Monday 28 May 2012

Little Napoleon punca ramai penjawat awam sokong fxxkatan?!! @NajibRazak

Little Napoleon punca ramai penjawat awam sokong fxxkatan?!! @NajibRazak


Posted by MymassaVoice at 1:00 PTG


Ingat lagi kes di atas? (Kes Ketua Pemuda Kampar marah-marah tu...) Kerana marahkan prosedur dan penjawat awam, UMNO pula yang dimakinya. Walhal bertahun-tahun makan hasil jual pasir dan elaun ahli Majlis kerana UMNO tidak pula diungkitnya. Baru susah sikit di pejabat tanah (mungkin juga kerana salah sendiri) terus kata diri dianiaya dan dizalimi kerana UMNO RASUAH.

Bagaikan kanak-kanak Ribena, akal beliau bagaikan hilang apabila membentak-bentak dan membebel selama hampir 10 minit sehingga menarik perhatian Iblis-iblis DAP dan bonekanya untuk muncul menghasut. Ini adalah contoh terbaik yang ALLAH SWT tunjukkan kepada kita semua tentang bagaimana rupanya apabila makhluk yang direjam boleh datang dalam pelbagai bentuk (dalam rupa bekas MB paling singkat dan mantan speaker) untuk mengambil kesempatan di atas perasaan kecewa dan amarah manusia. Cuba perhatikan siapa yang dok berlegar di belakang lelaki tersebut sepanjang masanya mengamuk.

Namun, apabila ribut perasaan reda, barulah beliau tersedar yang diri sendiri sudah membuat kesilapan besar. Musuh kesumatnya dijulang-julang dan tangan yang menyuap pula dibaham. Nasib baik hanya melibatkan fikrah pegangan, kalau akidah bagaimana?!! Dosa syirik adalah dosa yang tidak diampunkan oleh Allah SWT!

Itulah juga sebenarnya yang berlaku ke atas salah seorang peguambela ketua perusuh BERSIH 3.0 yang sedang didakwa di mahkamah baru-baru ini. Ramai yang tercengang-cengang mengapa seorang peguam senior yang pernah berjaya membina kes prima facie MELIWAT ke atas Anwar, kini sanggup pula membela Anwar kerana mengetuai gerombolan pengganas di Kuala Lumpur. Bila diselidik, rupa-rupanya ada udang di sebalik mee.

Kami mendapat maklumat dalaman yang mengatakan bahawa beliau sebenarnya sudah terlalu kecewa dengan bekas bosnya dan berharap dengan menyertai pasukan pembelaan Anwar, beliau akan dapat menentangnya secara berhadapan bagi membuktikan siapa yang lebih handal dan layak. Tidak timbul langsung soal beliau telah insaf kerana menganiaya Anwar sebelum ini.

Bekas Bos Datuk Yusuf? Patutlah...
Ini semua sebenarnya soal dendam peribadi.

Dan itulah hebatnya fxxkatan. Mereka cukup cekap mengesan personaliti yang kecewa untuk diambil kesempatan dan dijadikan senjata bagi menentang kembali UMNO dan BN. Malah, kalau kita kaji dengan teliti, tidak ada seorang pemimpin /personaliti pun yang masih bersama fxxkatan sehingga hari ini yang kekal dalam tong najis gerombolan sesat tersebut semata-mata atas nama ideologi. Semuanya disebabkan dendam kesumat.

Jadi, kepada Datuk Yusoff, kami percaya anda seorang yang berjiwa besar. Kalau tuan boleh bersabar dengan EMPAT kali penolakan surat perletakan jawatan, dan sanggup pula membawa kes yang orang lain tidak BERANI mengetuainya, maka anda adalah seoang yang luar biasa. Janganlah hancurkan semua itu dengan meletakkan maruah diri anda lebih rendah daripada pencacai kafir dan peliwat tegar!

Kembalilah ke jalan yang sebenar Datuk. Jangan biarkan Anwar dan konco-konconya mengambil kesempatan dan mencemar reputasi cemerlang Datuk selama ini.


*Minta PM tolong tengok-tengokkan "Little Napoleon" dalam perkhidmatan awam yang banyak menyebabkan kakitangan dan pegawai kecewa dan lari menyokong pembangkang.



Little Napoleon ke derr? Cutenyerr...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.