Thursday 10 May 2012

Pembangkang di belakang KSN?

Persoalan di atas sering dibincangkan bersama rakan-rakan bloggers. Teori berkenaan isu ini akan dikupas dalam posting akan datang.

Bila KSN tidak mengaku terlibat dengan SBPA sedangkan KSN yang pengerusikan mesyuarat, kita syak  bahawa ada orang di belakang KSN yang mengupah KSN untuk menggoncang kerajaan pimpinan YAB PM dengan memecah belahkan penjawat awam yang merupakan penyokong tetap kerajaan atau 'fix deposit' kerajaan dalam PRU selama ini. Tidak pernah terjadi penjawat awam secara berani dan beramai-ramai telah menyokong pembangkang kecuali sewaktu zaman pemerintahan KSN Sidik Hasan. Tidak pernah perkhidmatan awam Malaysia kucar kacir sebegini teruk kecuali zaman KSN Sidik Hasan!

Siapakah insan berkenaan di belakang KSN? Adakah pembangkang atau orang UMNO sendiri yang kemaruk nak jadi PM?

Yang tahu jawapannya ialah KSN.

KSN sudah sampai ke penghujung dan sudah tidak ada idea lagi. Beliau bermain politik dalam SBPA untuk mencari sokongan supaya terus jadi KSN. Kita yakin penjawat awam akan kembali tenang dan bersatu padu menyokong Kerajaan selepas KSN berhenti pada Jun ini.

Kita telah menghantar isyarat kepada YAB PM agar KSN berhenti sebelum PRU13. Adakah didengari? Jika tidak, jangan salahkan penjawat awam yang berpaling kepada pembangkang seperti di PRU12 lalu.




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.