Thursday 19 April 2012

Kisah SSM Plus yang Minus!

Seorang pegawai senior di gred 54 yang berada di gaji maksimum begitu MARAH dengan SBPA kerana menyebabkan gaji beliau dan pegawai junior menjadi sama

Apabila SSM Plus diumumkan, beliau sekali lagi MARAH apabila bertemu dengan gaji maksimum sekali lagi pada tahun hadapan dengan nilai gajinya cuma RM8,000.00 lebih sahaja.

Sedangkan dalam SBPA, beliau akan bertemu dengan gaji maksimum selepas 8 tahun dengan nilai lebih RM11,000.00. Malah lagi teruk, junior pun akan sama gajinya semula dengan beliau pada tahun hadapan. Tapi kali ini di jumlah gaji yang lebih kecil berbanding SBPA.

Lantas beliau berkata "MENYESAL AKU!"

Seorang penjawat awam di kumpulan pelaksana pula telah merancang untuk membeli kereta mengambil kira bahawa beliau akan dinaikkan ke gred 11 di bawah SBPA. Apabila SBPA dibatalkan, beliau kembali ke gred 6 dan begitu MARAH dengan CUEPACS!

Seorang rakan di skim juruteknik J17 begitu gembira dengan SBPA bila diberikan kenaikan pangkat ke gred 27. Bila diumumkan pembatalan SBPA dan kembali ke gred lama, beliau begitu MARAH dan ingin menyaman Kerajaan kerana Kerajaan berikan sesuatu yang lebih teruk dari opsyen yang telah ditandatangani! Namun hasrat beliau dibatalkan selepas dipujuk oleh pihak JPA.

Seorang pegawai di Turus III juga telah merancang untuk mengubahsuai rumah dengan gaji SBPA yang akan diterima. Namun bila dibatalkan SBPA dan diberikan SSM Plus, beliau amat MARAH apabila gaji akhir yang diterima menjadi BERKURANGAN berbanding gaji di SSM dulu setelah ditolak INCOME TAX!

Kesemua senario di atas adalah kejadian sebenar di peringkat akar umbi.

Semua kekalutan ini terjadi akibat cadangan pembatalan SBPA oleh KSN!

Adakah KSN akan merasai dan menanggung kesan seperti pegawai di atas?

Sudah tentu tidak sebab beliau sudah bertaraf kontrak. Begitu juga Presiden CUEPACS! Gaji kontrak dapat, pencen pun dapat!  Jika tamat kontrak pun mereka tidak rugi apa-apa.

Sebab itu KSN tidak risau dengan KEMARAHAN penjawat awam dan SERING MENDIAMKAN DIRI .

Kerana kitalah yang akan merasai kesannya apabila mewarisi perkhidmatan awam yang semakin rosak dan terpaksa pula mencuci najis-najis peninggalan KSN di masa hadapan !




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.