Monday 28 May 2012

Jangan TERKEJUT Sekiranya Protes Kakitangan Di Putrajaya Menyaksikan Kerusi Parlimen PUTRAJAYA Tewas PRU Ke 13

Monday, May 28, 2012


Jangan TERKEJUT Sekiranya Protes Kakitangan Di Putrajaya Menyaksikan Kerusi Parlimen PUTRAJAYA Tewas PRU Ke 13

Dipetik dari : http://medan-info-kita.blogspot.com/2012/05/jangan-terkejut-sekiranya-protes.html



Mungkin dikalangan penggemar Blog MIK agak kaget dengan tajuk penulisan kali ini…

Disebalik kejayaan menyaksikan Himpunan Jutaan Belia Negara 2012 yang baru berakhir, kenapa harus persoalan seperti ini pula mahu dibawa kepada perbincangan..?

Sebenarnya kita seharusnya ada keupayaan dan sedikit keberanian melihat perkara yang tersirat disebalik apa yang tersurat. Insiden dan beberapa peristiwa yang berlaku memberikan sedikit “tempias” kepada kepimpinan YAB Datuk Seri Najib menjelang Pilihanraya Umum ke 13 [PRU 13], dalam bahasa Inggeris disebut ‘read between the line’.

Dimulakan dengan berita menyaksikan bekas Pengarah CID Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS seolah olah beliau tidak marah dan sedikit pun tidak sensitif dengan bukti bukti keganasan yang ditunjukkan oleh demonstrator Bersih 3.0 yang membelasah teruk beberapa anggota PDRM…


Apakah Datuk Fauzi tidak peka dengan peristiwa keganasan tersebut..? Apakah Fauzi menyokong tindakan ganas barua barua Ambiga yang bertindak luar batasan malah tidak keterlaluan kita katakan peristiwa ganas 28 April itu ada usaha mahu menjadikan Dataran Merdeka menjadi Dataran Tahir yang bertujuan menggulingkan kerajaan secara revolusi…!

Marilah kita melihat dari sudut yang lain…, tidakkah kita mahu melontarkan persoalan kenapa Datuk Fauzi ‘tergamak’ mahu menyertai juak juak murahan yang menjulang Ambiga sebagai Imam Bersih 3.0 dan juga barua barua Anwar yang menurut perintah membuka halangan polis menyerbu masuk bertempur dengan anggota FRU, sebuah pasukan secara tidak langsung yang pernah berada dibawah struktur kepimpinan Fauzi sendiri…


Dimanakah letaknya asas keputusan Datuk Fauzi..? Kita harus perhalusi keputusan beliau yang meneruskan agendanya menyertai sebuah parti Pembangkang yang menjadi musuh kepada kerajaan Barisan Nasional.. Ayuh..! Carilah dimana persoalan dan apakah jawapannya…

Apakah ada sekelumit atau sebakul rasa “tidak puas hati” berbuku dalam hati bekas orang nombor satu CID Bukit Aman ini..? Pernahkah Fauzi menyuarakan rasa tidak puas hatinya itu TETAPI langsung tidak diendahkan oleh peringkat atasan..??

Iya.., mungkin dikalangan kita mahu merumuskan dan menyatakan bahawa Fauzi sudah tergolong dalam kumpulan yang kecewa maka itulah keputusannya, sertai parti Pembangkang.

TETAPI kita juga harus mencungkil dan mencari persoalan serta jawapannya… Apakah perkara yang menjadi ‘tidak puas hati’ itu benar benar sesuatu yang sangat berasas [legitimate issue] dimana pihak atasan hanya berdiam diri dan mengambil sikap tidak peduli…?

Mahukah kita menyaksikan lebih ramai lagi bekas bekas Pengarah kerajaan membuat pengumuman menyertai parti Pembangkang..? Apakah akan ada lagi.., hanya menantikan waktu yang sesuai memecah muka depan persada berita tanahair…?

Kini timbul pula kisah Ketua Setiausaha Negara [KSN] mahu diteruskan khidmatnya…

Mengikut rekod, KSN Tan Sri Mohd. Sidek Hj. Hassan mula diberikan jawatan ini semenjak 3 September 2006 sewaktu beliau berusia 55 tahun.

Sehingga ke hari ini, sudah hampir 6 tahun Tan Sri Sidek menjawat jawatan tersebut dan sudah tiga [3] kali kontraknya disambung…, apakah tidak ada ruang harus diberikan untuk mana mana individu lain menjawat jawatan tersebut..?

Bila sebut nama Tan Sri KSN sudah pasti kita tidak lupa “dosa kecil” beliau memalukan YAB Datuk Seri Najib dalam isu SBPA lwn SSM. Isu yang menjadikan Najib bahan serangan dimana akhirnya jelas terbukti “kesilapan” yang dilaksanakan oleh Tan Sri KSN ‘terpaksa’ ditelan oleh Najib sendiri.

Video klip dibawah ini sebagai bukti…, kesian sungguh melihatkan seorang Perdana Menteri yang kuat bekerja terpaksa pula berdepan dengan serangan keatas suatu kesilapan yang dibuat oleh orang lain berpangkat besar dan bergaji mewah…, saksikan..!!



Setelah menyaksikan video klip diatas, kita jangan hanya melihat kelakuan pihak Ahli Parlimen Pembangkang sahaja TETAPI harus melihat dari sudut ruang yang digunakan oleh mereka menyerang YAB PM, yang pentingnya ruang dan peluang itu disediakan seluas luasnya oleh Tan Sri KSN..!!

