Monday 28 May 2012

KSN panggil guru babi? Ini buktinya...

Artikel ini adalah sebagai menunaikan janji kami para bloggers terhadap posting kami terdahulu seperti link berikut : http://kuasasebenarrakyat.blogspot.com/2012/05/masihkah-kau-ingat-ksn-panggil-guru.html

GURU OH GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG
1979




Err lepas ini boleh dimasukkan perenggan "JIKA HARI INI SEORANG KSN..."

Dari sajak di atas menunjukkan betapa mulianya kerjaya sebagai guru. Ada bapa, ibu, abang, kakak, adik kita merupakan seorang guru. Tapi lihatlah apa yang KSN anda si anak Pekan kesayangan PM kita cakap kepada guru-guru semua semasa mesyuarat dengan kesatuan yang dihadiri oleh para guru.

Tergamak dia panggil guru-guru yang merupakan ahli mesyuarat dengan BABI? Jika begitu, KSN apa pula? Bapa BABI? Tidak kira apa alasan sekalipun, sebagai KSN beliau tidak patut keluar perkataan sebegitu! Saksikan sendiri surat yang kami perolehi dari "musang berbulu ayam" yang semakin ramai dalam Perkhidmatan Awam Malaysia akibat tidak puas hati terhadap KSN "babi berbulu ayam"!




Memang beginikah sikap KSN yang suka mencarut? Di pejabat KSN sendiri, KSN selalu sebut BULLSH*T dan BUR*T bila sedang marah kata pegawai pejabat KSN sendiri. Beginikah sikap KSN anda? Luar nampak lemah lembik pijak semut pun tak mati. Tapi hakikatnya...

Persoalan kita, adakah surat ini sampai kepada YAB PM? Tentu tidak! Kerana ramai pegawai di pejabat YAB PM yang KSN telah tabur pingat dan pangkat akan block surat sebegini dari sampai kepada YAB PM. Jika surat ini sampai, takkan YAB PM yang prihatin dan sering mendengar denyut nadi rakyat tidak mengambil tindakan terhadap KSN? Sebab KSN merupakan kroni Made in Pekan?

Atau laporan kepada YAB PM mesti semuanya indah-indah belaka terutamanya berkaitan KSN. Nantikan PRU nanti. 


Haram jadah punya KSN!


SBPA : SIDIK BODOH PENDEK AKAL!

                                                     

"Excuse me.. KSN ada sebut I dalam meeting ke? Terharu uolss"












No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.