan segala hormatnya dijemput mengundi. Gunakan kuasa kita untuk menentukan masa depan kita dalam perkhidmatan awam Malaysia.
Selamat mengundi.
Subscribe to:
Posts (Atom)