Kalau tidak kerana “stupid mistake” beliau itu, tidak mungkin Najib diserang sedemikian rupa..! Malah ‘kesilapan’ dalam isu SBPA ini turut mendapat kritikan hebat dari ramai kakitangan kerajaan sendiri…


Alangkah baiknya jika Tan Sri Sidek Hassan bertanggungjawab dan melepaskan jawatannya kerana GAGAL dalam melaksanakan isu SBPA dan menyaksikan seolah olah ianya menjadi bahan lawak setaraf Karoot KOMEDIA di siaran Astro Warna…!

Itulah sebabnya desas desus bahawa kontrak KSN akan terus disambung kini menjadi tempelak dan menerima suara suara sumbang dikalangan ramai kakitangan Putrajaya dan juga dikalangan ramai PTD yang tidak puas hati.



Keputusan mahu meneruskan khidmat KSN ini sudah pasti akan menutup ruang dan peluang buat lebih ramai TKSU untuk mendapat kenaikan pangkat dan hanya akan mengakhiri khdimat mereka ditakuk yang sama…

Hanya kerana mahu menenuhi kehendak dan tembolok ‘seorang’ insan bernama Mohd. Sidek Hj. Hassan.

Menurut sumber yang sangat sangat boleh dipercayai…, diberitakan bahawa baru baru ini Tan Sri KSN ‘sanggup’ mengambil cuti dan terbang ke London untuk merayu kepada YAB Datuk Sri Najib, minta agar khidmat dan kontraknya sebagai KSN dapat diteruskan…!


Pada PRU ke 11 tahun 2004, calon BN menang sangat selesa di kerusi Parlimen Putrajaya ketika itu. Pertembungan calon UMNO BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan calon PKR Haji Abdul Rahman Osman menyaksikan calon PKR ‘hilang deposit’ kerana hanya berjaya mengutip sebanyak 540 undi daripada jumlah 4,662 pengundi di Putrajaya.

Keputusan berpihak kepada Tengku Adnan meraih 3,546 majoriti.

TETAPI pada tahun 2008 undi di Parlimen Putrajaya turut sama terkesan dan mendapat secebis tempias Tsunami PRU 12 dimana calon PAS iaitu Mohamad Noor Mohamad berjaya meningkatkan bilangan undi calon Pakatan pembangkang lebih sekali ganda iaitu sebanyak 1,304 undi.

Datuk Seri Tengku Adnan berjaya mengekalkan kemenangan BN tetapi jumlah majoriti undi telah berkurangan…!

PERSOALANNYA…, bagaimanakah majority undi di Parlimen Putrajaya boleh berkurangan..? Bukankah pengundi pengundi di Putrajaya adalah kakitangan kerajaan pusat..?

Kenapakah boleh berlaku keadaan dimana kakitangan kerajaan yang mendapat gaji dan kemudahan kerajaan mengundi calon Pembangkang..?

Bagaimana pula kisahnya untuk pertembungan PRU ke 13 di Parlimen Putrajaya…? Apakah tidak ada agen agen PAS dan Anwar Ibrahim dikalangan kakitangan kerajaan Putrajaya..??

Apakah BN yakin dan sangat yakin bahawa tidak ada dalang dalang Pakatan yang sudah berjaya mempastikan berlaku kejutan keputusan Parlimen Putrajaya untuk PRU ke 13 ini…??

Sekiranya tahun 2008 boleh menyaksikan peningkatan undi sekali ganda untuk calon Pakatan Pembangkang, apakah mustahil peningkatan itu diteruskan sekiranya ramai kakitangan kerajaan dan ramai PTD di Putrajaya mahu melunaskan kemarahan mereka terhadap Tan Sri KSN melalui pembuangan undi hari pilihanraya..?


Kita semua sayangkan BN dan mahu kecemerlangan YAB Datuk Seri Najib menjadi tunggak kejayaan secara total sekaligus meraih kemenangan besar besaran buat BN.

Kerusi Parlimen Putrajaya sangat besar ertinya sebagai lambang kejayaan pentadbiran negara kita… Janganlah disebabkan nila setitik maka rosaklah susu sebelanga…!

Kembali sejenak kepada awal penulisan tadi…, sekiranya ada lagi beberapa pegawai kanan PDRM akan mengikut jejak langkah Datuk Fauzi Shaari, apakah ianya tidak akan memberikan sumbangan kepada faktor mempengaruhi undi kakitangan kerajaan Putrajaya…?


Malang buat YAB Datuk Seri Najib dan kerajaan BN kekal memerintah di Putrajaya TETAPI kerusi Parlimennya milik Pembangkang…!

Penulisan dibuat setelah Blogger MIK duduk semeja hujung minggu yang lalu dengan beberapa orang orang penting dan PTD dari Putrajaya meluahkan isi hati mereka, paling penting ialah kerisauan mereka seandainya akan berlaku protes dari kalangan kakitangan Putrajaya dan dilunaskan menerusi peti peti undi sewaktu PRU ke 13….

_________________________________________________________________


Komen kita:

Dah cakap dah KSN yang menjadi penyebab 'ribut taufan' dalam perkhidmatan awam kini. KSN dah jadi liabiliti kepada kerajaan untuk menang PRU nanti. Dalam isu SBPA, kita tahu KSN yang pengerusikan mesyuarat untuk bentuk SBPA sejak 2007 lagi. Buat gaji sendiri tinggi-tinggi supaya boleh tampung loan banglo dan perbelanjaan anak sambung study ke London bila dah bersara nanti! Bila orang ramai marah, KSN kambing hitamkan orang lain untuk lepaskan diri. Ingat penjawat awam BODOH?





Kata penduduk Putrajaya,


"Jika KSN tidak berhenti sebelum PRU, jangan harap BN akan menang Parlimen PUTRAJAYA"...



Fikir-fikirkan YAB PM...









No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.