Sunday 6 May 2012

KSN alat permainan politik pembangkang?


Apa kebendanya – kejap on kejap tidak. Apa punya strategi yang dibuat oleh gomen ni. Sampai musuh macam kita pun pening kepala. Bajet bukannya perkara main-main. Benda penting. Tapi sejak di bawah Najib ni, bajet pun boleh pusing-pusing. Kejap jadi. Lepas tu cancel balik.

Kita patut ucapkan terima kasih kepada Ketua Setiausaha Negara yang memang banyak membantu kita kebelakangan ini. Semua keputusan yang dibuat memang memihak kepada kita, kalau kita pandai gunakan apa sahaja isu yang ada. (Termasuk SBPA ini yang dipengerusikan oleh KSN!)

Apa yang dilakukan oleh KSN dan rakan-rakan KSU bertaraf premier memang memberi markah politik kepada kita. Ana ucapkan terima kasih kepada DAP yang tak pakai isu SBPA untuk kepentingan mereka. SBPA isu Melayu. Memang patut jadi isu PAS. DAP patut tumpu isu Cina. Jangan nak masuk campur.

.................................

Bab nak tukar ke SSM ni, kita kena puji juga nampaknya keberanian Najib. Dia tak peduli kalau KSN/kumpulan premier nak sabo dia nanti. Dia tegas. Bab ni boleh tahanlah. Itu lantak dialah. Yang penting, kita kena fikir macamana PAS nak dapat undi lebih dengan isu SBPA ni. Kita harap Najib sambung lagi kontrak KSN. Kalau sambung, rasanya banyak juga kita boleh menumpang untung. Untung kesilapan yang boleh memberikan markah politik kepada kita.

_________________________________________________________________________________

Komen Kita:

Kan dah cakap KSN liabiliti kepada kerajaan untuk menang PRU13 nanti. Hingga PAS sendiri pun cakap KSN beri markah politik kepada mereka terutamanya jika disambung kontrak lagi!

Tidak nampak lagikah wahai PM kesayangan rakyat? 1.4 juta penjawat awam telah nampak, takkan PM belum nampak? Apakah terlalu kasihnya PM kepada KSN si orang Pekan?

P/s: Teringat sewaktu PAS sangat menentang hasrat mantan PM Pak Lah untuk serah jawatan PM kepada Dato Seri Najib kerana PAS menyedari mereka akan kehilangan aset dan markah politik yang amat berharga sama seperti KSN!








No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.