Tuesday 1 May 2012

Kemasukan orang luar ke dalam perkhidmatan awam

Di bawah regim KSN sekarang, orang luar dibenarkan memasuki perkhidmatan awam di mana-mana peringkat. Tapi yang banyak kita dengar ialah di peringat pegawai dan JUSA. Ini merupakan satu dasar KSN yang amat "ditentang dalam diam" penjawat awam terutama di gred pegawai ke atas.

Dasar ini dilihat seolah-olah sama seperti kisah "kahwin paksa" dalam Ibu Mertuaku. Anaknya si Sabariah mahu kahwin dengan ahlil musik. Ibunya si Nyonya Mansur mahukan doktor, lawyer, majistret sebagai menantu. Yang sengsara hidup ialah anaknya yang terpaksa berkongsi hidup dengan orang yang tidak diingininya.

Samalah juga dengan dasar ini. KSN buat dasar ini tanpa mendengar pendapat pegawai muda sedia ada. Ibarat Nyonya Mansur, KSN telah melaksanakan dasar ini tanpa ENGAGEMENT dengan pegawai muda. Orang lain disuruh engage. KSN sendiri apa pun tarak.

Kenapa masa depan pegawai muda ditentukan oleh KSN? Kenapa tidak diberikan hak kepada pegawai muda untuk menentukan rupa bentuk masa depan perkhidmatan awam kerana mereka inilah bakal memimpin perkhidmatan awam kelak! Biarkan pegawai muda yang membuat dasar untuk masa depan mereka sendiri.

Yang menariknya, kenapa sektor swasta tidak dibenarkan masuk di pelbagai peringkat? Kenapa tidak dibenarkan kemasukan penjawat awam sebagai eksekutif mana-mana syarikat/GLC? Kenapa hanya perkhidmatan awam?

Tidak nampakkah KSN bahawa orang luar yang berpengalaman luas di sektor swasta hendak masuk perkhidmatan awam sebab kemudahan yang diperolehi seperti perubatan dan pencen yang tidak mungkin dapat dinikmati di sektor swasta? Walaupun tidak semua begitu, tapi kemungkinannya ada! Jika benar perkhidmatan awam ini amat menarik kepada orang luar, kenapa tiada yang ingin masuk di kumpulan pelaksana? Sebaliknya jawatan di peringkat atasan yang menjadi rebutan orang luar?

Kemasukan orang luar ke dalam perkhidmatan awam juga telah bunuh peluang naik pangkat pegawai sedia ada. Ia juga menunjukkan kerajaan tidak mempercayai penjawat awam sedia ada. Kesetiaan mereka tidak dihargai. Kualiti mereka dipertikaikan.

Kita tertanya-tanya, jika jawatan KSN dibuka kepada orang luar sebelum ini, adakah KSN sekarang akan jadi KSN? Dengan pengetahuan cetek yang serba tidak tahu dan lepas tangan dalam sesuatu isu serta lemah dalam buat keputusan hinggakan nampak flip-flop yang memalukan YAB PM, adakah beliau layak?

Kita tidak salahkan YAB PM yang menerima pakai dasar ini kerana kita tahu yang cadangkan dan nasihatkan YAB PM ialah KSN.

Setelah sampai berjaya ke seberang, kenapa kau membakar jambatannya wahai KSN?




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.