Sunday 6 May 2012

Kenapa penjawat awam menolak KSN?

Mari kita lihat mengapa penjawat awam menolak KSN dan mengaggap KSN liabiliti kepada Kerajaan sekarang...

KSN cakap dia tak mampu nak taja anaknya ke luar negara. Apa? Dengan gaji banyak itu pun tak mampu? Kami yang gaji ciput mana macam mana pakcik oiii? Dah le tak mampu. Anak pulak bukan le bijak sangat masa temuduga sampai dok ranking LAST SEKALI! KSN tak pikir ke macam mana anaknya nak berhadapan dengan orang ramai bila orang semua tahu kisah anaknya mendapat biasiswa melalui pintu belakang? Suka benar KSN dengan BELAKANG ni. Tikam belakang, pintu belakang.


KSN keluarkan surat pekeliling supaya jangan layan surat sokongan ahli politik yang meminta projek kerajaan tetapi MENANTU KSN ligat minta projek sampai ada pegawai kanan Kerajaan yang di'pool'kan kerana tidak mahu beri projek kepada menantu KSN!

Dalam isu SBPA, KSN janji semakan semula SBPA tidak akan less favorable dari SBPA. Tapi tengoklah apa yang terjadi? Dia bagi SSM Plus yang minus.Kita boleh tengok semua skim dan gred di bawah SSM Plus adalah lebih teruk dari SBPA di mana gaji maksimum semua gred dan skim lebih rendah dari SBPA. Isu senior junior juga tidak dapat diatasi malah lebih teruk, junior dapat potong gaji senior dalam SSM Plus ini!

Para pegawai JUSA dan Premier memang marah dengan KSN kerana telah TARIK BALIK apa yang telah diberikan. Ini dilihat seolah-olah KSN telah merampas hak yang telah dijanjikan kepada mereka dalam opsyen SBPA! Kalau ada masa, silalah lawat surau-surau berdekatan kuarters yang dihuni pegawai Pengurusan Tertinggi di Putrajaya. Lihatlah kuliah maghrib di sana kebanyakannya dikuasai penceramah PAS!

Penghuni kuarters Putrajaya yang kebanyakkannya kumpulan sokongan pula amat marah dengan KSN atas peraturan ciptaan KSN yang dilihat zalim seperti Israel hinggakan penghuni kuarters boleh dihalau keluar dari kuarters tanpa sebarang notis/amaran!

Pegawai muda pula menolak KSN kerana telah membuka perkhidmatan awam kepada orang luar sewenang-wenangnya. Lagi teruk, semuanya ditarik masuk PTD! APa KSN ingat perkhidmatan awam ni PTD yang punya?

Penjawat awam kini telah buka mata bahawa Kerajaan nampak lemah akibat nasihat salah KSN yang suka flip-flop dan tidak berani bertanggungjawab atas keputusan yang telah dibuat. Lihatlah SBPA dan SSM Plus yang dipengerusikannya. Dalam isu SBPA, KSN cakap dia tidak tahu-menahu tentang pembentukan SBPA dan asyik kambing hitamkan KPPA. Satu Malaya KSN pusing dan bagitau orang kampung. Lihat pula SSM Plus. Bila banyak kesatuan bising yang SSM Plus lebih teruk dari SBPA, tidak seperti yang dijanjikan KSN dalam kenyataan akhbarnya, di mana KSN? Sikit pun tidak dengar suara! Yang tau hanya kambing hitamkan orang dan lepaskan diri! Nasib baik YAB PM kita amat bijak dan adil. Kita dimaklumkan YAB PM kini tahu bahawa KSN yang menyebabkan masalah besar dalam pentadbiran awam kini! Jadi tunggu apa lagi YAB PM? Penjawat awam dah buat keputusan jika KSN tidak berhenti sebelum PRU13, kita terpaksa menunjukkan protes kita di peti undi.

Apalah makna jika BN menang semua peti undi di Malaysia tetapi tewas di Parlimen PUTRAJAYA?


Bersambung...






No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.