Thursday 26 April 2012

Mari Mengundi


Kita sekarang sudah hampir dengan PRU13. Semangat untuk mengundi semakin menebal di kalangan rakyat Malaysia.

Undi merupakan kuasa rakyat untuk menentukan pemimpin negara. Namun, dalam perkhidmatan awam Malaysia, kita tidak boleh mengundi untuk menentukan pemimpin yang kita mahukan untuk memimpin kita semua. Sebab itu ramai penjawat awam terpaksa menggunakan kuasa yang ada pada mereka sewaktu PRU 2008 untuk menunjukkan protes terhadap KSN.

Justru, di penjuru kanan Blog ini ada disediakan ruangan undi. Ia diujudkan untuk melihat suara hati sebenar penjawat awam dalam menentukan pemimpin dan halatuju perkhidmatan awam Malaysia di masa hadapan. Biar kita hantar isyarat yang jelas kepada kerajaan sama ada KSN masih diperlukan lagi atau tidak.

Kepada semua orang yang melayari Blog ini, dengan segala hormatnya dijemput mengundi. Gunakan kuasa kita untuk menentukan masa depan kita dalam perkhidmatan awam Malaysia.

Selamat mengundi.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.